phytochemistry | fitokimia | Herba | Fitokimia | Cabang bidang pengajian kimia yang berkaitan dengan pemakanan dan metabolisme tumbuhan dan juga sebatian kimia yang terhasil daripadanya. Bidang pengajian ini meneliti proses perubahan kimia yang berlaku dalam sel tumbuhan bermula daripada fotosintesis hingga kepada penghasilan sebatian metabolit sekunder. |
phytochemistry class | kelas fitokimia | Herba | Fitokimia | Pengumpulan sebatian kimia yang terbit daripada tumbuh-tumbuhan berasaskan struktur kimianya. Contohnya, alkaloid-akridon bermaksud kumpulan alkaloid yang mempunyai struktur akridon sebagai struktur asasnya seperti dihidroksi rutakridon dan 1,3-dihidroksi-N-metilakridon. |
phytoestrogen | fitoestrogen | Herba | Fitokimia | Sebatian fitokimia bukan steroid yang memberi kesan serupa dengan hormon estrogen yang terdapat dalam badan manusia. Hormon estrogen mencegah pelbagai jenis penyakit seperti sakit jantung, kanser payu dara, Alzheimer, dan melawan beberapa kesan sampingan menopaus. Contohnya, sebatian isoflavonoid seperti daidzein dan genistein yang terdapat dalam kebanyakan tumbuhan seperti kacang soya. Lihat juga isoflavon. |
precursor | prekursor | Herba | Fitokimia | Sebatian huluan dalam proses pembentukan sebatian fitokimia. Beberapa siri transformasi kimia kadangkala berlaku ke atas sebatian huluan ini dengan melibatkan perubahan bentuk, perpecahan, penggabungan dengan molekul atau atom lain untuk membentuk sebatian hiliran. Siri ini dikenali juga sebagai laluan yang disusun oleh kumpulan enzim tertentu. |
phytochemistry | fitokimia | Kimia | Tiada | Tiada |
phytochemistry | fitokimia | Veterinar | Tiada | Tiada |
phytochemistry | fitokimia | Perubatan | Tiada | Tiada |
phytochemical | fitokimia | Gerontologi | Tiada | Sebatian kimia dalam tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri penggalak kesihatan. |
phytochemical | fitokimia | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Cabang bidang pengajian kimia yang berkaitan dengan pemakanan dan metabolisme tumbuhan serta sebatian kimia yang terhasil daripadanya. Bidang pengajian ini meneliti proses perubahan kimia yang berlaku dalam sel tumbuhan bermula daripada proses fotosintesis sehingga penghasilan sebatian metabolit sekunder. |
antimetabolite | antimetabolit | Herba | Fitokimia | Bahan asing yang bersaing, menggantikan, atau merencatkan lalu mengganggu-gugat fungsi sesuatu bahan dalam sel. Bahan asing ini boleh memasuki sel kerana strukturnya menyerupai metabolit asal, namun bahan ini tidak bertindak dengan cara yang sama seperti metabolit asal. Bahan asing ini boleh merencat tindakan enzim atau bertukar menjadi sebatian lain yang boleh membawa kebaikan atau kemudaratan. Contohnya, drug sulfa digunakan untuk mengubati penyakit bawaan bakteria kerana drug ini bertindak mengganggu sistem metabolisme bakteria tersebut tetapi tidak mengganggu sistem metabolisme manusia. |