Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gen.ting] | ݢنتيڠ

Definisi : 1. kecil (sempit) di tengah-tengah: pinggangnya ~; 2. = ~ tanah tanah yg sempit antara benua dan semenanjung dll; 3. = ~ bukit jalan di celah bukit: Kabul ada jalan raya melalui ~ Khyber yg menghubungkan bandar itu dgn Peshawar; 4. sudah halus hingga hampir putus (tali dll); 5. tegang, berbahaya (mungkin akan pecah perang dll), meruncing: perhubungan antara kedua-dua negara itu ~; ~ menanti putus, biang menanti tembuk prb, Mn perkara yg hampir selesai; ~ putus, biang tembuk prb, Mn perkara yg telah putus dan tidak dapat diubah lagi; menggenting 1. menjadi genting (kecil atau sempit di tengah-tengah); 2. menjadi genting (tegang), menegang: perhubungan mereka semakin ~; menggentingkan 1. menyebabkan genting (kecil atau sempit di tengah-tengah); 2. menyebabkan genting (tegang), menegangkan; kegentingan perihal atau keadaan genting, ketegangan; pergentingan tempat yg genting, genting; manahan jerat di ~ prb mencari keuntungan drpd kesukaran orang; penggentingan perihal atau perbuatan menggentingkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gen.ting] | ݢنتيڠ

Definisi : kepingan yg leper atau melengkung utk mengatapi rumah; atap ~ atap drpd genting; ~ kodok Id sj genting tebal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gen.ting] | ݢنتيڠ

Definisi : 1 kecil atau sempit pd bahagian tengahnya: Pinggangnya ~. 2 = segenting kawasan tanah kecil yg menghubungkan dua tanah besar: Amerika Selatan dan Amerika Utara dihubungkan oleh ~ Panama. 3 jalan sempit di celah-celah pergunungan atau bukit: Kalau kita hendak pergi ke Temerloh, kita terpaksa melalui ~ Sempah. 4 hampir putus (ttg tali dll). 5 berbahaya; tegang (keadaan spt akan berlaku peperangan dll); tidak mesra (ttg perhubungan dsb); runcing: Polis dan tentera berkawal rapi utk menghadapi keadaan yg ~ itu. menggenting 1 menjadi genting; menjadi hampir putus: Tiap-tiap bakteria itu ~ di tengah-tengahnya dan kemudian bercerai menjadi dua. 2 menjadi tidak mesra (ttg perhubungan dll): Perhubungan antara dua negara itu semakin hari semakin ~. menggentingkan 1 menyebabkan (menjadikan) kecil atau sempit di tengah-tengah; menyebabkan hampir putus: Tarikan yg kuat telah ~ tali itu. 2 menyebabkan tidak mesra (ttg perhubungan dll); menegangkan; meruncingkan (keadaan). kegentingan keadaan genting; ketegangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[gen.ting] | ݢنتيڠ

Definisi : kepingan tanah liat yg dibakar menjadi keras dan digunakan utk atap rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata genting

Peribahasa

Genting putus,
     biang tembuk.

Bermaksud :

Perkara yang sudah putus dan tidak dapat diubah lagi, suami isteri yang sudah bercerai.

 

Lihat selanjutnya...(9)

Lihat selanjutnya...(1)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
organ pe- nyimpan makanan. Contohnya, bawang. (BIO) corona discharge (nyahcas korona) Nyahcas elektrik berupa kilauan ungu kebiru-biruan pada permukaan peng - konduksi yang bertentangan apabila wujud kecerunan voltan pada nilai genting yang tertentu. (KIM) corona ring (gelang korona) Gelang berwarna di sekeliling jasad pendar yang terjadi kerana belauan pada titisan atau zarah. (FIZ) coronary arteriosclerosis (arteriosklerosis koronari) Arteriosklerosis yang terjadi pada korpuskulum lamelosum) Lihat Pacinian bodies, Vater-Pacini corpuscle. (BIO) Corriganʼs pulse (nadi Corrigan) Lihat collapsing pulse. (UBAT) corrugated (bergelugur) Profil yang keratan rentasnya berbentuk alunan ombak atau berlekuk-lekuk. Contohnya, genting asbestos untuk bumbung dan jubin. (KEJ) corrugated vault (kekubah gelugur) Kekubah yang mempunyai rentang yang luas dan permukaan yang berlurah- lurah. (KEJ) core wall corrugated vault Kamus Sains.indb 243

Kembali ke atas