DONGENG | Dongeng ialah cereka rekaan yang mengajar tentang moral. Dalam kebanyakan dongeng, satu atau lebih watak utama merupakan haiwan, pokok, atau benda yang bercakap dan bertindak seperti manusia. Dongeng boleh disampaikan sama ada dalam bentuk prosa ataupun puisi. Dalam kebanyakan dongeng, pengajarannya disimpulkan pada penghujung cerita dalam bentuk bidalan. | UMUM | |
DONGENG AESOP | Dongeng Aesop ialah kumpulan cerita yang ditulis oleh seorang hamba Yunani bernama Aesop yang hidup kira-kira pada tahun 600 SM. Seperti dongeng lain, setiap kisah ringkas dalam kumpulan itu mempunyai pengajaran dan nasihat. | UMUM | |
CERITA DONGENG, ILMU | | UMUM | |
CERITA DONGENG GRIMM | | UMUM | |
PERRAULT, CHARLES | Perrault, Charles (1628–1703), penulis Perancis, dikenali ramai kerana buku cerita dongeng yang dikumpulkannya, iaitu Tales of Mother Goose . Kumpulan cerita dongeng ini yang diterbitkan di bawah nama anak lelakinya pada tahun 1697 termasuklah “ Sleeping Beauty ”, “ Little Red Riding Hood ”, “ Bluebeard ”, “ Puss in Boots” , “ Cinderella ”, dan “ Tom Thumb ”. Lihat Mother Goose. | UMUM | |
AEGIS | Aegis, mengikut dongeng orang Yunani purba, ialah nama perisai yang dibuatkan oleh Vulcan untuk Jupiter. Jupiter mencipta guruh dengannya. Minerva (Athena), anak perempuan Jupiter, membawa perisai ini bersama-samanya sebagai lambang kuasa, apabila dia keluar menjalankan tugas bagi pihak ayahnya. Di bahagian tengah perisai tersebut terukir kepala Medusa, anak perempuan dewa laut, Phorcys. Kepala yang diukir ini dikatakan dapat menukar manusia kepada batu. | UMUM | |
DALILAH | Dalilah ialah nama seorang perempuan dalam dongeng purba. | UMUM | |
AEOLUS | Aeolus ialah dewa yang mengawal angin dalam dongeng orang Yunani. Aeolus tinggal di sebuah pulau terapung, yang dipercayai oleh sarjana, ialah salah sebuah pulau dalam Kepulauan Aeolian dekat Sicily. Kepulauan ini dinamakan sempena namanya. Aeolus mengurung angin dalam sebuah gua dan akan melepaskannya mengikut suka hatinya. | UMUM | |
ASBJORNSEN, PETER CHRISTEN | Asbjornsen, Peter Christen (1812–1885), pengumpul cerita rakyat Norway dan juga ahli alamiah. Dia menjadi masyhur kerana karyanya bersama-sama Jorgan Moe dalam mengabadikan dongeng yang diceritakan oleh penduduk Norway. Koleksi mereka berjudul Norwegian Folk Tales (1842–1843) menjadi kesusasteraan klasik Norway dan kesusasteraan dunia. Koleksi itu meliputi kisah seperti “The Three Billy Goat Gruff” dan “The Seven Fathers in the House”. Asbjornsen lahir di Cheristiania (kini Oslo). Dia menjelajah pantai Norway dan memberi sumbangan penting dalam bidang botani dan zoologi. | UMUM | |
MACAULAY, THOMAS BABINGTON | Macaulay, Thomas Babington (1800–1859) ialah ahli sejarah Inggeris yang karyanya paling banyak dibaca. Pada tahun 1800-an, dia juga terkenal dengan esei dan puisinya yang berasaskan dongeng purba. Walau bagaimanapun, karyanya kurang mendapat sambutan pada tahun 1900-an. | UMUM | |