Sungai Mekong ialah sungai yang terbesar di
Semenanjung Indochina. Panjang Sungai Mekong
lebih kurang 4000 kilometer dan mengalir ke
tenggara dari provinsi Qinghai, China lalu
membentuk sebahagian sempadan antara Thailand
dengan Laos. Sungai ini menyeberangi Laos,
Kemboja, dan Vietnam sebelum mengalir masuk ke
Laut China berhampiran Bandar raya Ho Chi Minh. Di
kawasan hilir deltanya, Sungai Mekong ini dikenali
sebagai Sungai Sai Gon. Lihat Thailand (peta). Kapal
hanya dapat memudiki Sungai Mekong sehingga
lebih kurang 550 kilometer. Lebih jauh ke pedalaman,
sungai ini dihalang oleh jeram dan beting pasir.
Lihat juga Asia (gambar: Sungai Asia).