Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.lék.tro.nik] | ايليکترونيک

Definisi : (éléktronik) 1. bkn elektron; 2. bkn (penggunaan) alat yg dibina (dijalankan) dgn kaedah (prinsip) teknologi elektron: barang-barang ~; 3. cabang fizik dan teknologi yg berkaitan dgn gerak laku, pembangunan, aplikasi dsb litar dan peranti elektronik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.lék.tro.nik] | ايليکترونيک

Definisi : /éléktronik/ ist 1 cabang ilmu fizik yg berkaitan dgn elektron. 2 dijalankan atau dilaksanakan dgn elektron. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata elektronik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. DEFINISI PERBANKAN ELEKTRONIK 2. DEFINISI MISI, VISI DAN OBJEKTIF 3. ARTIKEL2 MENGENAI PERBANKAN ELEKTRONIKPerbankan elektronik bermaksud sistem perbankan yang sepenuhnya menggunakan komputer atau peralatan elektronik lain (bukan lagi secara manual), misi bermaksud tugas khusus yg dipertanggungjawabkan, visi bermaksud wawasan, objektif bermaksud tujuan atau matlamatMakna31.10.2007
Saya ingin membuat kaji selidik. Tajuk kaji selidik dalam Bahasa Melayu ialah "Kaji Selidik Terhadap Kaedah Pembayaran Elektronik (e-pembayaran)" Soalan: Saya perlu pandangan penggunaan huruf besar bagi perkataan yang ada singkatan elektronik ‘e-‘ jika di permulaan ayat/tajuk. Adakah:- a) "Kaji Selidik Terhadap Kaedah Pembayaran Elektronik (E-pembayaran)"; b) "Kaji Selidik Terhadap Kaedah Pembayaran Elektronik (e-Pembayaran)"; c) "Kaji Selidik Terhadap Kaedah Pembayaran Elektronik (E-Pembayaran)"; atau d) "Kaji Selidik Terhadap Kaedah Pembayaran Elektronik (e-pembayaran)"?Jawapan yang betul ialah  'Kaji Selidik Terhadap Kaedah Pembayaran Elektronik (e-pembayaran)'Ejaan13.07.2020
Kami adalah syarikat mengeluar dan memproses barangan elektronik dan fabrikasi logam. Kami memohon nama Kilang elektronik dan fabrikasi logam Geiger (M) sdn.bhd. dan tidak diluluskan dan nama yang dicadangan oleh DBP ialah kedai elektronik dan fabrikasi logam. Diminta nasihat dari pihak tuan.Jika kilang, perlu diperbetulkan menjadi "Kilang Barangan Elektronik dan Fabrikasi Logam", sila kemukakan semula permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain11.07.2015
setiap tandatangann secara elektronik pada perenggan... setiap tandatangann secara elektronik di perenggan... Mohon penjelasan yang lebih tepatAyat yang betul ialah "Setiap tandatangan secara elektronik pada perenggan..." kerana perkataan "pada" dalam konteks ayat  tersebut terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja.Tatabahasa22.10.2020
Saya perlukan surat pengesahan untuk papan tanda perniagaan.Sila tukar kepada PENJUAL PERALATAN ELEKTRONIK atau KEDAI PERALATAN ELEKTRONIK. Setelah dibetulkan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain04.06.2015
Akta Pengangkutan Jalan 1987 ada digunakan istilah "peranti elektronik pelbagai guna". Mohon penjelasan adakah ''peranti elektronik pelbagai guna'' termasuk telefon pintar.Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, maksud peranti ialah alat atau mesin untuk melaksanakan fungsi tertentu dan elektronik bermaksud alat seperti radio, televisyen dan komputer yang berkaitan dengan atau dikendalikan dengan komponen seperti mikrocip dan transistor yang mengawal arus elektrik. Berdasarkan istilah bahasa Melayu pula, pelbagai guna membawa maksud mempunyai lebih daripada satu penggunaan.

Oleh itu, berdasarkan maksud di atas telefon pintar juga termasuk sebagai peranti elektronik pelbagai guna.
Makna12.10.2021
Salam Satu Malaysia, Tuan, frasa 'gajet elektronik' diterima guna sebagai bahasa Melayu.Kalau ya, tolong berikan makna 'gajet elektronik'. Saya telah merujuk Kamus Dewan. Saya tidak temu perkataan 'gajet' tetapi dalam carian Google ada. Sekian, terima kasih.Tidak ada istilah "gajet" dalam bahasa Melayu. Padanan bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris "gadget" ialah alat atau alatan. Oleh itu, frasa yang betul ialah alat elektronik atau alatan elektronik.Istilah27.02.2017
istilah mana yang betul? e-skuter? skuter-e? skuter elektronik? skuter mini? Terima kasihIstilah e-skuter, skuter-e, skuter elektronik, dan skuter mini masih belum ada dalam pangkala data kami. Cadangan istilah yang sesuai digunakan ialah skuter mini atau skuter elektronik.Istilah02.03.2018
mengapa meda elektronik sekarang menggunakan perkataan "baharu" berbanding perkataan "baru"? adakah terdapat perubahan tatabahasa atau wujud perbezaan antara kedua-dua perkataan ini?Tidak terdapat apa-apa perubahan dalam tatabahasa. Baharu ialah new dalam bahasa Inggerisnya, manakala baru pula dalam bahasa Inggeris disebut sebagai just. Oleh sebab itu penggunaan baharu adalah lebih tepat untuk menunjukkan sesuatu yang baharu, misalnya, Tahun baharu, kereta baharu atau rumah baharu. Manakala baru pula bolehlah digunakan dalam ayat seperti, baru-baru ini Pak mat kemalangan jalan raya atau baru sekejap tadi dia datang dengan ibunya, dan lain-lain lagi. Kedua-dua maksud ini memang berbeza dari segi penggunaannya.T.kasih.Lain-lain30.10.2008
Pada masa ini PERKESO membeli 100 lesen Kamus elektronik DEWAN EJA. Apakah kamus ini milik bersama DBP?. Sekiranya TIDAK apa kamus elektronik yang dijual oleh DBP dan bagaimana untuk membelinya sebab PERKESO sangat memerlukannya sebagai rujukan bersama dalam perisian Microsoft Words 2007 sebagai spelling checker bila menaip dalam Bahasa Malaysia.DEWAN EJA merupakan kamus elektronik DBP.Lain-lain10.08.2010
12345678910...

Kembali ke atas