Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt 1. exhibit, spread out for public view, mempamerkan; (goods for sale) mempamerkan, memperagakan: the books will be ~ed for all to see, buku-buku itu akan dipamerkan utk tatapan semua; to ~ the ceramics in the shop window, memperagakan barang-barang seramik dlm cermin pameran kedai; 2. show off, memperagakan, menunjuk-nunjuk, mempamerkan: they paraded around the room, ~ing their fine clothes and jewellery, mereka berjalan keliling bilik itu sambil memperagakan pakaian dan barang kemas mereka yg indah; 3. make evident, reveal, menunjukkan, memperlihatkan: the boy had ~ed criminal tendencies, budak lelaki itu menunjukkan kecenderungan melakukan jenayah. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : on ~, sedang dipamerkan: her paintings are on ~ in the art gallery, lukisannya sedang dipamerkan di balai seni lukis itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. act of, a. (showing off) peragaan, memperagakan, menunjuk-nunjuk, mempamerkan: a vulgar ~ of wealth, mempamerkan kekayaan dgn cara yg tdk berseni; b. (making evident, revealing) menunjukkan, memperlihatkan: an unusual ~ of courage, menunjukkan keberanian yg luar biasa; 2. arrangement of things, yg dipamerkan; (for sale) peragaan, yg /dipamerkan, diperagakan/: a ~ of orchids, orkid-orkid yg dipamerkan; a fine ~ of silver, peragaan yg cantik barang-barang perak; 3. exhibition, show, pameran; (of fireworks, skill, etc) pertunjukan: a judo ~, pertunjukan judo; 4. (computer technology) paparan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata display


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Istilah terbaik bagi Always-on-Display? Terima kasihKami mencadangkan "Always-on-Display" diterjemahkan sebagai "Paparan Kekal (AOD)". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah06.04.2022
Adakah betul padanan bagi display dalam ayat di bawah ini "pempameranan" kerana semakan kami tidak menjumpai padanan sedemikian. Bagi perkataan "menyebut harga atau disebut harga" adakah ia sepatutnya dinyatakan sebagai "menyebutkan harga atau disebutkan harga"? Adakah imbuhan "-kan" perlu ditambahkan? Display of prices or charges to include government taxes, etc. 15. (1) Where in the course of a trade or business prescribed by the Minister, any person displays, advertises, publishes or quotes or causes to be displayed, advertised, published or quoted, in any manner, the prices of any goods or charges for any services, such person shall include in such prices or charges— Pempameranan harga atau caj termasuk cukai kerajaan, dsb. 15. (1) Jika dalam penjalanan perdagangan atau perniagaan yang ditetapkan oleh Menteri, mana-mana orang mempamerkan, mengiklankan, menyiarkan atau menyebut atau menyebabkan untuk dipamerkan, diiklankan, disiarkan atau disebut harga apa-apa barangan atau caj bagi apa-apa perkhidmatan, mengikut apa-apa cara, orang itu hendaklah memasukkan dalam harga atau caj itu—

Cadangan padanan terjemahan ialah Jika dalam keadaan apabila sesuatu perdagangan atau perniagaan yang telah ditetapkan oleh Menteri, mana-mana orang yang mempamerkan, mengiklankan atau menyebut atau menyebabkan dipamer, diiklan, disiar atau disebut dengan apa-apa cara, maka harga bagi  apa-apa barangan atau caj bagi mana-mana perkhidmatan, hendaklah dimasukkan dalam harga atau caj tersebut.

Untuk makluman puan, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan. Puan boleh mendapatkan khidmat Persatuan Penterjemahan Malaysia (PPM) melalui telefon 03-92262506/0195448704 atau e-mel: terjemah1@gmail.com atau Institut Terjemahan dan Buku Malaysia untuk membantu pihak puan.

Penyemakan dan penterjemahan30.07.2021
Terjemahan istilah dari bahasa English kepada Melayu 1. Multi Info Display 2. Foot Parking Brake Kedua-dua istilah ini digunakan untuk keterangan terhadap alatan dalam kenderaan.

Encik Nazli,

Padanan bahasa Melayu bagi istilah yang dikemukakan adalah seperti yang berikut :

i. Multi Info Display : Paparan Pelbagai Maklumat ii. Foot Parking Brake : Brek Letak Kenderaan Jenis Kaki( seperti yang dibincangkan melalui telefon)

Istilah30.12.2009
Apakah padanan bagi "head-up display (HUD)" dalam bidang teknologi maklumat (IT) dan permainan video (VG)?
Ketika ini, hanya bidang kejuruteraan kapal terbang dan aeroangkasa mempunyai padanan untuk HUD iaitu 'papar pandu' tetapi dalam bidang IT dan VG, padanan tersebut mungkin berasa janggal kerana HUD tidak semestinya digunakan untuk dipaparkan ketika pandu.
Hal ini kerana HUD dalam bidang IT dan VG merujuk kepada kaedah di mana maklumat ditunjukkan secara visual kepada pemain permainan video sebagai sebahagian daripada antaramuka pengguna permainan.
Selalunya HUD dalam permainan video digunakan untuk menunjukkan pilihan item atau senjata, nyawa, masa permainan, keupayaan pemain, menu, penjalanan permainan (seperti mata pengalaman / experience points), kekuatan senjata sedang digunakan, jumlah peluru yang ada, mesej tutorial, sarikata, jarak sesuatu kawasan dituju dan lain-lain.
Padanan yang sesuai bagi head-up display dalam biadang aeroangkasa dan kejuruteraan kapal terbang ialah papar pandu. Mengikut keterangan yang tuan/puan memberikan, dalam data kami istilah yang dimaksudkan tuan/puan ialah HMD (head mounted display) yang bermaksud HMD (paparan lekap kepala) dalam bidang teknologi maklumat  yang memberikan huraian sistem paparan yang dipakai di kepala seperti gogel yang memberi ilusi monitor yang terapung. HMD digunakan dalam aplikasi realiti maya.Makna25.05.2017
Merujuk semula kepada jawapan daripada KND pada 29/05/2017

Padanan yang sesuai bagi head-up display dalam biadang aeroangkasa dan kejuruteraan kapal terbang ialah papar pandu. Mengikut keterangan yang tuan/puan memberikan, dalam data kami istilah yang dimaksudkan tuan/puan ialah HMD (head mounted display) yang bermaksud HMD (paparan lekap kepala) dalam bidang teknologi maklumat yang memberikan huraian sistem paparan yang dipakai di kepala seperti gogel yang memberi ilusi monitor yang terapung. HMD digunakan dalam aplikasi realiti maya.


Soalan saya yang asal memang berkaitan HUD dalam bidang teknologi maklumat dan bukannya HMD.

Keterangan yang saya berikan adalah berkaitan huraian sistem paparan atas skrin (seperti monitor, skrin telefon), bukannya huraian sistem paparan yang dipakai di kepala (seperti gogel).

Jadi, adakah HUD dalam bidang teknologi maklumat juga perlu dipadankan kepada istilah papar pandu (istilah dalam bidang aeroangkasa) walaupun paparan HUD dalam perisian (terutamanya permainan video) yang dipaparkan dekat skrin monitor atau skrin telefon tersebut langsung tiada kaitan dengan aktiviti pandu (seperti kelajuan atau ketinggian pergerakan) dan sebaliknya memaparkan maklumat yang diperlukan oleh pengguna (seperti barangan yang boleh digunakan daripada beg yang dibawa)?
Salam sejahtera,

Tuan,

Merujuk maklum balas tuan, HUD dalam bidang teknologi maklumat boleh dipadankan kepada istilah papar pandu.

Sekian.
Istilah30.05.2017
24MP AI Camera 5.84 " Honor FullView Display Aurora Glass Design Ultrasonic Fingerprint product color is for reference only1. Kamera AI 24MP
2. Paparan Penuh Honor 5.84"
3. Reka Bentuk Cermin Aurora
4. Pengecam Cap Jari Ultrasonik
Lain-lain23.05.2018
Selamat petang. Apakah penjodoh bilangan yang digunakan untuk gelang?display: inline !important; white-space: normal; orphans: 2; widows: 2; background-color: #f8f9f9; font-variant-ligatures: normal; font-variant-caps: normal; -webkit-text-stroke-width: 0px; text-decoration-style: initial; text-decoration-color: initial;">display: inline !important; white-space: normal; orphans: 2; widows: 2; background-color: #f8f9f9; font-variant-ligatures: normal; font-variant-caps: normal; -webkit-text-stroke-width: 0px; text-decoration-style: initial; text-decoration-color: initial;">Penjodoh bilangan bagi gelangdisplay: inline !important; white-space: normal; orphans: 2; widows: 2; background-color: #f8f9f9; font-variant-ligatures: normal; font-variant-caps: normal; -webkit-text-stroke-width: 0px; text-decoration-style: initial; text-decoration-color: initial;"> ialah utas.

Contoh dalam ayat: Aminah memiliki beberapa utas gelang tangan.
Tatabahasa03.05.2020
Adakah padanan perkataan “idealises” dengan “tanggapan keunggulan” dalam ayat di bawah ini betul? 391. (19) No labels of processed cereal-based foods for infants and young children shall display any picture, graphic or text which idealises the use of the product. 391. (19) Tiada label bagi makanan diproses yang berasaskan bijirin untuk bayi dan kanak-kanak kecil boleh mempamerkan apa-apa gambar, grafik atau tulisan yang memberi tanggapan keunggulan penggunaan produk.Padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi "idealises" ialah yang menggambarkan atau yang menjelaskan.Penyemakan dan penterjemahan30.07.2021
satu suku jam tiga suku jam BETUL atau TIDAK ?

display: inline !important; white-space: normal; orphans: 2; widows: 2; background-color: rgb(248, 249, 249); font-variant-ligatures: normal; font-variant-caps: normal; -webkit-text-stroke-width: 0px; text-decoration-thickness: initial; text-decoration-style: initial; text-decoration-color: initial;">Frasa "satu suku jam"display: inline !important; white-space: normal; orphans: 2; widows: 2; background-color: rgb(248, 249, 249); font-variant-ligatures: normal; font-variant-caps: normal; -webkit-text-stroke-width: 0px; text-decoration-thickness: initial; text-decoration-style: initial; text-decoration-color: initial;"> dan "tiga suku jam" betul, iaitu jumlah kiraan dan diikuti dengan unit.

Tatabahasa21.11.2020
DEFINSI TEKNIKAL,VOKASIONAL,TEKNOLOGI

Sdr, atitein, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

(téknikal) 1. (yg) berkaitan dgn pelaksanaan sesuatu kerja dsb (tidak dgn aspek-aspek atau perincian kerja itu sendiri): pelancaran skim itu terpaksa ditangguhkan kerana masalah ~; 2. (yg) berkaitan dgn sesuatu bidang pengetahuan yg tertentu: perkataan ~; istilah ~.

display: none">display: none">display: none">display: none">display: none">display: none">
  • 1. bkn pekerjaan (profesion dsb) yg tertentu; 2. bkn kursus (latihan, dsb) pendidikan amali yg menitikberatkan kemahiran yg diperlukan utk sesuatu pekerjaan (profesion dsb): bimbingan ~; sekolah téknologi) 1. aktiviti atau kajian yg menggunakan pengetahuan sains utk tujuan praktis dlm industri, pertanian, perubatan, perniagaan, dll, sains gunaan: Universiti Malaya memainkan peranan yg penting utk melahirkan pakar-pakar ~ kita;
  • 2. kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal; ~ maklumat teknologi yg berkaitan dgn pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat secara elektronik; ~ maklumat dan komunikasi
 
 
 
 
 
 

Istilah27.03.2009
1234

Kembali ke atas