Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. perpindahan tempat, lwn diam: dgn~ yg lemah spt orang kehabisan tenaga ia berjalan perlahan-lahan; 2. denyut, kenyat-kenyut: ~ nadinya berhenti dgn tiba-tiba, dia telah menghembus nafas terakhir; 3. alamat, petanda, gelagat (denyut pd mata dll): janganlah tuanku bersusah hati, jikalau adinda hendak berputera datanglah ~ kpd patik; 4. = ~ batin = ~ hati dorongan hati, perasaan hati; 5. kehendak (Allah): entah hilang anakanda di laut lepas, ~ Allah siapa tahu; ~ badan Id olahraga, sukan; ~ gempa a) goyang gempa, gempa bumi; b) sj cucuk sanggul yg bergerak-gerak; ~- gerayu bergetar (pd hujung); ~-geri = ~-gerik = ~-garit a) bermacam-macam gerak (badan); b) = ~langkah = ~ laku tingkah laku; ~ jalan Id latihan berjalan bersama-sama sbg sukan; pasukan ~ cepat Id pasukan tentera yg mudah dipindah-pindahkan; segerak berlaku atau bergerak pd masa yg sama; menyegerakkan menjadikan dua atau lebih peranti, alat, dll berfungsi atau bergerak pd masa yg sama; penyegerakan proses menyegerakkan alat, peranti, dll; bergerak 1. bergoyang, beralih tempat, berpindah tempat: pohon itu ~ ditiup angin; jangan ~ dr tempatmu; 2. berangkat, pergi, menuju: askar-askar British telah ~ ke kawasan itu; kemudian ia bangun dan ~ dr situ; 3. berusaha, berikhtiar, bertindak: persatuan itu memerlukan wang utk ~; kami dulu sama-sama ~ dlm kumpulan itu; menggerakkan 1. menjadikan atau mengakibatkan bergerak (bergoyang, berubah letak, beralih tempat, dsb); ~ kepala menggoyangkan kepala; 2. menjadikan aktif (dapat bergerak atau bertindak, hidup dan berfungsi, dsb), menjadikan mampu mencapai kejayaan atau perkembangan: tiap-tiap peristiwa yg ada itu, berperanan tegas utk ~ cerita; ia amat percaya bahawa seni mempunyai tugas penting utk ~ tenaga masyarakat; 3. membangunkan (drpd tidur); ~ enjin menjalankan enjin; ~ hati membangkitkan hati, membuat hati (orang) kurang senang; ~ minat menambah minat; ~ pasukan memindahkan (memajukan dll) pasukan; ~ rakyat menaikkan semangat rakyat; tergerak bergerak dgn tiba-tiba, telah digerakkan; ~ di hati = ~ dlm hati timbul perasaan dlm hati; ~ hatinya timbul perasaan atau keinginan; gerakan 1. hasil bergerak, perbuatan bergerak: ~ bumi; ~ tentera; 2. usaha, kegiatan: ~ hendak menghapuskan buta huruf; bilik ~ bilik tempat mengendalikan sesuatu usaha (kegiatan dll); ~ bawah tanah gerakan sulit utk menjatuhkan kerajaan dll; 3. = pergerakan; pergerakan kebangkitan (utk memperĀ­juangkan sesuatu): ~ kaum ibu; penggerakan perihal (perbuatan dsb) menggerakkan; penggerak galakan (tenaga dll) utk menggerakkan, faktor (unsur, individu, dll) yg menggerakkan: jelas kpd kita bahawa Islam telah memainkan peranan yg penting sbg ~ kpd manusia utk mencapai kemajuan; Abdul Aziz H.M. seorang ~ teater. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : keadaan yg berlawan dgn diam; keadaan sesuatu benda yg beralih tempatnya atau kedudukannya: Tiap-tiap ~ ada sebabnya. ~ arah gerak atau perubahan sesuatu organisma sbg gerak balas ke arah perangsang atau jauh dr perangsang. ~ badan latihan spt bermain, bersenam dll utk menyihatkan badan. ~ balas ist tindak balas organisma terhadap rangsangan spt cahaya, air, sentuhan. ~ gempa gerak bumi yg tiba-tiba serta agak kencang; gempa bumi. ~-geri a. tingkah laku seseorang; kelakuan. b. bermacam-macam gerak pd anggota badan. ~ nadi gerak turun naik pd nadi; denyut nadi. bergerak 1 berubah (berpindah) tempat atau kedudukannya; tidak diam saja: Jangan ~ dr tempatmu. 2 pergi atau menuju ke sesuatu tempat: Mereka telah ~ ke kawasan yg berbahaya itu. 3 berusaha melakukan sesuatu; melakukan sesuatu usaha: Negara Malaysia sedang ~ dgn cergas utk mencapai kemajuan dan kemakmuran hidup seluruh rakyatnya. menggerakkan 1 menjadikan bergerak (spt bergoyang dll): Apabila kita membaca, otot-otot di belakang mata ~ mata kita ke kiri dan ke kanan. 2 memindahkan ke tempat lain; mengalih: Siapakah yg ~ barang-barang itu dr tempatnya? 3 mengejutkan seseorang yg sedang tidur; membangunkan; membangkitkan: Dia selalu ~ adiknya utk pergi ke sekolah. 4 menjadikan atau mengusahakan supaya berjalan, berfungsi dll (ttg pertubuhan dsb). ~ enjin menghidupkan atau menjalankan enjin. ~ pasukan memindahkan pasukan ke tempat lain. ~ rakyat membangkitkan kemahuan rakyat utk berusaha; membangkitkan semangat rakyat. tergerak bergerak dgn tiba-tiba; telah digerakkan: ~ di hati timbul perasaan. gerakan 1 hasil perbuatan bergerak: Janganlah kita membuat ~ badan yg keterlaluan selepas makan. 2 usaha atau kegiatan dlm masyarakat: ~ membasmi buta huruf telah berjalan dgn lancarnya. pergerakan keadaan atau hal bergerak. penggerakan perbuatan menggerakkan: Senaman melibatkan ~ anggota. penggerak sesuatu yg menggerakkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gerak

Peribahasa

Cik puan melangkah ular tak lepas.

Bermaksud :

Gerak-geri perempuan yang lemah lembut.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tangan bagai lipas kudung.Gerak tangan yang cepat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cik puan melangkah ular tak lepas.Gerak-geri perempuan yang lemah lembut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Nampak kulitnya tahulah isinya.Pada rupa muka atau gerak gerinya tahulah kita akan sifatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Malas bergarit, perut perit.Malas berusaha tentulah kelaparan. garit = gerak, perit = pedih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kulai-balai bagai petai sisa pengait (= dikait).Orang yang lemah-lembut gerak gerinya. (Biasa juga: Kulai-balai bagai senduk didukung). kulai-balai = tergantung lemah, terayun-ayun.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebagai kucing di atas tembok.Orang yang menjaga dua pekerjaan; orang yang cermat dalam gerak-gerinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sekali tersengat, selalu beringat.Orang yang telah pernah menderita kesusahan (kecelakaan), maka berhati-hatilah ia dalam semua gerak-gerinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali dipatuk ular, tali pun ditakutkannya juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lidah tidak bertulang, salah petik jiwa hilang.Orang yang mendapat kemalangan kerana tiada tahu menjaga tutur katanya. petik = gerak lidah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sekali dipatuk ular, tali pun ditakutkannya juga.Orang yang telah pernah menderita kesusahan (kecelakaan), maka berhati-hatilah ia dalam semua gerak-gerinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali tersengat, selalu beringat).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kena kecipak orang berbelut.Terlibat dalam urusan orang lain; mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Lalang yang terbakar, sicerek menumpang mati). kecipak = gerak tangan ketika merenggutkan belut yang tertangkap dilubangnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas