GADING | | UMUM | |
PALMA GADING | Palma gading ialah pokok palma rendah yang berasal dari Amerika Selatan. Pokok ini juga dinamakan palma biji gading kerana bijinya pernah digunakan sebagai ganti kepada gading. | UMUM | |
HITAM GADING | | UMUM | |
MENGUKIR | Mengukir ialah seni memahat figura, hiasan, atau objek dengan tangan untuk hiasan pada bahan seperti batu, marmar, kayu, gading, tulang dan cangkerang. Istilah seni arca menunjukkan ukiran besar pada batu, marmar atau kayu. Istilah mengukir merujuk kepada seni arca kecil dan kepada hiasan yang diukir pada perabot atau bahagian bangunan. | UMUM | |
SKROL | Skrol ialah segulung kertas, kertas kulit, atau bahan lain yang digunakan untuk ditulis di atasnya. Kebanyakan skrol digulung pada gangsa, gading, atau kayu. Ada kalanya penggulung ini dihiasi di kedua-dua hujungnya dengan tombol kecil atau hiasan lain. Tombol melindungi skrol dan memudahkannya dipegang. Skrol biasanya ditutup pada kedua-dua hujung, dan apabila ia digunakan gulungnya dibuka daripada satu rod dan digulungkan pada rod yang satu lagi. | UMUM | |
PYGMALION | Pygmalion ialah pengarca dan raja Cyprus dalam legenda Yunani. Oleh sebab benci terhadap kezaliman wanita pada zamannya, Pygmalion mengukir patung menyerupai wanita cantik daripada gading lalu dia jatuh cinta padanya. Demi menyahut permintaan Pygmalion, dewi Aphrodite menukar patung tersebut menjadi manusia. Pygmalion mengahwininya dan mereka dikurniai anak lelaki bernama Paphos. | UMUM | |
JUBANG | JUBANG, cerita lipur lara Melayu. Cerita ini tersebar dan terkenal di negeri Kedah. Antara penglipur lara yang pernah menuturkan cerita ini ialah Abdullah bin Omar atau Lahuma di Kampung Belantik, Sik Kedah, dan Had bin Md. Arif di Ulu Tawar, Kedah. Cerita tuturan mereka berjudul “Jubang Linggang’. Manakala Abd. Rahman Derasit atau dikenal sebagai Man Jubang dan Tuk Jubang dari Baling, Kedah menamakan cerita tuturannya iaitu “Gading Jubang Dua Beradik Gading Semerah Linggang”. | SASTERA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
TAN MALAKA | TAN MALAKA (1897-1949), tokoh politik kiri dan nasionalis Indonesia. Dia lahir di Pandan Gading, Sumatera Barat. Nama sebenarnya ialah Ibrahim Datuk Tan Malaka. Dia memulakan pendidikan sekolah dasarnya di Suluki pada tahun 1902. kemudian dia melanjutkan pelajarannya di sekolah guru (Kweekschool) di Fort de Kock (dekat Bukittinggi). Seorang guru Belanda bernama G.H. Horensma tertarik dengan kecerdasannya lalu menggalakkannya supaya melanjutkan pelajaran ke Belanda. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TEUKU ISKANDAR | TEUKU ISKANDAR (1924 - ) sarjana dan penyusun kamus. Dia lahir di Trieng Gading, Kota Sigli, Pidie, Aceh. Nama penuhnya ialah Teuku Iskandar bin Teuku Ali Basyah. Teuku Iskandar mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Belanda di Kota Sigli, kemudiannya Meer Uitgebreid Lager Onderwijs (MULO) di Kutaraja dan Algemeene Middlebare School (AMS) di Jakarta. Semasa Jepun memerintah Indonesia dia kembali semula ke Aceh untuk bersama-sama keluarganya. Dia pernah menjadi anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) di Pematang Siantar, Sumatera Utara, berjuang melawan tentera kolonial Belanda. Dia menjadi anggota TNI selama setahun (1946 – 1947). | SASTERA | Tokoh |
SPODE CHINA | Spode China ialah sejenis porselin buatan Inggeris yang popular. Ia mula dikeluarkan buat pertama kalinya dalam sebuah kilang yang ditubuhkan pada tahun 1770 oleh Josiah Spode (1733–1797) yang terletak berdekatan dengan Stoke-on-Trent di Staffordshire. Spode juga diberi penghargaan sebagai orang yang mencipta bone china. Menjelang tahun 1796, dia mengeluarkan sejenis porselin yang sesuai untuk membuat pinggan mangkuk yang dapat digunakan dalam majlis makan malam yang dinamakan English china, yang dianggap sebagai bone china yang pertama yang pernah dibuat. Anak lelaki Spode, Josiah (1754–1827), telah mencapai kejayaan dalam pemasaran bone china menjelang lebih kurang pada tahun 1799. Bagi mencipta bone china, abu tulang dicampurkan dengan suatu pes yang keras. Tanah liat yang sememangnya sudah menjadi bahan-bahan tradisi yang digunakan dalam pembuatan porselin. Bone china mempunyai rupa yang lut cahaya, berwarna putih susu bak gading dan tidak mudah terserpih. | UMUM | |