Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.ka.ci.ta] | دوکاچيتا

Definisi : 1. duka, susah (sedih) hati: pd wajah baginda kelihatan tanda-tanda yg me­nunjukkan baginda sedang dilamun ~; 2. = berdukacita berasa sedih atau susah hati, berduka: dia sangat ~ atas kematian tu­nangannya; turut (ikut) ~ sama (turut) bersedih; mendukacitakan menyebabkan timbul rasa dukacita, mendukakan, menyedihkan atau menyusahkan hati: hari itu merupakan hari yg sangat ~nya; kemalangan yg menimpa keluarganya sungguh ~nya; kedukacitaan perasaan dukacita atau se­suatu yg mendukacitakan, kedukaan, ke­sedihan, kesusahan hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.ka.ci.ta] | دوکاچيتا

Definisi : (perasaan) sedih (hati); susah hati; duka: Baginda sedang dilamun ~. berdukacita berasa sedih atau susah hati: Dia sangat ~ atas kematian adik kesayangannya itu. mendukacitakan menyebabkan (menimbulkan) rasa dukacita; menyedihkan; mendukakan: Dia tidak ingat akan peristiwa yg ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dukacita

Peribahasa

Seperti kaca terhempas ke batu.

Bermaksud :

Hati yang hancur kerana dukacita.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Matahari tengah gerhana.Berwajah muram kerana dukacita.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kaca terhempas ke batu.Hati yang hancur kerana dukacita.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas