Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.ra/] | ݢرق

Definisi : 1. perpindahan tempat, lwn diam: dgn~ yg lemah spt orang kehabisan tenaga ia berjalan perlahan-lahan; 2. denyut, kenyat-kenyut: ~ nadinya berhenti dgn tiba-tiba, dia telah menghembus nafas terakhir; 3. alamat, petanda, gelagat (denyut pd mata dll): janganlah tuanku bersusah hati, jikalau adinda hendak berputera datanglah ~ kpd patik; 4. = ~ batin = ~ hati dorongan hati, perasaan hati; 5. kehendak (Allah): entah hilang anakanda di laut lepas, ~ Allah siapa tahu; ~ badan Id olahraga, sukan; ~ gempa a) goyang gempa, gempa bumi; b) sj cucuk sanggul yg bergerak-gerak; ~- gerayu bergetar (pd hujung); ~-geri = ~-gerik = ~-garit a) bermacam-macam gerak (badan); b) = ~langkah = ~ laku tingkah laku; ~ jalan Id latihan berjalan bersama-sama sbg sukan; pasukan ~ cepat Id pasukan tentera yg mudah dipindah-pindahkan; segerak berlaku atau bergerak pd masa yg sama; menyegerakkan menjadikan dua atau lebih peranti, alat, dll berfungsi atau bergerak pd masa yg sama; penyegerakan proses menyegerakkan alat, peranti, dll; bergerak 1. bergoyang, beralih tempat, berpindah tempat: pohon itu ~ ditiup angin; jangan ~ dr tempatmu; 2. berangkat, pergi, menuju: askar-askar British telah ~ ke kawasan itu; kemudian ia bangun dan ~ dr situ; 3. berusaha, berikhtiar, bertindak: persatuan itu memerlukan wang utk ~; kami dulu sama-sama ~ dlm kumpulan itu; menggerakkan 1. menjadikan atau mengakibatkan bergerak (bergoyang, berubah letak, beralih tempat, dsb); ~ kepala menggoyangkan kepala; 2. menjadikan aktif (dapat bergerak atau bertindak, hidup dan berfungsi, dsb), menjadikan mampu mencapai kejayaan atau perkembangan: tiap-tiap peristiwa yg ada itu, berperanan tegas utk ~ cerita; ia amat percaya bahawa seni mempunyai tugas penting utk ~ tenaga masyarakat; 3. membangunkan (drpd tidur); ~ enjin menjalankan enjin; ~ hati membangkitkan hati, membuat hati (orang) kurang senang; ~ minat menambah minat; ~ pasukan memindahkan (memajukan dll) pasukan; ~ rakyat menaikkan semangat rakyat; tergerak bergerak dgn tiba-tiba, telah digerakkan; ~ di hati = ~ dlm hati timbul perasaan dlm hati; ~ hatinya timbul perasaan atau keinginan; gerakan 1. hasil bergerak, perbuatan bergerak: ~ bumi; ~ tentera; 2. usaha, kegiatan: ~ hendak menghapuskan buta huruf; bilik ~ bilik tempat mengendalikan sesuatu usaha (kegiatan dll); ~ bawah tanah gerakan sulit utk menjatuhkan kerajaan dll; 3. = pergerakan; pergerakan kebangkitan (utk memper­juangkan sesuatu): ~ kaum ibu; penggerakan perihal (perbuatan dsb) menggerakkan; penggerak galakan (tenaga dll) utk menggerakkan, faktor (unsur, individu, dll) yg menggerakkan: jelas kpd kita bahawa Islam telah memainkan peranan yg penting sbg ~ kpd manusia utk mencapai kemajuan; Abdul Aziz H.M. seorang ~ teater. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.ra/] | ݢرق

Definisi : keadaan yg berlawan dgn diam; keadaan sesuatu benda yg beralih tempatnya atau kedudukannya: Tiap-tiap ~ ada sebabnya. ~ arah gerak atau perubahan sesuatu organisma sbg gerak balas ke arah perangsang atau jauh dr perangsang. ~ badan latihan spt bermain, bersenam dll utk menyihatkan badan. ~ balas ist tindak balas organisma terhadap rangsangan spt cahaya, air, sentuhan. ~ gempa gerak bumi yg tiba-tiba serta agak kencang; gempa bumi. ~-geri a. tingkah laku seseorang; kelakuan. b. bermacam-macam gerak pd anggota badan. ~ nadi gerak turun naik pd nadi; denyut nadi. bergerak 1 berubah (berpindah) tempat atau kedudukannya; tidak diam saja: Jangan ~ dr tempatmu. 2 pergi atau menuju ke sesuatu tempat: Mereka telah ~ ke kawasan yg berbahaya itu. 3 berusaha melakukan sesuatu; melakukan sesuatu usaha: Negara Malaysia sedang ~ dgn cergas utk mencapai kemajuan dan kemakmuran hidup seluruh rakyatnya. menggerakkan 1 menjadikan bergerak (spt bergoyang dll): Apabila kita membaca, otot-otot di belakang mata ~ mata kita ke kiri dan ke kanan. 2 memindahkan ke tempat lain; mengalih: Siapakah yg ~ barang-barang itu dr tempatnya? 3 mengejutkan seseorang yg sedang tidur; membangunkan; membangkitkan: Dia selalu ~ adiknya utk pergi ke sekolah. 4 menjadikan atau mengusahakan supaya berjalan, berfungsi dll (ttg pertubuhan dsb). ~ enjin menghidupkan atau menjalankan enjin. ~ pasukan memindahkan pasukan ke tempat lain. ~ rakyat membangkitkan kemahuan rakyat utk berusaha; membangkitkan semangat rakyat. tergerak bergerak dgn tiba-tiba; telah digerakkan: ~ di hati timbul perasaan. gerakan 1 hasil perbuatan bergerak: Janganlah kita membuat ~ badan yg keterlaluan selepas makan. 2 usaha atau kegiatan dlm masyarakat: ~ membasmi buta huruf telah berjalan dgn lancarnya. pergerakan keadaan atau hal bergerak. penggerakan perbuatan menggerakkan: Senaman melibatkan ~ anggota. penggerak sesuatu yg menggerakkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gerak

Peribahasa

Cik puan melangkah ular tak lepas.

Bermaksud :

Gerak-geri perempuan yang lemah lembut.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera pentadbir PRPM, Berapakah maksud yang didukung oleh "gerak-geri"? Menurut Kamus Dewan (2005:461), bawah masukkan "gerak", kata tersebut tercatat sebagai ~-geri = ~-gerik = ~-garit a) bermacam-macam gerak (badan); b) ~ langkah = ~ laku tingkah laku. Dengan erti kata lain, "gerak-geri" membawa dua maksud, iaitu (a) penggerakan badan dan (b) tingkah laku? Atau hanya satu maksud sahaja, iaitu (a) penggerakan badan. Mohon beri tunjuk ajar. Terima kasih.Gerak-geri ialah bermacam-macam gerak (badan).Tatabahasa19.01.2013
maksud teater dan jenis-jenisnya

1.   Teater adalah persembahan kesenian yang dilakonkan di hadapan penonton secara langsung menggunakan kombinasi pertuturan, gerak isyarat, gerak lakon, muzik, tarian, bunyi-bunyian dan sebagainya.

2.   Antara jenis-jenis teater ialah opera, balet, pantomin, wayang kulit, arena dan pementasan.

Sekian dan salam.

Lain-lain28.03.2009
Kamus Inggeris-Melayu Dewan mendefinisikan "intuition" sebagai 'gerak hati' dan juga 'intuisi'. Ini bermakna kedua-duanya boleh digunakan tanpa ragu? Adakah pihak DBP menyarankan penggunaan salah satu sebagai lebih digalakkan, misalnya 'gerak hati' daripada 'intuisi' atau sebaliknya. Sekiranya ada, mengapa satu lebih digalakkan dari yang lain? Adakah 'intuisi' boleh dikatakan sebagai sinonim kepada 'gerak hati'? Terima kasih.Mengikut Kamus Inggeris Melayu Dewan kata intuition diberi padanan sebagai gerak hati atau intuisi. Kedua-dua padanan ini boleh digunakan mengikut konteks masing-masing. Bagi penggunaan yang lebih umum kata gerak hati boleh digunakan. Bagi penggunaan yang lebih teknikal atau ilmiah kata intuisi boleh digunakan.Makna02.09.2007
Apakah terjemahan untuk mobile upload? (Dua soalan sebelumnya terputus.)Untuk makluman, istilah mobile upload tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Padanan bahasa Melayu untuk istilah mobile ialah mudah alih, mudah gerak, boleh gerak dan bergerak. Istilah bahasa Melayu untuk upload ialah muat naik.Istilah22.08.2011
Ejaan tepat untuk aturgerak? Atur gerak atau aturgerak?Jawapan yang betul ialah atur gerak.Ejaan27.07.2021
isltilah apa yang paling tepat untuk "manoeuvre warfare"Tidak ada istilah manoeuvre warfare dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu untuk manoeuvre ialah mengendalikan, gerak atau olah gerak. Padanan bahasa Melayu untuk warfare ialah perang atau peperangan. Cadangan DBP ialah mengendalikan peperangan.Istilah19.03.2011
mana satu yang betul, gerakerja kokurikulum atau gerak kerja kokurikulumJawapan yang betul ialah gerak kerja kokurikulum.Lain-lain02.09.2010
Adakah penggunaan "mencntoh" dan "mencontohi" dalam ayat-ayat di bawah betul/ Jika salah, apakah alasannya. Terima kasih a) Adik mencontohi gerak-geri kakak saya semasa menari. b) Adik mencontoh gerak geri kakak saya semasa menanri. c) Anak-anak akan mencontohi sikap baik ibu bapa mereka. d) Anak-anak akan mencontoh sikap baik ibu bapa mereka. e) Kanak-kanak harus mencontohi tabiat orang dewasa. Adakah penggunaan "mencntoh" dan "mencontohi" dalam ayat-ayat di atas betul. Jika salah, apakah alasannya. Terima kasih.Semua ayat yang menggunakan perkataan "mencontohi" betul,   manakala ayat yang menggunakan perkataan "mencontoh" salah.  Hal ini kerana perkataan "contoh" tidak menerima awalan Men- sahaja, tetapi harus diapit dengan men- dan ...-iLain-lain02.10.2014
munsyi, menurut soalan percubaan JPTerengganu 2009 Polis memerhatikan______penjenayah sebelum menyerbu tempat persembunyian mereka. A tingkah laku B gembar-gembur C gerak-geri D tindak-tindak apakah jawaban yangsesuia, apakah perbezaan antara A,C, dan D? TKMerujuk Kamus Dewan tingkah laku sama maksudnya dengan gerak-geri ataupun kelakuan. Berdasarkan makna tersebut jawapan yang betul ialah A dan C. Untuk melihat makna dan beza antara perkataan tersebut sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my.

Tatabahasa07.01.2013
saya mahasiswa YIU ingin bertanya ?bagaimanakah bacaan dalam pantun

Untuk makluman saudara, pantun dibaca atau dipersembahkan mengikut gaya masing-masing, tetapi dicadangkan supaya  mengikut panduan  berikut:

1. Gerak-geri yang seimbang dengan pantun. ( Gerak-geri tangan, jelingan dan senyuman). Aksi tersebut tidak boleh berlebihan.

2. Intonasi dan Jeda. Jeda ialah nada/hentian sebutan bagi suku kata pada setiap baris. Intonasi pula ialah nada bagi memisahkan maksud dengan pembayang maksud pantun.

3. Kelancaran. Tiada kegagapan dan perulangan dalam pengucapan.

 

Lain-lain14.07.2010
12345678

Kembali ke atas