Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[do.dol] | دودول

Definisi : = kuih ~ sj penganan yg dibuat drpd campuran tepung pulut, gula melaka, dan santan (kadang-kadang dicampurkan durian) yg dimasak sambil dikacau sehingga kental. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[do.dol] | دودول

Definisi : ; mangga ~ Id sj mempelam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[do.dol] | دودول

Definisi : = kuih ~ penganan yg dibuat drpd tepung pulut, gula dan santan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dodol


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Minta beri tunjuk ajar.Adakah ayat berikut betul?jika tidak,tolong betulkan . 1.Mereka mengacau dodol dari pagi hingga malam . 2.Kakak menenun sepasang kebaya untuk dipakai pada hari raya nanti. Terima kasih.1.Ayat "Mereka mengacau dodol dari pagi hingga malam" adalah ayat yang betul. Manakala  ayat kedua pula perlu ditukar kepada  "Kakak menenun kain untuk dibuat sepasang baju kebaya/ Kakak menjahit sepasang baju kebaya untuk dipakai pada hari raya nanti.Tatabahasa20.02.2018
1)Lenanya tiba-tiba bercambah apabila pintu biliknya diketuk kuat dari luar. 2)Pamela tidak berjaya menguruskan badannya kerana dia tidak mampu mengawal nafsu. 3)Makanan traditional seperti lemang,ketupat,dan dodol merupakan makanan penyambut untuk hari raya.Tolong betulkan.Terima kasih.1. Lenanya tiba-tiba terganggu apabila pintu biliknya diketuk kuat dari luar.
2. Pamela tidak berjaya menguruskan badannya kerana dia tidak mampu mengawal nafsu makan.
3. Makanan tradisional seperti lemang, ketupat dan dodol merupakan juadah utama yang dihidangkan pada hari raya.
Tatabahasa14.07.2012
Saya ingin bertanya mengenai terjemahan satu perkataan dibawah kategori sukan. Alat tersebut hanya mempunyai perkataan terjemahan dalam bahasa Inggeris dan diambil dari perkataan bahasa Rusia. Nama alat tersebut ialah Kettlebell (Eng; manakala dalam bahasa Rusia disebut Гири - Giri). Saya pernah terbaca satu artikel dalam surat khabar tempatan di mana ianya diterjemahkan sebagai "Besi Tampin". Soalannya ialah: adakah apa-apa cadangan terjemahan dari DBP untuk perkataan Kettlebell? Jika ada, apakah terjemahan sebenar? Jika tiada, bolehkan perkataan besi tampin digunakan sebagai terjemahan untuk perkataan kettlebell. Sekian Terima kasih

Kettlebell ditakrifkan sebagai “a round weight with a flat bottom and thick handle on top that is used for exercise and weight training”, iaitu sejenis pemberat daripada besi yag berbentuk bulat dan bertangkai dan digunakan untuk senaman. Tampin ialah bakul tradisional yang diperbuat daripada daun mengkuang yang dianyam untuk menyimpan manisan, biasanya dodol

Jika dilihat dari segi ciri-ciri seperti saiz dan bentuk, “kettlebell” seakan-akan tampin.  Oleh yang demikian, “Besi Tampin” sebagai padanan bahasa Melayu untuk “kettlebell” boleh diterima.

Istilah24.03.2019

Kembali ke atas