Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[guam] | ݢوام

Definisi : sl perselisihan, perkelahian, persengketaan (dlm mahkamah); berguam berselisih, berkelahi, bersengketa; guaman, perguaman persengketaan, perbicaraan (dlm mahkamah); pembantu ~ pegawai yg menyusun perjalanan perkara dlm mahkamah; peguam orang yg pekerjaannya (profesionnya) mengemukakan tuntutan guaman di mahkamah atau memberi nasihat atau bantuan guaman kpd pelanggannya, pengacara; ~ negara pegawai guaman tertinggi kerajaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[guam] | ݢوام

Definisi : sj penyakit pd mulut, serawan, serjawan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[guam] | ݢوام

Definisi : perselisihan pendapat; sengketa. berguam berselisih pendapat; bertengkar; bersengketa. guaman hal-hal yg dipertengkarkan; perkara dlm mahkamah. perguaman hal berselisih pendapat. peguam orang yg menjadi pembela atau pendakwa dlm sesuatu perkara di mahkamah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata guam