Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.mo.si] | ايموسي

Definisi : (émosi) perasaan jiwa yg kuat, spt sedih, gembira, takut, dll: masalah bahasa boleh menimbulkan sentimen dan ~ yg kurang sihat; ada juga beberapa perkara lagi yg perlu diketahui oleh bakal seniman, misalnya soal menunjukkan ~, ketawa, dan menangis; beremosi mempunyai emosi: peluang komu-nikasi spt itu, lagi tepat dan jelas, lagi tidak ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.mo.si] | ايموسي

Definisi : /émosi/ 1 perasaan jiwa (batin) yg kuat spt sedih, marah. 2 keadaan perasan atau fikiran yg terangsang dan melibatkan perubahan psikologi dan fisiologi pd seseorang. beremosi dgn emosi; emosional: Penceramah begitu ~ dlm menyuarakan pendapatnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata emosi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Potensi emosi dimajukan dengan merujuk kepada/pada tujuh prinsip kejayaanPotensi emosi dimajukan dengan merujuk kepada tujuh prinsip kejayaan.Tatabahasa06.12.2011
Perkataan sosio emosi, adakah ia ditulis satu perkataan (sosioemosi) ataupun dua perkataan (sosio emosi)?Sosio ialah awalan asing yang mesti dieja rapat dengan perkataan yang dikaitkan dengannya seperti sosioekonomi dan sosiopolitik. Ejaan yang betul ialah sosioemosi.Ejaan22.10.2013
Slm, Mohon semak ayat di bawah : Tekanan berpunca daripada emosi yang tidak terkwal/dikawal. tqTekanan berpunca daripada emosi yang tidak terkawal atau tidak dapat dikawal.Tatabahasa27.08.2015
salam, bolehkah selepas kata kerja 'membantu' diikuti dgn kata kerja? Contoh ayat: to help manage your emotional health. Terjemahan: 1-untuk membantu menguruskan kesihatan emosi anda 2-untuk membantu pengurusan kesihatan emosi anda Yang mana satukah yg betul. Mohon nasihat,terima kasih.

Perkataan membantu merupakan kata kerja aktif transitif, iaitu kata kerja yang mesti diikuti dengan objek yang terdiri daripada kata nama/frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Contoh dalam ayat, Adik membantu ibu di dapur.

Cadangan padanan terjemahan bagi teks to help manage your emotional health ialah membantu anda untuk menguruskan kesihatan emosi atau untuk membantu pengurusan kesihatan emosi anda.  

Tatabahasa27.02.2021
Apakah istilah 'survival skills' dalam BM? Bagaimana pula dengan 'mood' yang menggambarkan keadaan emosi seseorang - apakah istilah yang paling tepat dalam BM? T kasih.Kami mencadangkan terjemahan yang sesuai untuk “survival skills” ialah "kemahiran hidup" atau "kemahiran kendiri". Manakala cadangan padanan bagi perkataan “mood” yang menggambarkan keadaan emosi seseorang ialah "angin" atau "suasana". Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan bergantung pada konteks ayat yang bersesuaian.Istilah19.02.2021
MOHON PENYEMAKAN ISTILAH TAJUK KAJIAN PHD SEPERTI BERIKUT : FAKTOR PERAMAL KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI OLEH KESELARASAN PERSONALITI-KERJAYA, KEPUASAN KERJA, KECENDERUNGAN AFEKTIF, KELESUAN EMOSI DAN DAYA TAHAN DALAM KALANGAN KAUNSELOR BERDAFTAR DI MALAYSIATajuk PHD puan kurang difahami. Cadangan kami ialah FAKTOR RAMALAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI TENTANG KESELARASAN PERSONALITI-KERJAYA, KEPUASAN KERJA, KECENDERUNGAN EFEKTIF, KELESUAN EMOSI DAN DAYA TAHAN DALAM KALANGAN KAUNSELOR BERDAFTAR DI MALAYSIA.Tatabahasa20.08.2019
Salam sejahtera Tuan/ Puan, Saya ingin bertanya tentang penggunaan men kan atau me ... an - boleh diikuti dgn kata ' akan ' ? Contohnya : 1. Dia rindukan akan ibunya. (Sepatutnya kata adjektif emosi tidak boleh diletakkan " kan " pada penghujungnya - Dia rindu akan ibunya.) 2. Bagaimana pula dengan ayat : Dia amat merindukan akan ibunya ? (kata adjektif emosi sudah bertukar menjadi kata kerja transitif ' merindukan ' ). Bagaimanakah caranya untuk membetulkan ayat tersebut ? a. Dia amat rindu akan ibunya ? b. Dia amat merindui akan ibunya ? c. Dia amat merindui ibunya ? *** d. Dia amat merindukan ibunya ? e. Dia amat merindu akan ibunya ? atau ada jawapan lain yang lebih tepat ? *** 'men ... an ' perlu diikuti dengan objek tidak hidup, betul ? Cthnya : ... menghadiahkan sepucuk surat kepada ibunya. ... merindukan masakan ibunya. manakala ' men ... i ' perlu diikuti dgn objek hidup : ... merindui ibunya ... menasihati pelajarnya Terima kasih & maaf kerana mengganggu. ChoyHH ( choy862003@yahoo.com)

1. Ayat yang betul ialah Dia rindu akan ibunya.

2. Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 194, di bawah subtajuk (c) Jenis Kata Kerja yang terbentuk (dengan Apitan meN-...-kan), binaan ayat yang menerima kata kerja berapitan meN-...-kan adalah: subjek + kata kerja (meN-...-kan) + objek. Sama juga binaan ayat untuk kata kerja berapitan meN-...-i. Oleh itu, binaan ayat, Dia amat merindukan akan ibunya adalah salah. Ayat yang betul ialah: a. Dia amat rindu akan ibunya.  b. Dia amat merindui ibunya  dan c. Dia amat merindukan ibunya. Perkataan merindukan dan merindui bermaksud rindu akan dan boleh diikuti dengan objek bernyawa. Kesimpulannya, tidak semua aspek tatabahasa bahasa Melayu dapat dipastikan betul atau salah melalui rumus.

Tatabahasa14.02.2011
Assalamualaikum 1. Apakah perbezaan makna afektif, emosi dan perasaan? 2. Apakah konteks ayat/situasi yang tepat untuk penggunaan ketiga-tiga perkataan tersebut? 3. Adakah huruf b pada kata barat yang merujuk lokasi negara barat perlu ditulis huruf besar? Manakala barat yang merujuk arah mata angin ditulis huruf kecil? 4. Adakah betul istilah ini dalam bahasa Melayu: a. Kereaktifan positif bagi merujuk istilah extraversion/surgency? b. Afektif negatif bagi merujuk istilah negative affect? c. Pengawalseliaan bagi merujuk istilah effortful control? 5. Apakah yang dimaksudkan dengan temperamen (temperament)? Terima kasihPuan boleh menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan salah satu cara untuk membuat rujukan, mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari /http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari.

Selain itu, puan boleh melayari Katalog Awam Dalam Talian (KAWAT) yang terdapat dalam Laman Web DBP dan membuat semakan judul atau subjek bahan yang diperlukan.

Sekiranya ada bahan yang boleh membantu, puan boleh mendaftar di Pusat Dokumentasi Melayu, Aras 3, Podium Menara DBP sebagai ahli Rakan Dewan.

Setelah mendaftar puan boleh membuat rujukan bahan-bahan yang diperlukan. Kadar yuran keahlian ialah RM30 untuk setahun, RM30 untuk 2 tahun dan RM35 untuk keahlian 3 tahun. Waktu perkhidmatan ialah setiap hari Isnin - Khamis (8.30 pagi - 4.45 petang) dan pada hari Jumaat (8.30 pagi - 12.00 tengahari/2.45 petang - 4.45 petang).

Terima kasih kerana berhubung dengan kami.
Sastera30.05.2017
Salam, Mohon semak terjemahan istilah berikut: Honesty-Humility = Kejujuran-Merendah Diri Emotionality = Emosi Conscientiousness = Keberhemahan Terima kasihPadanan bahasa Melayu yang diberikan adalah betul.Penyemakan dan penterjemahan03.07.2021
Apakah definisi empati ?empati bermaksud daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain.Makna12.11.2007
12345

Kembali ke atas