Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[draf] | درف

Definisi : 1. tulisan (nota, surat, karangan, dsb) atau lukisan yg disediakan secara kasar pd peringkat awal atau permulaan (biasanya perlu diperbaik atau dihalusi lagi): ~ surat itu telah disemak dan ditaip bersih; mereka ditugaskan me­nyusun ~ kamus dwibahasa; 2. perintah bertulis utk bayaran wang oleh bank, ter­utamanya drpd satu bank kpd satu bank lain; ~ bank draf yg dikeluarkan oleh bank; mendraf membuat atau menyediakan draf (surat, karangan, dsb): dia sedang ~ surat utk dihantarkan kpd Jabatan Hasil Dalam Ne­geri; mendrafkan mendraf sesuatu utk: saya tidak keberatan ~ mereka perjanjian itu; pendrafan perihal (proses atau perbuatan) mendraf atau menyediakan draf: kerja ~ entri baru kamus pelajar sedang giat dijalankan; pendraf orang yg membuat atau menye­diakan tulisan (nota, surat, karangan, dll) yg dibuat secara kasar: beberapa latihan intensif telah dijalankan utk para ~ entri kamus baru itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[draf] | درف

Definisi : karangan (surat, lukisan dll) yg mula-mula dibuat utk disalin semula: Saya sedang menyemak ~nya. mendraf membuat draf (karangan, surat, lukisan dll): Dia sedang ~ surat utk dihantar ke Lembaga Hasil Dalam Negeri. pendrafan perbuatan atau hal mendraf: ~ entri baru kamus tsb sedang giat dijalankan. pendraf orang yg membuat draf atau yg menyediakan draf: ~ entri kamus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[draf] | درف

Definisi : pemberian kuasa secara bertulis utk membayar sejumlah wang oleh pihak bank: ~ bank draf yg dikeluarkan oleh bank. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata draf


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
draftn 1. preliminary version, draf; (of design, drawing, plan) lukisan: the solicitor has prepared a ~ of my will, peguam cara telah menyediakan draf wasiat saya; the rough ~ of his novel, draf kasar novelnya; 2. (finance) draf: a bank ~, draf bank; 3. (US) see CONSCRIPTION;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
draughton ~, draf: the pub has only local beers on ~, pub itu hanya menjual bir draf tempatan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
draughtadj 1. on draught, kept in barrels, draf: ~ beer, bir draf; 2. used for pulling load, penarik: a ~ horse, kuda penarik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bank1n 1. (financial establishment) bank: ~ clerk, kerani bank; ~ guarantee, jaminan bank; ~ loan, pinjaman (dr) bank; ~ draft, draf bank; 2. container for keeping money, tabung; 3. store, supply or reserve, a. (of blood) tabung, bank; b. (of data) bank;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas