Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[dra.ma] | دراما

Definisi : 1. karya yg dipersembahkan oleh pe­lakon di pentas, radio, atau TV, sandiwara: mereka akan mengadakan pementasan ~ bersempena perayaan Hari Kebangsaan Malaysia; seni ~ seni mengenai sandiwara (spt cara menyusun skrip, latar, hiasan pentas, dsb); 2. Id lakonan yg mengharukan (sedih); 3. ki situasi atau urutan peristiwa penuh emosi, tragik, atau bergelora: suatu ~ tembak-menembak telah berlaku antara anggota polis dgn perompak-perompak itu; ~ bacaan drama yg lebih sesuai utk dibaca drpd dilakonkan; ~ komedi drama yg lucu; ~ muzikal drama dgn iringan muzik (nyanyian dan tarian); ~ pentas drama yg dilakonkan di atas pentas; ~ radio drama yg dilakonkan melalui corong radio yg memberi tekanan pd suara pelakonnya dan muzik atau bunyi latar utk menimbulkan kesan pd cerita; ~ rakyat drama yg mengisahkan cerita-cerita rakyat; ~ satira drama yg membicarakan sesuatu persoalan secara sindiran; ~ televisyen drama yg dilakonkan utk ditayangkan di kaca te­levisyen; ~ wira drama yg mengisahkan ke­perwiraan atau keberanian seseorang pah­lawan; berdrama 1. mengadakan pementasan drama (sandiwara), bersandiwara: mereka ~ utk mengutip derma bagi tabung persatuan; 2. ki bertutur atau bertingkah laku dgn agak berlebihan: apabila ramai orang di situ, mulailah dia ~; mendramakan menjadikan drama, mem­per­sembahkan dlm bentuk drama: boleh juga diadakan acara-acara spt ~ sebahagian drpd kandungan buku, mendeklamasikan puisi, mengadakan peraduan bercerita, dsb; pendramaan perihal (usaha, perbuatan, dsb) mendramakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dra.ma] | دراما

Definisi : cerita yg dilakonkan utk pertunjukan pentas, disiarkan di radio, televisyen dll; sandiwara: ~ Tamu di Bukit Kenny sudah dipentaskan di Balai Budaya. ~ satira 1 drama yg membicarakan sesuatu persoalan secara sindiran. 2 peristiwa (kejadian) menarik yg benar-benar berlaku: Perompak itu mati dlm satu ~ tembak-menembak dgn anggota polis. berdrama 1 berlakon drama (utk pementasan, disiarkan di radio, TV dll); bersandiwara: Jangan asyik ~ saja, pelajaran penting juga! 2 membuat sesuatu yg tidak sungguh; berpura-pura; bersandiwara: Janganlah kita ~ saja dlm hidup ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata drama

Majalah

Mastera – DBP
Tatakerja • Negara Anggota • Brunei • Singapura • Malaysia • Indonesia • Thailand • Buku Panduan MASTERA • Kegiatan • Sidang MASTERA • Mesyuarat/Musyawarah Sekretariat • Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara (SAKAT) • Siri Kuliah Kesusasteraan Bandingan (SKKB) • Apresiasi Naskhah Drama • Program Pemerkasaan Pantun Nusantara • Program Penulisan MASTERA • Gambar Aktiviti MASTERA • Penerbitan Berkala • Sisipan Lembaran • Jurnal Pangsura • Penerbitan • Penerbitan Buku • Bibliografi • 1. Siri Kuliah Kesusasteraan Bandingan Mastera Sastera Bandingan & Sejarah Sastra

Kembali ke atas