Abu al-Aliyah Rufay (? –93 H./? –711 M.), imam
yang hebat bacaan al-Qur'annya (qari), hafiz dan
ahli tafsir yang ternama. Nama penuhnya ialah
Abu al-Aliyah Rufay ibn Mahran al-Riyahiy al-
Basriy. Sewaktu zaman Nabi Muhammad SAW,
usianya masih muda dan dia memeluk Islam pada
zaman Abu Bakar al-Siddiq dan mula tekun
mempelajari Islam. Dia sering mendengar
pengajaran daripada Umar, Ali, Ibn Mas’ud,
Aisyah dan para sahabat besar yang lain. Dia hafaz
al-Qur'an dan membacanya di hadapan Ubay ibn
Ka’b. Dia amat bersemangat menyebarkan ilmunya
lantaran suaranya yang lunak. Ramai yang telah
belajar qira’at dengannya. Antara mereka ialah
Su’ayb ibn al-Habhab, dan Abu ‘Amru ibn al-’Aka’.
Dia mempunyai ilmu pengetahuan
yang luas dan mengamalkan sunnah. Dia terkenal
dengan sifatnya yang zuhud, warak dan
mengelakkan diri daripada fitnah.