FESYEN | | UMUM | |
DIOR, CHRISTIAN | Dior, Christian (1905–1957), dianggap salah seorang pereka fesyen Perancis yang termasyhur pada tahun 1900-an. | UMUM | |
PERUBAHAN SOSIAL | Perubahan sosial bermaksud sebarang perubahan besar dalam struktur sebuah masyarakat. Perubahan jangka pendek, seperti perubahan dalam kadar pengangguran, tidak akan mengakibatkan perubahan sosial. Begitu juga halnya dengan kegemaran dan minat baru yang sementara, fesyen, dan perubahan sementara dalam perkembangan idea dan tingkah laku tidak dianggap sebagai perubahan sosial. Perlantikan sebuah kerajaan baru juga bukan merupakan satu perubahan sosial. Walau bagaimanapun, menggantikan sebuah kerajaan yang dilantik dengan sebuah kerajaan yang berbentuk kediktatoran akan mengubah struktur kerajaan tersebut, dan dengan ini merupakan satu perubahan sosial. Kebanyakan ahli sosiologi mengiktiraf empat jenis perubahan sosial. | UMUM | |
OUDTSHOORN | Oudtshoorn (pend. 33 480) ialah sebuah kawasan pelancongan yang terletak di provinsi Cape Barat, Afrika Selatan. Oudtshoorn dikenali sebagai “ibu negeri bulu burung unta sedunia”. Dari tahun 1880 hingga tahun 1915, memakai bulu burung unta sebagai hiasan topi dan pakaian telah menjadi fesyen di seluruh dunia. Pada zaman kegemilangan ini, peladang tempatan memelihara lebih daripada 750 000 ekor burung unta. Kini, terdapat kira-kira 150 000 ekor burung ini yang dipelihara terutamanya untuk mendapatkan kulitnya yang dijadikan barangan kulit. Kini, peladang di daerah ini menanam alfalfa, bijirin, buah-buahan, tembakau, biji sayur-sayuran, dan walnut. Hasil tenusu, madu dan wain juga penting. | UMUM | |
PAKAIAN KANAK-KANAK | PAKAIAN KANAK-KANAK, sesuatu yang dipakaikan kepada kanak-kanak. Pada masa dahulu kanak-kanak Melayu tidak mempunyai berbagai-bagai fesyen pakaian. Mereka hanya memakai pakaian yang diperbuat sendiri oleh ibu berasaskan kreativiti masing-masing. | BUDAYA | Pakaian |
PAKAIAN CIK SITI WAN KEMBANG | PAKAIAN ClK SITI WAN KEMBANG, pakaian tradisi kaum wanita Kelantan yang terdiri daripada sehelai kain sarung dan dua helai kain panjang yang digunakan untuk kemban dan penutup kepala hinggalah ke bahu. Fesyen ini dipercayai menjadi kegemaran Cik Siti Wan Kembang, raja perempuan Negeri Kelantan, pada awal abad ke-17. Pakaian kemban telah direkodkan oleh penulis Portugis pada awal abad ke-15 sebagai pakaian tradisi wanita Melayu. | BUDAYA | Pakaian |