incremental repetition | ulangan meningkat | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk perulangan frasa-frasa dan baris-baris sehingga dapat memperkaya maknanya yang terdapat dalam balada. |
category | kategori | Sosiolinguistik | Tiada | Pengkelasan nahu seperti nama, kata kerja, subjek, predikat, frasa nama, frasa kerja dan sebagainya. |
consequent | konsekuen | Muzik | Tiada | Frasa kedua atau terakhir dalam satu kalimat muzik dan biasanya tamat dengan kadens lengkap. Konsekuen berfungsi sebagai frasa yang membalas frasa pertama, iaitu anteseden. |
phrase | frasa | Muzik | Tiada | Satu unit idea muzik. Sebuah frasa biasanya dibentuk dengan empai bar. Terdapat juga frasa yang lebih panjang atau yang lebih pendek daripada empat bar seperti dalam karya Zaman Romantik. Lihat juga anteseden, konsekuen, kalimat. |
hyperbaton | hiperbaton | Kesusasteraan | Tiada | Frasa yang disisipkan di antara dua frasa dalam sebuah kalimat. |
anagram | anagram | Kesusasteraan | Tiada | Perkataan atau frasa yang dibentuk dengan menukarkan huruf-huruf daripada perkataan atau frasa lain. |
juxtaposition | jukstaposisi | Kesusasteraan | Tiada | Teknik meletakkan sesuatu perkataan, frasa, imej, dan konsep bersebelahan dengan perkataan, frasa, imej, dan konsep yang lain dalam sesebuah karya sastera. Jukstaposisi digunakan untuk memperhebat imej, menyerlahkan perbezaan atau persamaan, menyebatikan dan memperluas maksud melalui konotasi dan asosiasi imej. Contohnya, ungkapan �bulan dan dian� menyerlahkan persamaan sebagai sumber cahaya, di samping menghidupkan suasana sumber cahaya, di samping menghidupkan suasana ceria dan harmoni. Sebaliknya, ungkapan �taufan dan kolek� menonjolkan kontra (perbezaan) antara kuasa perkasa, keganasan, dan ketidakupayaan, di samping menghidupkan suasana takut dan ngeri. Jukstaposisi dikenali juga sebagai penjajaran dan parataxis. Jukstaposisi berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud �meletakkan sebelah-menyebelah�. |
tautology | tautologi | Kesusasteraan | Tiada | Pengulangan secara keterlaluan sesuatu idea (perkataan, frasa, ucapan). Penggunaan perkataan atau frasa yang berlainan bagi menyatakan idea yang sama tanpa sebarang perbezaan dari segi penjelasan atau penekanan kepada pengucapan tersebut. Tautologi dianggap sebagai kecacatan stail. Contohnya, �lelaki bagaikan gajah yang tersergam itu sangat besar saiznya�, atau �saya sendiri secara peribadi...�, dan �raksasa gergasi yang suka makan orang�. Tautologi sebenarnya melanggar petunjuk Grice berkenaan kuantiti dan cara. Hal ini demikian kerana tautologi bersifat tidak memberikan maklumat serta mengulang-ulang sesuatu yang sudah diketahui, namun bukan semua tautologi melencong secara jelas atau tidak boleh diterima. Apabila tautologi berlaku dalam wacana, seseorang dapat membuat kesimpulan makna daripadanya, iaitu tautologi mempunyai tujuan pragmatik yang khusus untuk menegaskan sesuatu. Tautologi berasal daripada perkataan Yunani bermaksud �mengatakan yang sama�. |
repetition | ulangan | Muzik | Tiada | Frasa muzik yang diulangi secara tepat. Sekiranya ulangan melibatkan sedikit perubahan dari segi jeda atau ritma, frasa muzik ini dikenali sebagai ulangan bervariasi. |
concordance | keseirasan | Perpustakaan | Tiada | 1. Senarai kata dan frasa di dalam dokumen yang disusun menurut susunan abjad dengan menandakan tempat di mana kata dan frasa tersebut wujud. |