Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[go.yang] | ݢويڠ

Definisi : I 1. bergerak, berayun-ayun: pohon kelapa itu ~ kerana ditiup angin kencang; kerusi ~ kerusi ayun (kerusi yg boleh digerakkan berbuai-buai); 2. ki tidak tetap (pendirian, keyakinan, dll), selalu berubah-ubah, goncang (keadaan politik dll): kedudukannya sbg menteri ~ kerana tidak ada kepercayaan drpd rakyat; keyakinan yg tidak ~ terhadap peperangan yg ditempuhi; bergoyang 1. berayun-ayun, bergerak-gerak: daun yg ~ spt melambai-lambai aku memberi selamat bahagia; 2. sedang membuai-buaikan (mengayun-ayunkan); ~ kaki a) berayun kaki; b) ki bersenang-senang (hidup dgn tidak bekerja); ~ kepala bergeleng kepala (sebab sangat hairan dll); ~ lutut duduk dgn menggerak-gerakkan lutut; menggoyang = menggoyangkan; menggoyangkan 1. menggoncangkan, mengayunkan: ia ~ buaian itu utk anaknya; 2. menyebabkan selalu berubah-ubah (keyakinan, pendirian, dsb), menggoncangkan (kedudukan dsb); tergoyang terayun, tergoncang; goyangan goncangan, ayunan; kegoyangan perihal goyang, kegoncangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[go.yang] | ݢويڠ

Definisi : ; kuih ~ sj kuih yg dibuat drpd tepung beras dan digoreng, kuih loyang, kuih ros. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[go.yang] | ݢويڠ

Definisi : 1 tidak diam keadaannya; sentiasa bergerak berayun-ayun. 2 ki tidak tetap keadaannya; selalu berubah: Harga getah ~. 3 ki tidak tetap pendirian, keyakinan hati dll; mudah berubah hati, fikiran dll; goncang. bergoyang bergerak terayun-ayun; dlm keadaan goyang: Lampu gantung itu ~ ditiup angin. ~ kaki a. duduk dgn kaki berayun. b. ki hidup bersenang-senang atau dgn tidak bekerja. ~ kepala menggerakkan kepala ke kiri ke kanan kerana kehairanan dsb. menggoyangkan 1 membuat menjadi bergoyang; menggerakkan hingga bergoyang: Dia berdiri sambil ~ kepalanya. 2 ki menjadikan berubah-ubah atau tidak tetap (ttg pendirian dsb): Pemberontakan itu telah ~ kedudukan pemerintah. tergoyang-goyang dlm keadaan bergoyang-goyang; terhinggut-hinggut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[go.yang] | ݢويڠ

Definisi : ; kuih ~ kuih yg dibuat drpd tepung beras dan digoreng dgn menggunakan acuan (biasanya tembaga); kuih loyang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata goyang