Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.li.sah] | ݢليسه

Definisi : tidak tenang (hati), tidak tenteram, tidak sabar (menanti dll), risau: hari sudah jauh malam, perempuan itu ~ memikirkan hal anaknya yg belum pulang lagi; resah ~ sangat gelisah;menggelisah berlaku (bertindak) gelisah, berada dlm keadaan gelisah: ia duduk salah, berdiri tidak kena, ke sana ke mari ~; menggelisahkan menimbulkan atau menyebabkan rasa gelisah, mencemaskan, merunsingkan: keluarnya Singapura drpd Malaysia ~ sebahagian besar penduduk di Malaysia;kegelisahan perihal gelisah, perasaan gelisah: inilah punca penderitaan dan ~ jiwa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.li.sah] | ݢليسه

Definisi : tidak tenteram hatinya; selalu berasa khuatir; tidak sabar menunggu dsb: Raja dan pengiringnya yg menunggu di luar berasa ~ kerana pemuda itu belum balik-balik lagi. menggelisah berada dlm keadaan gelisah; berasa gelisah: Pak Saleh ~ kerana makanannya belum juga dihantar. menggelisahkan menimbulkan rasa gelisah; menyebabkan berasa gelisah: Tentu ada sesuatu hal yg ~nya. kegelisahan hal atau keadaan gelisah; perasaan gelisah; kekhuatiran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelisah

Puisi
 

Bunga dedap lebat di dahan,
     Bila kembang warnanya merah;
Kalau cinta menjerat badan,
     Hati juga selalu gelisah.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Terpijak bara hangat.

Bermaksud :

Sangat gelisah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai tidur di atas miang).

 

Lihat selanjutnya...(19)


Menganyam Kedukaan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
D:\IndexDocument\indekMenganyamKedukaan\k_Menganyam_Kedukaan.pdfMenganyam Kedukaankenana janum tidak dijumpai. Emakmenyonok- nya entah di mana. Keniudian Thevanai membancub sebotol susu. “Susu, ya Ravi,” pujuknya. Ravi tengolek di atas papan, membolak-balikkan badannya sambil menangis. Tbevanai semakin gelisah. Thevanal tahu Ravitidak dapat dipujuk kalau menangis. Dia akan benbenti sendini. Ravi begitu menagam. Dia menghempas tubuhnya dengan sengaja di lantai. Thevanal gelisah. Mungkin Ravi kembung penut. Sejak semalam emak tidak tidun sehilik dengan meneka. Ravi menengek nialam tadi. Dia tensedan. Tetapi ayah meneka tenus bendengkun. Dan Thevanai malas benan hendak menggenakkan ayah D:\IndexDocument\indekMenganyamKedukaan\k_Menganyam_Kedukaan.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=1&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekMenganyamKedukaan&HitCount=5&hits=396f+3986+4496+a393+bff4+

Kembali ke atas