salam, adakah perkataan "ekslusif" dalam bahasa Melayu? | Perkataan eksklusif boleh digunakan dalam bahasa Melayu. Untuk mengetahui makna dan contoh penggunaannya layari eksklusif">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=eksklusif. | Ejaan | 27.03.2012 |
Adakah struktur ayat-ayat dan ejaan berikut betul : 1) Kediaman impian yang dipenuhi ketenangan. 2) Gaya hidup selesa dan eksklusif di samping kawasan menghijau. 3)24 unit kediaman eksklusif dengan privasi tinggi. 4) Kediaman mesra alam. 5)Taman Desa Ros Residensi, dibina dengan visi yang ingin menawarkan kehidupan eksklusif, persendirian dan tanpa sempadan antara penghuni dan alam semula jadi. Terletak di tengah-tengah kawasan seluas 2.8 ekar, 24 unit rumah semi-D dua tingkat, dikelilingi lanskap kehijauan yang menenangkan | Sila buat permohonan untuk pengesahan sah bahasa iklan melalui http://dbpsahbahasa.my/ Terima kasih. | Tatabahasa | 27.07.2018 |
alan : Ayat mana yang betul ? a) Melalui penahapan kemahiran dan eksplorasi minda dalam menghasilkan rekaan berasaskan buah sena, pelbagai reka bentuk barang kemas yang unik dan eksklusif telah dapat dihasilkan. ATAU b)Penahapan kemahiran dan eksplorasi minda dalam menghasilkan rekaan berasaskan buah sena telah menjelmakan pelbagai reka bentuk barang kemas yang unik dan eksklusif. | Ayat yang betul. a) Melalui penahapan kemahiran dan eksplorasi minda dalam menghasilkan rekaan berasaskan buah sena, pelbagai reka bentuk barang kemas yang unik dan eksklusif dapat dihasilkan. | Tatabahasa | 25.08.2014 |
Ayat mana yang betul ? a) Melalui pengtahapan kemahiran dan eksplorasi minda dalam menghasilkan rekaan berasaskan buah sena, pelbagai reka bentuk barang kemas yang unik dan eksklusif telah dapat dihasilkan. ATAU b)Pengtahapan kemahiran dan eksplorasi minda dalam menghasilkan rekaan berasaskan buah sena telah menjelmakan pelbagai reka bentuk barang kemas yang unik dan eksklusif. | Terdapat kesalahan ejaan (tiada perkataan tersebut dalam Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat) iaitu "pengtahapan". Sila betulkan perkataan tersebut terlebih dahulu supaya kami dapat memberi jawapan yang tepat. | Ejaan | 20.08.2014 |
adakah struktur ayat betul? Rumah kelab penduduk eksklusif dengan rekaan bergaya dan mewah, bukan sahaja menawarkan suasana selera untuk bersenam malah satu ruang demi menjalinkan hubungan mesra antara jiran. | Ayat tersebut tidak lengkap dengan keterangan atau maksud yang ingin disampaikan. Misalnya keterangan berkenaan 'ruang' yang dimaksudkan dalam ayat tersebut. Contohnya 'ruang kecil atau ruang keluarga'. Cadangan kami untuk ayat tersebut ialah 'Rumah kelab penduduk jenis esklusif bukan sahaja mewah malah mempunyai ruang yang sesuai untuk bersenam dan juga ruang yang sesuai untuk menjalinkan hubungan mesra antara jiran'. Harap maklum. | Tatabahasa | 22.07.2008 |
MELIA RESIDENCES GERBANG NUSAJAYA. FASA BARU - 24' X 75' - RUMAH KELAB EKSKLUSIF - KOMUNITI BEPAGAR & BERPENGAWAL | Adakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan/ papan tanda premis perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my , kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/ papan premis perniagaan anda.
| Lain-lain | 14.08.2017 |
Adakah ayat dalam Bahasa Melayu sama maksud dengan ayat tulisan Jawi? Gollll! Menangi hadiah eksklusif ini dengan Pakej Advance MaxCheck! * Tertakluk pada Terma & Syarat. Satu (1) cabutan bertuah bagi setiap pembelian pakej Advance MaxCheck. Tawaran sah sementara stok masih ada. Gوللل مآناgي هادياه آكسكلوسيف يني دآنgان باكآج ادفانثآ ماخشآثك! طآرتاكلوك بادا تآرما دان سيارات. صاتو (أ) ثابوتان بآرتواه باgي سآتياب بآمبآليان باكآج ادفانثآ ماخشآثك. طاواران ساه سآمتارا ستوثك ماسيه ادا | Lihat Lampiran. | Ejaan | 31.03.2014 |
mohon bantuan. sijil tak boleh download. No. Pendaftaran : 24287/2016 Pemohon : eggroups Syarikat : Tajuk : EKSPO BAYI EKSKLUSIF YANG TERUNGGUL Tarikh Selesai : 08/06/2016 Status : LULUS No. Kelulusan : DBP/KPB/201606/10656 | Mohon pihak tuan menghubungi Pegawai Teknologi Maklumat kami untuk bantuan tersebut. En. Mohamad Shaufi bin Kambaruddin, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, 03-2147 9389 shaufi@dbp.gov.my | Lain-lain | 13.06.2016 |
Bolehkan anda berikan cadangan terjemahan untuk "Signature dish?" | Cadangan terjemahan yang sesuai bagi Signature dish ialah Sajian Eksklusif atau Sajian Istimewa | Makna | 23.04.2017 |
Betulkah struktur ayat? Kediaman ditemani alam subur, bayu segar meniup sepoi-sepoi bahasa, mata segar dijamu pemandangan sekeliling yang mempesonakan…Taman XX menginspirasikan segalanya. Terletak di puncak tanah tinggi, enklaf kediaman eksklusif ini menawarkan keselesaan dan ketenangan saban hari. Dengan suasana privasi, tenang dan nyaman ini, anda dapaat menjauhkan diri daripada ketegangan, kesesakan dan kesibukan kota. Taman XX, khas untuk anda yang mencarikan kehidupan berprestij terunggul. | Sila jelaskan konteks penggunaan dalam ayat-ayat yang diberikan. Sama ada dalam iklan, rencana, cerpen dan sebagainya. Harap maklum. | Tatabahasa | 22.07.2008 |