Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[far.du]/[far.du] | فرض

Definisi : Ar kewajiban yg dituntut (ditentukan) oleh agama; ~ ain fardu bagi orang perseorangan (iaitu yg wajib bagi tiap-tiap orang Islam, spt sembahyang lima waktu, puasa, dll); ~ kifayah tuntutan bersama bagi orang Islam, yg apabila dilaksanakan oleh seseorang antara mereka, yg lain bebas drpd tanggungjawab itu, mis mengebumikan mayat; memfardukan menjadikan fardu, mewajibkan: sesungguhnya Allah SWT telah ~ ibadat puasa pd bulan Ramadan, bukan pd bulan-bulan lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[far.du]/[far.du] | فرض

Definisi : sesuatu yg wajib dilakukan menurut agama Islam; kewajipan. ~ ain kewajipan bagi orang Islam perseorangan (spt sembahyang lima waktu, puasa). ~ kifayah kewajipan masyarakat Islam seluruhnya di sesuatu kawasan, yg memadai jika dilakukan oleh seorang atau beberapa orang (spt menguburkan mayat, sembahyang berjemaah). memfardukan menjadikan fardu; mewajibkan: Zakat mula difardukan pd bulan Syaaban tahun kedua Hijrah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fardu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ejaan fardhu subuh: Adakah fardu Subuh atau Fardhu Subuh

Ejaan yang betul ialah fardu subuh.

Ejaan24.08.2009
Slam tuan, saya keliru penggunaan perkataan jawi lama dan baru yang mana satu boleh digunakan untuk ejaan semasa.Saya mencadangkan pihak tuan dapat menganjurkan kursus bagi memberi pendedahan sebenar berkenaan ejaan jawi yang betul.Kerajaan telah memperkenalkan j-Qaf (Jawi-Quran-Arab-Fardu Ain) kepada sekolah-sekolah rendah di seluruh negara semenjak beberapa tahun yang lalu. Untuk sukatan pelajaran Jawi semuanya menggunakan sistem ejaan Jawi terkini. Banyak rujukan berkenaan ejaan Jawi terkini mudah didapati dipasaran. Saudara boleh mendapatkan rujukan tersebut di pasaran. Kursus-kursus Jawi juga telah banyak dianjurkan di luar sana sama ada anjuran DBP atau pihak luar cuma sasaran peserta mungkin telah dikhususkan.Lain-lain09.06.2009
Bagaimana cara-cara menunaikan solat secara berjemaah dan apakah kepentingannya?

Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam. Solat berjemaah terdiri daripada seorang imam dan sekurang-kurangnya seorang makmum. Posisi imam mesti di hadapan makmum dan posisi makmum di belakang imam. Makmum  tidak boleh mendahului imam dalam perlakuan dalam solat.

Solat secara berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Bagi Mazhab Syafie hukumnya ialah fardu kifayah, manakala sesetengah pendapat mengatakan solat berjemaah hukumnya sunat mua'akad atau sunat yang sangat dituntut dalam Islam. Antara solat yang biasa ditunaikan secara berjemaah ialah solat fardu lima waktu, solat hari raya, solat sunat tarawih dan solat sunat witir. Tetapi bagi sembahyang Jumaat, ia wajib dikerjakan secara berjemaah

Sabda Nabi SAW:"Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat" (HR Bukhari dan Muslim)

Untuk maklumat lanjut berkenaan perkara yang dibincangkan silalah rujuk pakar bidang (ustaz/imam) secara langsung atau rujuk rujukan di laman sesawang atau di perpustakaan yang berhampiran.

 

Lain-lain16.01.2009
mana satu kah ejaan yang betul qadak atau qadaKedua-dua perkataan tersebut ada dalam bahasa Melayu. Qadak dan qada ialah kata serapan daripada bahasa Arab namun berbeza maknanya.
Qada bermaksud:  menggantikan (mencukupkan, membayar) fardu yg ketinggalan; ~ puasa berpuasa utk mencukupkan (membayar) puasa yg tertinggal;  ~ hajat (besar) buang air (besar). 

Qadak bermaksud: sesuatu yg berlaku ke atas makhluk semasa hidupnya; hukum atau takdir Allah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Makna06.08.2018
Salam sejahtera, Apakah maksud simbol ® dalam daftar kata dalam PRPM? Contoh ®zuhur. Terima kasih. NH Azizan - Vavtes Studio -Pada naskhah bercetak Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) tanda yang digunakan ialah tanda anak panah yang apabila data daripada kamus tersebut dimasukkan ke dalam PRPM, tanda itu menjadi ®. 

Tanda anak panah bererti lihat. Tanda tersebut bermaksud pengguna bahasa perlu merujuk kata yang disarankan (biasanya ejaan yang standard/baku).

Contoh:
zohor ® zuhur.

Terdapat penggunaan kata zohor oleh masyarakat yang sepatutnya dieja zuhur. Maklumat mengenai makna kata tersebut juga berada pada entri yang dirujuk, iaitu zuhur.

zuhur [ẓu.hur] ظهر
Definisi : Ar 1. = waktu ~ waktu tergelincir matahari ke arah barat hingga bayang-bayang kayu dsb sama panjang dgn kayu dsb yg menjadi pengukurnya; 2. = sembahyang ~ sembahyang fardu pd waktu zuhur. 
Lain-lain22.11.2023

Kembali ke atas