Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fit.nah] | فتنه

Definisi : tuduhan (khabar, kisah, dll) yg diada-adakan (dibuat-buat) utk memburukkan atau membencanakan seseorang dll: ia bercerai kerana ~ orang; memfitnah, memfitnahkan membuat fitnah terhadap, mengada-adakan sesuatu utk memburuk-burukkan atau membencanakan sesuatu pihak: wartawan itu bertanggungjawab terhadap berita yg ~ dan memburukkan kerajaan; fitnah-memfitnah saling memfitnah: ~ dlm masyarakat yg akan membawa kpd porak-peranda; pemfitnahan perihal atau perbuatan memfitnah; pemfitnah orang (pihak) yg membuat fitnah: orang yg mengaku beragama Islam boleh diperangi kalau mereka menjadi ~, munafik dan zindik kerana mereka telah menentang Islam sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fit.nah] | فتنه

Definisi : tuduhan jahat yg sengaja dibuat utk memburuk-burukkan seseorang: Tuduhan itu ~ semata-mata. memfitnah membuat fitnah; memburuk-burukkan nama orang dsb; menuduh (kerana tujuan jahat): Dia mencuba ~ aku, supaya aku ditangkap polis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fitnah

Puisi
 

Kain ini carik di tengah,
     Mari dijahit budak hulu;
Tengah berkasih datang fitnah,
     Baik kita berhenti dahulu.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Rumah tinggal sarang hantu,
     orang bujang sarang fitnah.

Bermaksud :

Orang yang tinggal sendirian senantiasa menjadi tumpuan percakapan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
defamationfitnahUndang-undangTiadaTiada
Internet slanderingfitnah InternetTeknologi MaklumatTiadaPemfitnahan menggunakan saluran Internet.
defamatory statementpernyataan fitnahUndang-undangTiadaTiada
defamation insuranceinsurans fitnahPentadbiran PerniagaanTiadaInsurans yang melindungi liabiliti libel atau slander. Biasanya perlindungan ini diperolehi oleh penerbit buku dan akhbar, pihak berkuasa tempatan dan ahli-ahli profesional. Libel yang sengaja dilakukan atau berbentuk jenayah biasanya dikecualikan dan insured dikehendaki menanggung sebahagian daripada tuntutan melalui koinsurans.
action for defamationtindakan kerana fitnahUndang-undangTiadaTiada
personal injury coverageperlindungan kecederaan diriPentadbiran PerniagaanTiadaPerlindungan yang biasanya ditambah melalui endorsmen kepada polisi liabiliti am terhadap libel, fitnah, silap tangkap dan ceroboh hak peribadi.
political managementpengurusan politikPentadbiranPentadbiran Awam

Pentadbiran yang dilakukan terhadap pejabat dalam usaha menangani pelbagai krisis politik, tindakan politiking, fitnah dan tikam belakang yang berlaku dalam politik pejabat. Pengurusan ini cuba mengelak atau mengendurkan ketegangan yang wujud dalam organisasi. Pengurusan politik boleh juga dilihat dari sudut yang lain seperti pelantikan ke jawatan yang lebih tinggi, pembahagian kerja, penyusunan hierarki, kenaikan pangkat, pemberhentian atau persaraan.

الخلوةkhalwatAgama IslamFiqhBerdua-duaan di antara lelaki dan perempuan yang sah nikah di tempat dan keadaan yang boleh menimbulkan fitnah.
motivemotifKesusasteraanTiadaUnit tema terkecil dalam sesebuah cerita atau naratif. Motif harus dibezakan dengan tema yang merupakan unit semantik yang lebih abstrak dan umum yang biasanya terdiri daripada beberapa motif. Motif mungkin berupa sesuatu kejadian, sifat atau watak. Dalam cerita pari-pari atau lipur lara, penjelmaan� ialah satu motif, begitu juga �pembuangan�. �fitnah�, �fakir� �ibu tiri� dan sebagainya. Motif yang berulang-ulang dalam sesebuah naratif disebut sebagai leit-motif. Istilah ini dalam bahasa Jerman bermaksud �motif panduan�.

Kembali ke atas