Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.lék.tro.nik] | ايليکترونيک

Definisi : (éléktronik) 1. bkn elektron; 2. bkn (penggunaan) alat yg dibina (dijalankan) dgn kaedah (prinsip) teknologi elektron: barang-barang ~; 3. cabang fizik dan teknologi yg berkaitan dgn gerak laku, pembangunan, aplikasi dsb litar dan peranti elektronik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.lék.tro.nik] | ايليکترونيک

Definisi : /éléktronik/ ist 1 cabang ilmu fizik yg berkaitan dgn elektron. 2 dijalankan atau dilaksanakan dgn elektron. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata elektronik


Ujian

PERKATAANPADANANBIDANGHURAIAN
soft molecule electronics  Bidang ilmu sains dan teknologi yang berkaitan dengan pembuatan peranti elektronik menggunakan satu atau lebih filem tipis molekul kecil atau polimer. Berbeza dengan peranti elektronik silikon yang dibina di atas wafer silikon yang keras, komponen peranti elektronik lembut dapat disusun atas permukaan substrat yang dapat lentur seperti kepingan kertas atau plastik. Contoh peranti elektronik lembut ialah diod, transistor, diod pemancar cahaya, sel suria, bateri dan akhbar elektronik.
plastic electronic device  Alat elektronik yang bahan aktifnya terdiri daripada plastik, termasuk bahan polimer pengkonduksi. Peranti ini boleh lentur dan ringan serta dapat difabrikasi dengan kos yang rendah berbanding dengan peranti elektronik tradisi yang difabrikasi daripada bahan semikonduktor bukan organik. Contohnya, sel suria plastik yang difabrikasi pada permukaan bersaiz besar dan boleh gulung.
silicon electronics  Bidang ilmu sains dan teknologi yang berkaitan dengan penggunaan bahan semikonduktor silikon dalam pembuatan peranti elektronik. Peranti silikon yang paling ringkas terdiri daripada sambungan bahan semikonduktor jenis-n dan jenis-p. Ratusan ribu transistor kecil bersaiz mikro dapat dibina di atas satu kepingan wafer silikon dengan menggunakan teknik litografi bagi menghasilkan mikrocip. Contoh peranti elektronik silikon ialah diod, transistor, diod pemancar cahaya, sel suria, dan mikrocip.
single-nanoparticle electronic device  Alat elektronik yang difabrikasi dengan menyusun blok nanozarah hablur tunggal silikon. Nanozarah silikon ini berdiameter antara 20 nm - 80 nm, berbentuk kubus dan berorientasi tinggi.
molecular electronics  Bidang yang mengkaji penggunaan bahan molekul organik atau polimer secara sistematik untuk pemfabrikasian peranti elektronik. Contohnya, pengaplikasian dalam diod pemancar cahaya polimer, sensor polimer konduktif dan plastik piroelektrik.
microchip  Peranti elektronik yang difabrikasikan daripada bahan semikonduktor seperti silikon atau germanium, untuk membentuk mikrolitar bersepadu. Peranti ini dapat menjalankan fungsi tertentu dan merupakan sebahagian daripada sistem elektronik yang lebih besar.
nanoelectromechanical device  Alat bersaiz nano yang menggunakan gabungan sistem mekanik dan elektronik. Peranti ini digunakan sebagai sensor, nanopam, pemecut dan pelbagai kegunaan dalam bidang elektronik dan perubatan.
microelectromechanical device  Alat bersaiz mikro yang menggunakan gabungan sistem mekanik dan elektronik. Peranti ini digunakan sebagai sensor, mikropam, pemecut dan pelbagai kegunaan dalam bidang elektronik dan perubatan. Lihat juga sistem mikroelektromekanik (MEMS).
pixel  Unsur terkecil dalam imej berdigit suatu sistem paparan elektronik. Piksel biasanya disusun dalam grid berdimensi-2 dalam bentuk bintik, segi empat sama atau segi empat tepat. Kedudukan piksel adalah terlalu rapat sehingga kelihatan seperti bersambung. Keamatan setiap piksel adalah berbeza. Dalam sistem berwarna, setiap piksel mempunyai tiga atau empat komponen cahaya, seperti merah, hijau dan biru, atau sian, magenta, kuning, dan hitam. Setiap piksel diwakili oleh beberapa bilangan bit yang menentukan kualiti imej dan warna yang dipaparkan oleh suatu sistem paparan elektronik.
electronic nose  Peranti untuk mengecam bau komponen tertentu dan menganalisis kandungan kimianya bagi pengenalan sumber bau tersebut. Peranti ini meniru sistem hidung sebenar yang terdiri daripada susun atur sensor kimia dan sistem pengecaman corak yang menggunakan rangkaian neural buatan. Peranti ini digunakan secara meluas untuk mengawal kualiti dalam industri makanan, minuman dan kosmetik. Penggunaan lain ialah pengesanan bau bagi penyakit tertentu dalam diagnosis perubatan dan pengesanan kebocoran gas dan pencemaran alam sekitar.
123456

Kembali ke atas