Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.ka.ci.ta] | دوکاچيتا

Definisi : 1. duka, susah (sedih) hati: pd wajah baginda kelihatan tanda-tanda yg me­nunjukkan baginda sedang dilamun ~; 2. = berdukacita berasa sedih atau susah hati, berduka: dia sangat ~ atas kematian tu­nangannya; turut (ikut) ~ sama (turut) bersedih; mendukacitakan menyebabkan timbul rasa dukacita, mendukakan, menyedihkan atau menyusahkan hati: hari itu merupakan hari yg sangat ~nya; kemalangan yg menimpa keluarganya sungguh ~nya; kedukacitaan perasaan dukacita atau se­suatu yg mendukacitakan, kedukaan, ke­sedihan, kesusahan hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.ka.ci.ta] | دوکاچيتا

Definisi : (perasaan) sedih (hati); susah hati; duka: Baginda sedang dilamun ~. berdukacita berasa sedih atau susah hati: Dia sangat ~ atas kematian adik kesayangannya itu. mendukacitakan menyebabkan (menimbulkan) rasa dukacita; menyedihkan; mendukakan: Dia tidak ingat akan peristiwa yg ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dukacita

Peribahasa

Seperti kaca terhempas ke batu.

Bermaksud :

Hati yang hancur kerana dukacita.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, sy keliru, titah ydpa semalam yg berbunyi “ydpa dukacita”, adakah dukacita bermaksud marah dlm bahasa istana? Kalau rujuk di portal istana negara, dukacita bahasa awam = murka bahasa istana. Blh jelaskan?Dukacita bermaksud duka, susah (sedih) hati. Manakala murka bermaksud marah. Oleh itu, dukacita juga digunakan sebagai bahasa istana. Lain-lain30.07.2021
Salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang maksud "dukacita". Merujuk kepada Kamus Dewan (laman PRPM), dukacita mempunyai definisi susah hati dan sedih. Namun begitu, merujuk kepada laman Istana Negara berkenaan bahasa istana (http://www.istananegara.gov.my/bahasa-istana/) perkataan ke-14 dalam senarai perkataan menunjukkan Dukacita (bahasa Awam) seerti dengan Marah atau Murka dalam bahasa istana. Mohon penjelasan dan pencerahan untuk penggunaan perkataan dukacita. Sekian, terima kasih.Untuk makluman tuan Kamus DBP memberikan maksud perkataan yang lazim digunakan. Walau bagaimanapun, sesuatu perkataan boleh membawa maksud yang berbeza mengikut konteks atau laras penggunaannya. Contohnya, perkataan dukacita bermaksud perasaan sedih atau susah hati dalam konteks umum, namun dalam laras bahasa istana perkataan dukacita hendaklah dibaca dengan maksud yang dinyatakan dalam konteks tersebut.Tatabahasa30.07.2021
Assalamualaikum encik Dukacita dimaklumkan pada percubaan yang ke 7, kami masih gagal. Pihak DBP masih tegas menyuruh kami menukarkan nama studio kepada butik. Ini adalah penyertaan yang ke -8 beserta keterangan yang baru. "HAJUWA dipilih sebagai nama perniagaan kerana ianya adalah singkatan dan gabungan nama pemiliknya sendiri. Ianya juga dipilih kerana mudah disebut dan dieja, sekaligus memudahkan para pelanggan mengingati nama perniagaan kami. Untuk pengetahuan tuan/puan, kami menyediakan servis penyewaan studio bagi tujuan penggambaran. Dan pejabar urusan bagi menempatkan pekerja kami membuat kerja pemasaran, pengurusan studio dan sebagainya. Kami juga ingin menegaskan bahawa kami tidak membuat butik di situ. Kami harap penjelasan ini jelas untuk memberitahu bahawa perniagaan kami adalah menyediakan tempat untuk penggambaran (studio) sahaja. " Adakah masih memerlukan perubahan? Sila berikan nasihat bagi meluluskan permintaan kami kerana ianya sangat memakan masa. Terima Kasih.
Sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".
Lain-lain30.01.2017
Assalamualaikum, Saya keliru dengan penggunaan ayat 'Dukacita'. Dalam bahasa istana ia bermaksud marah. Tetapi ketika rujuk kamus ia bermaksud sedih. Jika adalah urusan rasmi adakah ia bermaksud marah? Terima kasih http://www.istananegara.gov.my/bahasa-istana/ https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Dukacita

Untuk makluman tuan Kamus DBP memberikan maksud yang lazim digunakan. Walau bagaimanapun, sesuatu perkataan boleh membawa maksud yang berbeza mengikut konteks atau laras penggunaannya. Contohnya, perkataan dukacita bermaksud perasaan sedih atau susah hati dalam konteks umum, namun dalam laras bahasa istana perkataan dukacita hendaklah dibaca dengan maksud yang dinyatakan dalam laras tersebut.

Istilah30.07.2021
saya hendak bertanya tentang ejaan sukacita dan dukacita. Adakah dua perkataan itu ditulis atau dieja secara rapat? Kalau tidak silap saya, hanya 15 perkataan sahaja yang ditulis secara rapat, seperti yang ada dalam buku Tatabahasa Dewan. Terima Kasih.. harap penjelasan.Ejaan yang betul ialah sukacita dan dukacita. Kedua-dua perkataan ini bukan kata majmuk yang secara lazimnya dieja bercantum.  Ejaan25.07.2011
Harap dapat penjelasan mengenai penggunaan 'sukacita' atau 'dukacita' di dalam penulisan surat. Yang mana betul "Sukacita dimaklumkan bahawa ...." atau "Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa ...."

Encik Yahaya,

  • sukacita - senang hati, suka hati, kegembiraan, kegirangan: kanak-kanak yg pandai akan berasa ~; mereka dgn ~ mengambil peluang ini;
  • duka, susah (sedih) hati: pd wajah baginda kelihatan tanda-tanda yg menunjukkan baginda sedang dilamun ~; 2. = berdukacita berasa sedih atau susah hati, berduka: dia sangat ~ atas kematian tunangannya; turut (ikut) ~ sama (turut) bersedih;
  • Dengan sukacitanya / dukacitanya dimaklumkan bahawa ...."

    Tatabahasa04.03.2010
    suka cita, duka citaDieja bercantum sukacita, dukacitaEjaan17.07.2008
    penggunaan perkataan menyesal dan menyesali...maksud dan contoh ayat untuk membezakannyaMenyesal bermaksud berasa dukacita atau ralat kerana melakukan kejahatan dll; berasa insaf. Contoh: Jika tidak lulus, jangan menyesal nanti.

    Manakala menyesali pula bermaksud menyesal akan; berasa tidak senang kepada; berasa sesal terhadap. Contoh: Pemandu lori itu menyesali perbuatannya yang cuai ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan jalan raya. 

    Lain-lain11.09.2020
    maklumat waktu pulang sekolah SEMPENA cuaca panas. adakah betul penggunaan SEMPENA itu? bolehkan perkataan SEMPENA digunakan bagi peristiwa dukacita? seperti cuaca?

    Penggunaan perkataan “sempena” tidak betul kerana bermaksud berkat atau tuah. Perkataan yang betul ialah “bersempena” yang membawa maksud mengambil sempena sesuatu peristiwa. Walau bagaimanapun, perkataan “bersempena” dalam konteks ayat yang diberikan tidak boleh digunakan kerana “cuaca panas” bukan merupakan peristiwa, sebaliknya keadaan.

    Ayat yang betul ialah “Makluman waktu pulang sekolah ketika cuaca panas.”
    Tatabahasa08.05.2023
    salam bahagia, saya ingi bertanya bolehkah perkataan "terutama" digunakan di permulaan ayat? adakah ianya kata hubung? diberi contoh ayat bagi surat peringatan : 2. Dukacita dimaklumkan bahawa pegawai kami di Cawangan Perolehan mendapati bahawa berkenaan tentang KETIDAKHADIRAN pekerja-pekerja pembersihan sejak November 2017.Susulan daripada itu kami juga menerima aduan daripada Pegawai Pemantau yang dilantik bagi setiap lokasi mengenai keadaan kebersihan persekitaran di ruang pejabat, lobi dan tandas berada pada tahap TIDAK MEMUASKAN. Terutama longgokan sampah yang banyak bagi setiap tempat tidak dikutip dan tiada penyediaan tisu dan sabun pencuci di tandas dan sebagainya.Salam sejahtera,

    Tuan,

    Terutama merupakan kata terbitan bagi perkata "utama". Perkataan "utama" merupakan kata adjektif. Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Kata adjektif tidak boleh digunakan pada awal ayat.

    Sila kemukakan soalan berikutnya dengan lebih jelas.

    Sekian, terima kasih.
    Tatabahasa14.12.2017
    123

    Kembali ke atas