Kalau selalu berkain gumbang, Lambat-laun tersingkap juga; Kalau selalu main belakang, Lambat-laun tertangkap juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Yang disebut berkain gumbang, Pagi dan petang berkain saja; Orang berebut bermain sumbang, Anak bini orang dimainkannya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kain baju sutera gumbang, Letak berlipat di atas peti; Lain dituju lain yang tumbang, Tidaklah dapat hajat di hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Besarlah buah limau purut, Mainan orang pergi datang; Besarlah tuah orang burut, Berkain gumbang kain petang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |