10.1.102.45

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[én.si.klo.pé.dia] | اينسيکلوڤيديا

Definisi : /énsiklopédia/ buku yg berisi keterangan ringkas dan tepat ttg berbagai-bagai ilmu pengetahuan yg disusun menurut abjad atau menurut cabang ilmu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[én.si.klo.pé.dia] | اينسيکلوڤيديا

Definisi : (énsiklopédia) buku, biasanya dlm banyak jilid, yg mengandungi maklumat am tentang segala cabang pengetahuan atau maklumat tuntas tentang sesuatu cabang pengetahuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ensiklopedia


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Boleh saya meringkaskan perkataan ensiklopedia mini menjadi ensiklomini? Terima kasihMaksdu ensiklopedia menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua ialah buku yang berisi keterangan ringkas dan tepat tentang berbagai-bagai ilmu pengetahuan yang disusun menurut abjad atau menurut cabang ilmu. Maka singkatan ensiklomini tidak sesuai dijadikan sebagai istilah.Makna10.07.2017
Assalamualaikum, di manakah saya boleh dapati Ensiklopedia Malaysiana untuk dibeli/ digunakan untuk rujukan?Pihak tuan boleh menghubungi Bahagian Ensiklopedia DBP untuk mendapatkan maklumat lanjut dan jelas. Nombor telefon: 03-21479262. Terima kasih.Lain-lain12.12.2017
Assalamualaikum, Saya ada membaca artikel akhbar yang diterbitkat pada awal 2016 yang menyatakan terdapat kerjasama antara DBP dan Agensi Nuklear Malaysia dalam menerbitkan satu ensiklopedia sains dan teknologi nuklear dalam bahasa melayu pada penghujung 2016. Adakah Ensiklopedia tersebut dijual oleh DBP?Pihak tuan boleh menghubungi Bahagian Ensiklopedia DBP untuk mendapatkan maklumat lanjut dan jelas. Nombor telefon: 03-21479262. Terima kasih.Lain-lain12.12.2017
saya harap tuan boleh berikan tajuk buku/ensiklopedia utama yang dijadikan rujukan dalam bidang ekonomi

Sila rujuk bahan ini :

1. Ensiklopedia Ekonomi Islam terbitan DBP tahun 2000

2. Teori Mikroekonomi oleh Ahmad Mahdzan Ayob. Terbitan DBP tahun 2005

 

 

 

Teori MikroekonomiAhmad Mahdzan Ayob, Prof.Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)2005

Lain-lain11.03.2008
saya memerlukan kamus tujuan utk pembelajaran.......... kamus sains tpi dalam bahasa melayu..................... boleh bagi cadangan?Untuk tujuan pembelajaran sila rujuk Kamus dan juga buku istilah, kamus istilah dan ensiklopedia sains mengikut bidang yang dipelajari seperti Kamus Inggeris Melayu Dewan Istilah Sains dan Ensiklopedia SainsLain-lain04.10.2008
Mengapa di laman PRPM (kategori Ensiklopedia) di bawah tajuk 'Isocrates', perkataan 'walau bagaimanapun' dieja sebagai 'WALAUBAGAIMANAPUN'? Begitu juga perkataan 'pro rata'. Ejaan yang manakah betul sama ada 'prorata' atau 'pro rata'? Di ruangan 'Kamus Bahasa Melayu' dieja 'pro rata' sedangkan di ruangan 'Istilah Malaysia' dieja 'prorata'. Ejaan 'sama ada' atau 'samada' yang betul? Di ruangan 'Istilah Malaysia' dieja 'samada' manakala di ruangan 'Kamus Bahasa Melayu' dieja 'sama ada'.

Ejaan yang betul ialah 'walau bagaimanapun', 'sama ada', 'prorata' dan 'pro rata'. Sebagai kata umum dan istilah pentadbiran perniagaan 'prorata' dieja dalam satu perkataan, manakala dalam bidang undang-undang 'pro rata'  dikekalkan ejaan seperti dalam bahasa sumber (Latin) - dieja dua perkataan dan ditulis condong.

Ejaan12.04.2011
Apakah yang dimaksudkan dengan "HARIMAU NADIR" yang ditemukan dalam ensiklopedia apabila membuat carian kata "nadir"?Maksud "Harimau Nadir" ialah spesis harimau yang jarang ada/ditemui dan termasuk haiwan yang dilindungi.Istilah24.10.2017
maksud perkataan "asertif". carian telah dibuat melalui kamus, istilah, ensiklopedia tetapi tiada rekod ditemui.Jwpn: Sila rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan terbitan DBP. Assertive (Bahasa Inngeris) adalah kata adjektif yang ada dua makna iaitu 1. bersifat pendesak dan 2. tegas.Makna25.12.2006
soalan saya ialah apa itu batu luncur?? (dalam (kamus, istilah, ensiklopedia, bahasa suku kaum peribumi Sabah dan Sarawak) saya sudah buat carian tapi pekataan itu tidak ada. Mohon pertolongan. terima kasihIstilah batu luncur tidak ada dalam sumber rujukan kami, sila hubungi kami semula dan nyatakan konsep contoh penggunaan istilah tersebut.Makna09.08.2010
Dalam Nahu Kemas Kini (2009) Asmah menggunakan perkataan rumahkau. Dalam Ensiklopedia Bahasa Melayu, beliau mengemukakan ayahkau sebagai perkataan contoh ganti nama milik. Dalam buku Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah Menengah (2009), Abdullah memberikan sembilan perkataan contoh yang menunjukkan kata singkat kau digunakan di akhir kata nama, iaitu adikkau, kegemarankau, kejayaankau, kemajuankau, pembantukau, penaungkau, penolongkau, rumahkau dan sekolahkau. Apakah pandangan DBP?Sememangnya begitulah cara kata ganti singkat ditulis. Dan ada antara rujukan yang dinyatakan di atas terbitan DBP.Tatabahasa25.08.2009
1234567

Kembali ke atas