nonzero-sum game | permainan hasil tambah bukan sifar | Pentadbiran | Tiada | Permainan yang mana ganjaran-ganjaran bagi sebahagian strategi adalah tidak sifar. |
rewards system | sistem ganjaran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pemangkin yang dijadikan imbuhan oleh majikan untuk meningkatkan keupayaan dan kemampuan kakitangan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka. Ganjaran ini diberikan atas kecemerlangan prestasi yang ditunjukkan oleh pekerja. Biasanya, sistem ganjaran berbeza antara sebuah organisasi dengan organisasi yang lain kerana piawai atau standard prestasi yang diukur adalah berbeza. Pada masa yang sama ukuran berbeza juga diberikan mengikut jawatan atau pangkat yang dipegang oleh individu. |
immediate reward | ganjaran serta-merta | Pentadbiran | Tiada | Ganjaran fungsi objektif yang terhasil melalui pergerakan dari satu tahap ke tahap yang lain. |
Expectancy Theory | Teori Jangkaan | Pengurusan | Perancangan | Teori yang menyatakan bahawa manusia akan terdorong atau bermotivasi apabila mereka percaya yang usaha mereka akan menghasilkan prestasi kerja yang baik untuk mendapat ganjaran yang diharapkan. Ganjaran yang ditawarkan perlu menarik dan mendatangkan nilai yang diingini oleh individu tersebut. Contohnya, seorang pekerja menyedari bahawa dia perlu mendapat markah prestasi melebihi 90% bagi membolehkannya layak mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang. |
average payoff decision model | model keputusan ganjaran purata | Pentadbiran | Tiada | Model keputusan yang memilih alternatif yang memberi ganjaran purata maksimum. |
instrumental conditioning | pelaziman instrumental | Psikologi | Psikologi Umum | Pelaziman yang memerlukan subjek melakukan sesuatu mengikut prosedur atau menggunakan alat tertentu bagi memperoleh pengukuhan atau ganjaran. Sekiranya tingkah laku yang dikehendaki tidak diperlihatkan atau dilakukan, maka ganjaran tidak akan diberikan. Dalam pelaziman ini, tingkah laku dirangsang dengan alat tertentu untuk mendapatkan ganjaran. Ahli psikologi Thorndike telah membuat kajian dengan menggunakan kotak berpintu dan berkunci yang perlu dibuka oleh kucing. Dengan menggunakan kaedah cuba ralat, maka haiwan tersebut akhirnya faham bahawa untuk keluar dari kurungan, penyelak perlu ditolak untuk membuka pintu. Walaupun pada asasnya pelaziman ini sama seperti pelaziman operan tetapi dari segi definisi dan tumpuan tingkah lakunya berbeza. Bagi Thorndike, ganjaran dan peranannya dalam mengekalkan tingkah laku yang dilazimkan tidak dipentingkan seperti yang diperlukan oleh Skinner. |
reward system | sistem ganjaran | Pergigian | Tiada | Kaedah menarik minat dan memujuk kanak-kanak untuk menerima rawatan atau menjaga kesihatan dengan memberi ganjaran dalam bentuk pujian atau hadiah. Biasanya hadiah seperti lencana, pelekat atau model akan diberikan selepas rawatan dijalankan. |
daman ju’al | jaminan upah | Perniagaan Islam | Tiada | Jaminan untuk memberi ganjaran dalam bentuk upah terhadap kerja tertentu yang telah diselesaikan. Contohnya, ganjaran yang dijanjikan oleh pihak syarikat kepada pihak yang dapat membantu dalam kes kebakaran kilang. |
delayed gratification | gratifikasi tertangguh | Psikologi | Psikologi Umum | Tindakan menangguhkan kepuasan sekiranya mengetahui ganjaran yang akan diperoleh itu lebih besar daripada yang diperoleh dalam masa terdekat. Namun begitu, ganjaran yang akan diperoleh dengan segera walaupun sedikit tetap menguji keimanannya. Setiap individu mempunyai cara yang berbeza dari segi menangguhkan hasrat untuk mendapatkan kepuasan. |
defferential stimulus | rangsangan bezaan | Psikologi | Psikologi Umum | Rangsangan dalam pelaziman bezaan yang biasanya dikaitkan dengan ganjaran. Contohnya, haiwan akan memberi tindak balas kepada sesuatu rangsangan yang mempunyai ganjaran. Rangsangan bezaan dikenali juga sebagai stimulus bezaan. |