Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.nap] | ݢنڤ

Definisi : 1 tidak kurang sedikit pun; penuh; cukup: Umurnya sudah ~ 15 tahun. 2 dpt dibahagikan dgn 2 tanpa berlebih; tidak ganjil: Enam ialah angka ~. menggenapi menyebabkan genap; menambah supaya genap (cukup, penuh dsb): Dia ~ pasukan bola sepak sekolah kami kerana pemain yg sebenarnya telah cedera. menggenapkan 1 menjadikan atau menganggap genap (cukup dsb); memadakan; mencukupkan: Dia berusaha ~ gaji yg diterimanya setiap bulan. 2 menyebabkan sesuatu angka menjadi genap; memberikan tambahan kpd atau mengurangkan sesuatu angka ganjil supaya menjadi genap: Dia ~ nombor 5 dgn menambahkan 1 supaya menjadi 6. penggenap sesuatu (angka dll) yg ditambahkan utk menggenapkan (mencukupkan, melengkapkan dll). segenap tidak ada kecualinya; seluruh; setiap: Syarikat itu berkembang ke ~ daerah di Semenanjung Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ge.nap] | ݢنڤ

Definisi : 1. cukup, penuh (tidak kurang), lengkap: setelah ~ lima puluh tahun umurnya ia pun meninggal; 2. tidak ganjil (angka 2, 4, 6, dsb): nombor rumah di sebelah kanan ~; dibilang ~, dipagar ganjil prb apa yg nampak pd zahirnya ialah untung tetapi sebenarnya rugi; empat gasal, lima ~ prb tutur kata orang yg bijaksana selalu tersembunyi maksudnya; masuk tak ~, keluar tak ganjil prb orang yg tidak berguna dlm pergaulan masyarakat; segenap seluruh, sekalian, semua: seluruh hatinya dan ~ perasaannya sudah dikuasai syaitan; ~ tempat; menggenapi menambah supaya jadi genap (lengkap, cukup): maka sehidangan itu had empat orang, jikalau tiada tiga tinggal seorang makan juga ia, tiada dapat yg di bawah itu naik ~ dia; menggenapkan mencukupkan, melengkap­kan: perkara anjing patah dipukul itu hanyalah sebab utk ~ bilangan sahaja, ibarat bergantung sudah penuh;penggenap tambahan utk menggenapkan (melengkapkan), pelengkap; barang-barang ~ (Eko) barang-barang utk melengkapkan penggunaan barang lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata genap

Puisi
 

Sirih kuning setangkai genap,
     Mari makan bulan puasa;
Putih kuning suara sedap,
     Taruh mari mainan mata.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Masuk tak genap,
     keluar tak ganjil.

Bermaksud :

Orang yang tidak berharga dalam masyarakat. (Peribahasa lain yang sama makna: Keluar tak mengganjilkan, masuk tak menggenapkan).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
even-even nucleusnukleus genap-genapFizikAtom dan NuklearNukleus yang mempunyai bilangan proton genap dan bilangan neutron genap. Contohnya, isotop radon-220 yang mempunyai bilangan proton 86 dan neutron 134.
even-even nucleusnukleus genap-genapKejuruteraanTiadaNukleus yang mengandungi bilangan proton dan neutron yang genap.
even-even nucleusnukleus genap-genapFizikTiadaTiada
round lotlot genapPentadbiran PerniagaanTiadaBilangan unit syer yang biasanya diperdagangkan dalam jumlah yang genap atau gandaan genap, di Malaysia adalah 1000 syer.
odd-even rule of nuclear stabilitypetua kestabilan nukleus ganjil-genapFizikAtom dan NuklearPetua yang menentukan kestabilan suatu nukleus berasaskan bilangan proton dan neutron dalam nukleus tersebut. Nukleus yang mempunyai bilangan kedua-dua proton dan neutron genap adalah paling stabil. Nukleus yang mempunyai bilangan proton ganjil dan neutron genap, atau sebaliknya adalah kurang stabil. Sementara itu, nukleus yang mempunyai kedua-dua bilangan proton dan neutron ganjil adalah paling tidak stabil. Sinonim kesan ganjil-genap.
even harmonicharmonik genapFizikAkustikHarmonik yang merupakan gandaan genap frekuensi asasnya.
even paritypariti genapFizikMekanik KuantumFungsi eigen yang memenuhi keadaan genap. Banding pariti ganjil.
even-odd nucleusnukleus genap-ganjilKejuruteraanTiadaNukleus yang mengandungi bilangan proton yang genap dan bilangan neutron yang ganjil.
odd-even effectkesan ganjil-genapFizikAtom dan NuklearLihat petua kestabilan nukleus ganjil-genap.
odd-even nucleusnukleus ganjil-genapFizikAtom dan NuklearNukleus yang mempunyai bilangan proton ganjil dan bilangan neutron genap. Contohnya, litium-7 yang mempunyai 3 proton dan 4 neutron.
123456789

Kembali ke atas