Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[do.ku.men.ta.ri] | دوکومنتاري

Definisi : tayangan (filem, televisyen) atau acara radio yg memaparkan (men­ce­ritakan) maklumat (fakta) sebenar tentang sesuatu (perkara, subjek, dll): filem ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[do.ku.men.ta.ri] | دوکومنتاري

Definisi : /dokuméntari/ tayangan (filem, televisyen) atau acara radio yg memaparkan maklumat atau fakta ttg sesuatu perkara, peristiwa dsb: filem ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dokumentari


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MAKNA DOKUMENTARI

dokumentari

  • tayangan (filem, televisyen) atau acara radio yg memaparkan (menceritakan) maklumat (fakta) sebenar tentang sesuatu (perkara, subjek, dll): filem ~.
Makna14.02.2008
Definisi : 1) Hiburan 2) Dokumentari 3) Majalah 4) Drama 5) berita Definisi : 1)Televisyen 2) Genre1. Hiburan bermaksud sesuatu perbuatan, benda, dan sebagainya untuk menghiburkan hati.
2. Dokumentari bermaksud tayangan (filem, televisyen) atau acara radio yang memaparkan (menceritakan) maklumat sebenar tentang sesuatu perkara.
3. Majalah bermaksud terbitan berkala yang mengandungi makalah, fiksyen, gambar foto dan sebagainya.
4. Drama bermaksud karya yang dipersembahkan oleh pelakon di pentas, radio, atau TV.
5. Berita bermaksud maklumat mengenai sesuatu kejadian (peristiwa, diri sendiri, dll) yang disampaikan sama ada secara lisan atau dengan surat dan sebagainya. 
6. Televisyen ialah  penyiaran (pemancaran) gambar hidup (gambar bergerak) berserta bunyi menerusi kabel atau udara pada skrin atau kaca peti televisyen.
7. Genre bermaksud kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk, atau kandungan tertentu.
Lain-lain17.04.2012
apakah yang dimaksudkan dengan penerbitan tele dokumentari dan tele drama?

Untuk membantu saudara menyelesaikan persoalan tersebut, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun, dan saudara boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan.

Selain itu juga, saudara boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Saudara hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selamat mencuba.

Lain-lain08.08.2010
Apakah terjemahan yang tepat untuk istilah Bahasa Inggeris - character driven Contohnya ayat; Kebanyakkan skrip dokumentari mutakhir, menggunakan kaedah character driven di mana jalan cerita digerakkan oleh seseorang watak atau personaliti utama.Kami mencadangkan perkataan character driven diterjemahkan kepada dorongan watak.Penyemakan dan penterjemahan26.04.2015
adalah kata 'multi kebolehan' merupakan ungkapan yang betul jika digunakan dalam ayat (rancangan untuk dokumentari) contoh ayat - dia seorang yang multi kebolehan.

Multi- : awalan asing banyak dan pelbagai, mis multinasional dan multidisiplin.

cadangan: Pelbagai kebolehan atau kebolehan yang pelbagai.

Tatabahasa11.12.2008
Tuan / Puan, Saya ingin memohon untuk membuat semakan bahasa bagi perkataan di lampiran. Ini adalah untuk kegunaan program dokumentari di RTM. Terima KasihSila rujuk lampiran yang disertakan. Terima kasih. Lain-lain24.11.2021
Saya ingin bertanya berkenaan terma "Breaking the 4th Wall" dalam Bahasa Melayu. Terma ini sering digunakan untuk filem yang menggunakan konsep dokumentari atau pelakonnya bercakap dengan kamera dan audien. Terima kasihMohon berikan contoh perkataan dalam ayat agar pihak kami dapat memberikan terjemahan yang baik dan betul mengikut konteks ayat.Makna20.02.2022
maksud austrik dan filem.Menurut data kami, perkataan filem ialah 1 benda tipis yang dibuat daripada seluloid dan dimasukkan ke dalam kamera untuk membuat gambar (negatif). 2 wayang gambar; gambar hidup: ~ Melayu. ~ dokumentari filem yang memaparkan kisah sebenar tentang sesuatu perkara atau peristiwa. memfilemkan menggambarkan atau membuat cerita dalam bentuk filem: Beberapa buah syarikat telah berusaha untuk ~ kisah itu. perfileman segala hal tentang filem: masalah ~. Tiada maklumat berkaitan dengan perkataan austrik dalam data kami. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=filem&d=1Makna24.12.2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah perbezaan skrip dan manuskrip? Bolehkah "skrip" digunakan untuk menggantikan penggunaan "manuskrip" untuk merujuk karya yang belum terbit? Terima kasih

Mengikut Kamus Dewan Perdana (2021), skrip mempunyai dua maksud, iaitu 1. Cerita, maklumat dan sebagainya bagi kategori tertentu seperti drama, filem, dokumentari dan sebagainya yang ditulis atau ditaip, mengandungi tema, watak, dialog, penceritaan latar dan sebagainya; 2. Dokumen yang merupakan bukti hak milik terhadap saham yang dikeluarkan oleh pendaftar syarikat masing-masing.

Manuskrip pula ialah 1. Karangan, tulisan dan sebagainya yang bertulis tangan; 2. Karya yang bertulis tangan atau bercetak yang telah disediakan oleh penulis, editor dan sebagainya untuk diterbitkan.

Skrip tidak boleh digunakan untuk menggantikan penggunaan manuskrip untuk merujuk karya yang belum terbit.

Lain-lain27.11.2024
Salam 1Bahasa, 1. Adakah tajuk yang berikut betul atau salah? PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM BERDOKUMENTARI KEBITARAAN SEKOLAH. 2. PERTANDINGAN KEBITARAAN SEKOLAH PENGUCAPAN AWAM BERDOKUMENTARI. Mohon pandangan dan cadangan tuan. Terima kasih.Salam 1Bahasa, 1. Adakah tajuk yang berikut betul atau salah? PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM BERDOKUMENTARI KEBITARAAN SEKOLAH. 2. PERTANDINGAN KEBITARAAN SEKOLAH PENGUCAPAN AWAM BERDOKUMENTARI. Mohon pandangan dan cadangan tuan. Terima kasih.
Tidak jelas maksud BERDOMENTARI dalam tajuk pertandingan yang ditanya.  Namun jika pertandingan pengucapan awam ini tentang kebitaraan sekolah secara dokumentari tajuk yang betul ialah PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM KEBITARAAN SEKOLAH BERDOKUMENTARI.
Tatabahasa31.12.2013
12

Kembali ke atas