Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[éks.trém] | ايکستريم

Definisi : (ékstrém) keterlaluan, melampau; keekstreman perihal (keadaan) ekstrem. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[éks.trém] | ايکستريم

Definisi : /ékstrém/ melampau (bkn sikap, pendirian, tuntutan dll); terlalu sangat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ekstrem


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah yang dimaksudkan denagan fundamentalisme,Ekstrimisme dan Terrorisme.Fundamentalisme bermakna keakuran yg kuat terhadap sesuatu ajaran. Ekstrémisme faham (sikap, perlakuan, dsb) yg ekstrem. Terrorisme ialah keganasan, ganas. Untuk keterangan lanjut atau mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna21.10.2008
apakah istilah yang tepat bagi Scrum, Extreme Programming (XP), Crystal, Dynamic Systems Development Method (DSDM), Lean Development, and Feature-Driven Development (FDD) dalam kaedah pembangunan perisian?Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:
 
Scrum - Skrum
Extreme Programming (XP) - Pengaturcaraan Ekstrem
Crystal - Kristal
Dynamic Systems Development Method (DSDM) - Kaedah Pembangunan Sistem Dinamik
Lean Development -Pembangunan Padu
Feature-Driven Development (FDD) - Pembangunan Berpandukan Ciri/Pembangunan Pacuan Ciri
Istilah14.03.2017
Apakah terjemahan untuk X-Games dalam Bahasa Melayu? Contoh ayat: 1. Temasya X-Games di ibu negara baru-baru ini terpaksa dibatalkan disebabkan pandemik yang melanda. 2. Kumar meminati sukan X-Games sejak berumur lapan tahun lagi.Pihak kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi X-Games ialah Sukan Ekstrem.Lain-lain21.04.2021

Kembali ke atas