Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gum.pal] | ݢومڤل

Definisi : 1. bongkah, bingkah, kepal (tanah, tembakau, dll): ekor arnab itu spt se~ kapas putih; 2. ketul (darah dll); 3. kepul (asap, awan); bergumpal 1. berkepal, berketul, berkepul: butirnya ~ melekat menyebabkan tanah men-jadi lembik; 2. peluk-memeluk dan guling-menggulingkan; 3. bertukar drpd cecair menjadi pekat dan separuh pepejal (bkn cecair spt darah dsb), membeku: darah cepat ~ dlm suhu yg sejuk;bergumpal-gumpal berkepal-kepal, berketul-ketul, berkepul-kepul; menggumpalkan 1. mengepal dan merenyukkan; 2. menyebabkan bergumpal (menjadi pekat dan separuh pepejal): jus limau ~ susu; gumpalan 1. kepalan, genggaman; 2. ketulan (darah dsb): ~ darah;penggumpalan proses yg menyebabkan cecair, mis darah, bertukar menjadi pekat dan separuh pepejal: bahan Allicin berupaya menghalang ~ darah, meningkatkan aliran darah dan merendahkan tekanan darah; penggumpal (bahan) yg menyebabkan penggumpalan: vitamin K juga dikenali sbg agen ~ atau faktor pembekuan darah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gum.pal] | ݢومڤل

Definisi : kumpulan benda (spt darah, tanah liat) yg merupakan ketul; segala yg berkepal-kepal atau berkepul-kepul (awan dll): Dia telah membuat boneka drpd se~ tanah liat yg dikeraskan. bergumpal 1 membeku atau mengeras lalu menjadi ketul (bkn darah dll); menjadi gumpal; berketul: Segala tanah yg ~ hendaklah dihancurkan terlebih dahulu. 2 ki saling memeluk hendak menjatuhkan lawan; bergelut. menggumpalkan membuat sesuatu menjadi bergumpal; mengepal dan merenyukkan (kertas dll). gumpalan sesuatu (tanah dsb) yg bergumpal. penggumpalan 1 proses menjadi bergumpal (mis darah): Bahan tsb berupaya menghalang ~ darah. 2 perihal atau perbuatan menggumpalkan. penggumpal bahan yg menyebabkan berlakunya penggumpalan: Vitamin K dikenali sbg agen ~ darah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gumpal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nak tanya 'asap' boleh guna penjodoh bilangan gumpal? terima kasih.

Salam sejahtera,

Tidak semua benda memerlukan penjodoh bilangan. Tidak ada contoh penggunaan penjodoh bilangan atau unit bagi  asap dalam sumber rujukan kami. Kata asap tidak perlu menggunakan penjodoh bilangan.

Namun lazimnya, perkataan yang sering digandingkan dengan 'asap' ialah 'kepul.' Manakala perkataan 'gumpal' pula merujuk Kamus Pelajar, gumpal merupakan kumpulan benda seperti darah, tanah liat) yang merupakan ketul; segala yang berkepal-kepal atau berkepul-kepul (awan dll): Dia telah membuat boneka daripada segumpal tanah liat yg dikeraskan.

Tatabahasa04.12.2012
Istilah bagi “protein coagulating enzymes” telah dipadankan dengan “enzim pembeku protein”. Walau bagaimanapun, melalui semakan kami di PRPM, terdapat padanan “enzim pengkoagulat protein” dan “enzim penggumpal”. Sekiranya istilah “enzim pengkoagulat protein” boleh digunakan, sama ada terdapat perkataan “mengkoagulatkan” untuk dipadankan dengan perkataan “coagulating”. Begitu juga sekiranya “enzim penggumpal” boleh digunakan, adakah “perkataan “coagulating” boleh dipadankan dengan “menggumpalkan” dalam konteks contoh ayat di bawah ini. Cheese 106. (1) Cheese shall be the fresh or matured solid or semi-solid product obtained by coagulating milk, cream, skimmed or partly skimmed milk or any components of milk, or a mixture of any such substance with rennet or any other protein coagulating enzymes and includes the food for which a standard is prescribed in regulations 107 and 108. Keju 106. (1) Keju hendaklah hasil pepejal atau separa pepejal yang segar atau matang yang diperoleh dengan membekukan susu, krim, susu skim atau susu skim separa atau mana-mana komponen susu, atau campuran mana-mana bahan sedemikian dengan renet atau apa-apa enzim pembeku protein lain dan termasuklah makanan yang standardnya ditetapkan dalam peraturan 107 dan 108.Berdasarkan semakan PRPM, padanan istilah bahasa Melayu bagi "coagulate" ialah "gumpal", manakala "coagulating" dalam bahasa Melayu ialah "pengkoagulat; penggumpal; penggumpalan".

Bagi terjemahan konteks ayat yang diberikan, perkataan "menggumpalkan" susu dan padanan "enzim penggumpal protein" boleh disesuaikan dalam penggunaan ayat tersebut. Kamus Dewan Edisi Keempat merakamkan penggunaan "gumpal" bagi susu. Terjemahan ini bergantung kepada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain28.05.2021

Kembali ke atas