Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gi.ta] | ݢيتا

Definisi : ark nyanyian, lagu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gita


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BHAGAVAD-GITA

Bhagavad-Gita ialah salah sebuah kitab suci

agama Hindu yang utama. Nama Bhagavad-Gita

bermakna Nyanyian Dewa. Kitab ini ditulis dalam

bahasa India kuno, iaitu bahasa Sanskrit. Bhagavad-

Gita biasanya dikenali sebagai Gita (nyanyian). Ia

telah diterjemah ke dalam bahasa-bahasa India

yang utama dan juga beberapa bahasa Barat.

Sarjana India, seperti Shankaracharya (juga dikenali

sebagai Shankara) yang hidup pada tahun 700-an

M., telah menulis ulasan tentangnya. Gita ialah

sebahagian daripada Buku Keenam Mahabharata,

puisi epik India yang agung (lihat Mahabharata).

Karya ini mengandungi 700 puisi yang terbahagi

kepada 18 bab, dan kemungkinan juga telah

ditambah kepada karya utama Mahabharata, pada

tahun 100-an M. dan tahun 200-an M.

UMUM 
BHAGAVAD GITAKepercayaan kaum India.SASTERAKepercayaan
ADI GRANTH

Adi Granth, yang bermakna Kitab Asal, ialah kitab

suci kaum Sikh. Kaum Sikh ialah pengikut ajaran

Sikhisme, salah satu agama di India. Adi Granth ialah

suatu koleksi lebih daripada 6000 gita puja.

UMUM 
PARIKSIT

PARIKSIT, kumpulan puisi Goenawan Mohamad.  Kumpulan ini diterbitkan pada tahun 1971 oleh penerbit Gita Karya, Jakarta.  Kumpulan puisi yang tebalnya 32 halaman ini mengandungi 26 buah puisi yang pernah diterbitkan dalam pelbagai media sejak tahun 1961 hingga tahun 1971.

SASTERAKonsep

Kembali ke atas