Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gen.ting] | ݢنتيڠ

Definisi : 1. kecil (sempit) di tengah-tengah: pinggangnya ~; 2. = ~ tanah tanah yg sempit antara benua dan semenanjung dll; 3. = ~ bukit jalan di celah bukit: Kabul ada jalan raya melalui ~ Khyber yg menghubungkan bandar itu dgn Peshawar; 4. sudah halus hingga hampir putus (tali dll); 5. tegang, berbahaya (mungkin akan pecah perang dll), meruncing: perhubungan antara kedua-dua negara itu ~; ~ menanti putus, biang menanti tembuk prb, Mn perkara yg hampir selesai; ~ putus, biang tembuk prb, Mn perkara yg telah putus dan tidak dapat diubah lagi; menggenting 1. menjadi genting (kecil atau sempit di tengah-tengah); 2. menjadi genting (tegang), menegang: perhubungan mereka semakin ~; menggentingkan 1. menyebabkan genting (kecil atau sempit di tengah-tengah); 2. menyebabkan genting (tegang), menegangkan; kegentingan perihal atau keadaan genting, ketegangan; pergentingan tempat yg genting, genting; manahan jerat di ~ prb mencari keuntungan drpd kesukaran orang; penggentingan perihal atau perbuatan menggentingkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gen.ting] | ݢنتيڠ

Definisi : kepingan yg leper atau melengkung utk mengatapi rumah; atap ~ atap drpd genting; ~ kodok Id sj genting tebal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gen.ting] | ݢنتيڠ

Definisi : 1 kecil atau sempit pd bahagian tengahnya: Pinggangnya ~. 2 = segenting kawasan tanah kecil yg menghubungkan dua tanah besar: Amerika Selatan dan Amerika Utara dihubungkan oleh ~ Panama. 3 jalan sempit di celah-celah pergunungan atau bukit: Kalau kita hendak pergi ke Temerloh, kita terpaksa melalui ~ Sempah. 4 hampir putus (ttg tali dll). 5 berbahaya; tegang (keadaan spt akan berlaku peperangan dll); tidak mesra (ttg perhubungan dsb); runcing: Polis dan tentera berkawal rapi utk menghadapi keadaan yg ~ itu. menggenting 1 menjadi genting; menjadi hampir putus: Tiap-tiap bakteria itu ~ di tengah-tengahnya dan kemudian bercerai menjadi dua. 2 menjadi tidak mesra (ttg perhubungan dll): Perhubungan antara dua negara itu semakin hari semakin ~. menggentingkan 1 menyebabkan (menjadikan) kecil atau sempit di tengah-tengah; menyebabkan hampir putus: Tarikan yg kuat telah ~ tali itu. 2 menyebabkan tidak mesra (ttg perhubungan dll); menegangkan; meruncingkan (keadaan). kegentingan keadaan genting; ketegangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[gen.ting] | ݢنتيڠ

Definisi : kepingan tanah liat yg dibakar menjadi keras dan digunakan utk atap rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata genting

Peribahasa

Genting putus,
     biang tembuk.

Bermaksud :

Perkara yang sudah putus dan tidak dapat diubah lagi, suami isteri yang sudah bercerai.

 

Lihat selanjutnya...(9)

Lihat selanjutnya...(1)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
critical regionkawasan genting; rantau gentingMatematikTiadaRantau genting: Kawasan di bawah lengkung yang mengandungi nilai-nilai yang menuju kepada penolakan hipotesis nol.
critical assemblyhimpunan genting; pemasangan gentingKejuruteraanTiadaHimpunan genting: Himpunan bahan mudah belah beserta dengan penyederhana yang mampu meneruskan tindak balas rantai pembelahan pada aras kuasa yang rendah.
critical dischargekadar alir genting; kadar luahan gentingKejuruteraanTiadaKadar luahan genting: Kadar luahan yang mengekalkan aliran genting di dalam bahagian saluran tertentu untuk kedalaman aliran yang tetap.
critical volumeisi padu gentingKejuruteraanPetroleumIsi padu yang ditempati oleh satu mol gas tertentu pada tekanan dan suhu genting gas berkenaan. Rujuk: suhu genting; tekanan genting
critical concentrationkepekatan genting; penumpuan gentingKomunikasi MassaTiadaTiada
critical assemblyhimpunan genting; pemasangan gentingKejuruteraanTiadaTiada
critical densityketumpatan genting; kepadatan gentingPerhutananTiadaTiada
reduced equation of statepersamaan keadaan terturunKejuruteraanTiadaPersamaan keadaan apabila pemboleh ubah p, v dan T masing-masing diungkapkan sebagai pecahan bagi tekanan genting, isipadu genting dan suhu genting, dengan pecahan-pecahan yang berkenaan dinamai tekanan terturun, isipadu terturun dan suhu terturun.
critical coefficientpekali gentingFizikOptikNisbah antara suhu genting dengan tekanan genting.
critical dischargekadar alir genting; kadar luahan gentingGeografiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas