[ga.dung] | ݢادوڠ
Definisi : sj tumbuhan liar (pokok melilit, umbinya mengandungi racun, tetapi kalau direndam dlm air atau dibancuh dgn abu basah, boleh dimakan), Dioscorea hispida;hijau ~ hijau muda (spt warna daun gadung); mabuk ~ a) mabuk kerana makan gadung; b) gila berahi; ~ cina sj tumbuhan (pokok memanjat), Smilax cina; ~ jantan = akar ~ tikus sj tumbuhan (pokok memanjat), canar babi, Smilax helferi; ~ kasturi sj anggerik (orkid), Epidendrum spp.; ~ lilin = ~ mabuk sj tumbuhan (pokok memanjat), Dioscorea hispida; ~ samak sj tumbuhan (pokok memanjat), Vitis cinnamomea; ~ seberang sj tumbuhan (pokok memanjat), Smilax helferi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ga.dung] | ݢادوڠ
Definisi : Jw; gadungan tiruan, jadian, palsu; harimau ~ = macan ~ harimau jadian (manusia yg menjelma sbg harimau); wartawan ~ wartawan palsu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ga.dung] | ݢادوڠ
Definisi : nama sj pokok memanjat yg ubinya memabukkan jika dimakan, Dioscorea hispida. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)