Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[en.ci/] | انچيق

Definisi : 1. panggilan kpd orang lelaki yg sederhana kedudukannya atau yg tidak dikenali; 2. panggilan kpd ibu (bagi sesetengah orang); 3. gelaran yg digunakan sebelum nama orang lelaki (yg tidak mempunyai sebarang gelaran spt Datuk, Tengku, dsb): E~ Ramli; ~ laki-laki laki-laki yg menjadi kepala rumah tangga, tuan rumah; ~ perempuan isteri, nyonya rumah, orang rumah; 4. Jk panggilan kpd orang Cina asli; encik-encik seorang Cina asli; berencik menggunakan kata encik apabila bercakap-cakap: memang Hamid apabila bercakap dgn aku selalu ~; Ah, jangan ~ juga lagi dgn saya, Suyono! memperencik memanggil encik (kpd sese-orang): sekarang engkau yg patut saya perencik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[en.ci/] | انچيق

Definisi : panggilan atau gelar kpd seseorang yg dihormati. berencik menggunakan kata encik (apabila bercakap). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata encik

Puisi
 

Encik Arshad menggali cacing,
     Itik baru kerat kepaknya;
Kalau pandai menimbang dacing,
     Baru tahu di mana beratnya.


Lihat selanjutnya...(52)

Pantun

PantunSumberTema
Encik Arshad menggali cacing, Itik baru kerat kepaknya; Kalau pandai menimbang dacing, Baru tahu di mana beratnya.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Encik Lebai naik ke bukit, Menangkap ayam di pohon gaharu; Orang kebal lukanya sedikit, Remuk di dalam orang tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Encik Isa anak Palembang, Dari Patani lalu ke Kelantan; Sekalian bisa lagi kubuang, Inikan pula bisa di badan.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Encik Esah pergi Merlong, Sampai Merlong masak petola; Orang susah wajib ditolong, Baru kita dapat pahala.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Encik Ali membawa galah, Sampai kuala menjala ikan; Bukit tinggi dijadi Allah, Lautan dalam siapa galikan?Kurik Kundi Merah SagaAgama
Encik Akop menggali kolam, Delima batu dipenggal-penggal; Kalau dah sanggup jadi Islam, Lima waktu jangan ditinggal.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Encik Elok minum di kendi, Kendi berisi minyak lenga; Apa dipujuk abang berbudi, Dalam berbudi banyak terkena.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Encik Hitam orang Bangkahulu, Datang ke sini menjaja kain; Hitam rambut sama berbulu, Tetapi hati lain-lain.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Encik Embong pergi ke Jeddah, Terus bertahun hingga raya; Teluk tanjung lagikan berubah, Inikan pula hati manusia.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Encik Mamat memetik lada, Tetak daun di rumah tinggal; Kalau terkena hikmatnya janda, Tujuh tahun sembahyang tinggal.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
12345

Kembali ke atas