Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.gah] | ݢاݢه

Definisi : 1. kuat, mempunyai tenaga, bertenaga: datuknya sudah pun tua tapi masih ~ mengayuh basikal; 2. berani, perkasa: perajurit yg ~ berani menemui ajalnya di medan perang; ~ berani (perkasa) sangat berani; 3. besar dan tegap (badan), begap: gadis itu tidak jemu-jemu melihat pemuda yg ~ di sampingnya; 4. bangga, megah: dia berasa ~ dapat masuk ke universiti;bergagah-gagahan 1. mengadu kekuatan; 2. beradu megah; menggagah 1. mengerjakan sesuatu dgn sepenuh tenaga; 2. = ~ pinggang bersikap gagah dgn bercekak pinggang; menggagahi 1. memaksa, mengerasi, menguasai: kubu pertahanan itu dapat digagahi musuh; 2. memperkosa, merogol: dia dihukum kerana ~ seorang gadis;menggagahkan membuat gagah (berani, kuat, dll), memberanikan, memaksakan; ~ diri, = ~ hati memberanikan diri; kegagahan perihal gagah: dlm ingatanku tergambar keperwiraan dan ~ Hang Tuah; pintu gerbang di depan menambahkan ~ bangunan itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.gah] | ݢاݢه

Definisi : 1 dpt melakukan sesuatu yg berat-berat; bertenaga lagi kuat: Sungguhpun sudah tua, Mat Kilau masih ~. 2 = ~ berani (perkasa) sangat kuat lagi berani melakukan sesuatu: Hang Tuah terkenal sbg pahlawan Melayu yg ~ berani. 3 besar dan tegap badannya; tampan lagi kacak: Pemuda ~ yg baik hati itu telah menghantarnya pulang. 4 kelihatan hebat; tampak mulia: Pd anggapannya, tinggal di Petaling Jaya lebih ~ drpd tinggal di tempat-tempat lain. menggagahi menguasai dgn paksa atau dgn kekerasan; memaksa: Tentera kita berjaya ~ musuh. menggagahkan menjadikan gagah; memberanikan: ~ diri memberanikan diri: Dia ~ dirinya utk memasuki pertandingan itu walaupun saingannya hebat-hebat. kegagahan keadaan atau sifat gagah: Kisah ~ Hang Tuah tersebar ke seluruh Kepulauan Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gagah

Puisi
 

Laksamana Bentan datang menyembah,
     Merendah diri walaupun gagah;
Raja adil raja disembah,
     Raja zalim raja disanggah.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Geneng di tengah lebuh,
     tahan galah bersijingkat;
geneng di tengah medan (gelanggang),
     tahan taruh di ayam kuyu.

Bermaksud :

Menunjukkan gagah kepada orang terpaksalah mengeluarkan wang untuk menolong ataupun untuk perjamuan makan minum. (Bandingkan dengan: Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah [= mulia] bertabur urai, hendak berani berlawan ramai). geneng = gagah.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud perkataan Perwira dan SatriaBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan perwira merupakan istilah sastera lama yang bermaksud berani, gagah: ia seorang perajurit agung lagi ~; ~ perkasa = gagah ~ gagah perkasa; 2. sl orang yg gagah berani, pahlawan: maka oleh segala ~ itu dibawanya keris itu ke barung-barung; 3. Id pegawai tentera (drpd leftenan muda ke atas): kerana keberaniannya ia diangkat menjadi ~ pertama dgn berpangkat leftenan dua; ~ laut pegawai dlm angkatan laut; ~ menengah pegawai tentera drpd kapten hingga ke brigedier (meliputi mejar, leftenan kolonel); ~ penghubung pegawai tentera yg menghubungkan pasukan dll dgn pasukan lain; ~ pertama = ~ rendah pegawai (pangkat leftenan dan kapten); ~ tinggi pegawai yg lebih tinggi drpd kolonel. Bagi satria pula, ejaan yang betul ialah sateria yang ditakrifkan sebagai kesateria yang bermaksud perajurit yg gagah berani; golongan ~ golongan masyarakat yg terdiri drpd perajurit; 2. orang yg gagah berani;Istilah18.06.2009
gagah gemilangdua kataTatabahasa18.05.2007
lelaki gagah adalah kuatlelaki gagah semestinya kuatTatabahasa06.05.2011
1.Apakah definisi pahlawan? 2.Apakah definisi bahasa pengantar? 3.Apakah makna luwes?1. Pahlawan bermaksud orang yang gagah dan berani,pejuang yang gagah, perwira 2. Bahasa pengantar ialah bahasa yang digunakan untuk menyampaikan maklumat,seperti ilmu pengetahuan dll. 3. Luwes bermakna tidak terlalu ketat, mudah disesuaikan(dengan keadaan),dapat diubah suaiMakna24.01.2007
Adakah dialog berikut mengikut hukum nahu Melayu dengan betul? "Walaupun aku sering dipanggil gagah, acap kali aku disamaertikan dengan perkasa, aku masih rentan pada cedera, aku tetap tidak lali pada sakit." ujar Sang Buana kepada anak muda itu.Ayat yang betul ialah "Walaupun aku sering dipanggil gagah, acap kali aku disama erti dengan perkasa, aku masih rentan pada cedera, aku tetap tidak lali pada sakit." ujar Sang Buana kepada anak muda itu.Tatabahasa17.10.2018
apakah yang dimaksudkan dengan 'megah'Maksud megah ialah kelihatan gagah (hebat dll), masyhur, mulia. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna10.09.2008
Bilakah yang sesuai menggunakan istilah 'mempersuami'. 'memperisteri', 'memperisterikan' dan 'memperisterikan'?Mempersuami/memperisteri  bermaksud menjadikan seseorang itu suami/isteri.Cth. Puteri bongsu mempersuami pahlawan yang gagah itu. Encik Hamid memperisteri seorang gadis kampung. Memperisterikan bermaksud memberikan isteri kepada seseorang. Cth. pak tua memperisterikan Ali dengan gadis dari seberang.Tatabahasa05.03.2008
Saya mahu bertanya berkenaan selepas tanda seru, huruf pertama perlu besar atau kecil? Contoh: 1) Lari! Lari! Ular hitam! Ada ular hitam! 2) Hai kawan-kawanku semua! kita binatang yang gagah dan cerdik. (Perkataan 'kita' perlu huruf besar atau huruf kecil?)1. Selepas tanda seru perlu huruf besar.
2. Jika perkataan "Kita" terletak pada awal ayat, ia perlu ditulis dengan huruf besar. Jika ia terletak pada tengah ayat, ia perlu huruf kecil.
Lain-lain11.06.2021
Apakah erti perkataan "kosa" dalam frasa "kosakata"? Dari manakah asal perkataan "kosa" tersebut?Merujuk Kamus Dewan Perdana, kosa dan kosa kata mempunyai maksud yang berbeza. Kosa bermaksud gagah dan kuat, manakala kosa kata ialah keseluruhan kata dalam sesuatu bahasa. Berdasarkan maklumat ini, binaan perkataan kosa kata tidak dapat dikaitkan dengan maksud kosa secara tunggal. Kami juga tidak menemukan etimologi kosa dalam kamus DBP.Tatabahasa27.11.2021
Selamat sejahtera. Boleh Tuan/Puan bantu tukarkan ayat di bawah ini kepada ayat klasik? Terima kasih. Hutang nyawa, harus dibayar dengan nyawa. Beta akan pastikan Gapura Ilmu menjadi padang jarak padang tekukur. Bersiap sedia untuk menggembleng tenaga melawan angkatan tentera beta yang gagah perkasa. Jikalau Gapura Ilmi punya muallim, Jentayu Emas punya lebih dari itu. Jikalau Gapura Ilmi mempunyai kota yang menempatkan sebuah markas tentera, Jentayu Emas tidak hairan akan itu. Hantarlah selautan tentera sekalipun, tentera beta tidak akan dapat ditewaskan. Sultan negara tuan hamba saja sudah mangkat dibunuh beta, bahkan putera mahkotanya jua. Adapun jika tuan hamba tidak mampu menggalas tanggungjawab sebagai panglima, letak saja jawatan itu. Tak usah memalukan nama negara tuan hamba yang kononnya gah di mata dunia itu.

Untuk makluman tuan, DBP tidak melaksanakan fungsi terjemahan dalam bahasa asing termasuklah bahasa klasik. Walau bagaimanapun, tuan boleh merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) yang telah merakamkan entri bahasa klasik dengan label kependekan kl seperti arakian yang bermaksud sesudah dan selepas itu dan syahadan yang digunakan pada permulaan cerita yang membawa maksud selanjutnya. Tuan juga boleh merujuk buku-buku terbitan DBP seperti Siri Warisan Sastera Klasik: Hikayat Ular Nangkawang, Hikayat Asal Mulanya Wayang, Hikayat Malim Deman dan lain-lain untuk rujukan bentuk penulisan bahasa klasik yang bersesuaian.

Sastera24.12.2023
123

Kembali ke atas