Minuit, Peter (1580–1638) ialah gabenor koloni
Belanda. Dia membeli Pulau Manhattan (kini
sebahagian daripada New York City) daripada
Orang Asli Amerika pada tahun 1626 dengan
barang kodi yang bernilai 60 guilder Belanda, atau
kira-kira 24 dolar Amerika (lihat Pulau Manhattan).
Pembelian ini menyebabkan terdirinya
penempatan di pulau itu secara sah oleh Syarikat
Hindia Barat Belanda. Minuit mendirikan New
Amsterdam, sebuah penempatan di bahagian
bawah pulau itu yang menjadi pusat aktiviti syarikat
tersebut. Walaupun penduduknya dilindungi oleh
air di tiga sisi, tetapi Minuit membina Fort
Amsterdam sebagai perlindungan tambahan
daripada Orang Asli Amerika yang bersikap
bermusuhan. New Amsterdam ialah asas
permulaan New York City.