Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gun.dah] | ݢونده

Definisi : 1. dukacita, sedih hati: setelah meninggalkan negeri ini saya akan terus ~ sehingga saya dapat datang sekali lagi; 2. sl rindu: marilah Laksamana, kita hendak mendengar khabar Inderaputera, ~nya kita akan Laksamana; bergundah berduka, bersedih: puteri bersedih ~ hati; menggundahkan mendukakan, menyedihkan, menyayukan: hal apakah yg ~ hatikau itu? kegundahan perihal gundah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gun.dah] | ݢونده

Definisi : 1 perasaan sedih atau bimbang; dukacita: Badannya menjadi kurus kering kerana menyimpan ~ dlm hatinya. 2 berasa rindu: Alangkah ~nya kita akan Laksamana. ~-gulana tersangat sedih sehingga badan menjadi lesu. menggundahkan menyebabkan berasa gundah; menyedihkan hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gundah

Puisi
 

Sayang engkodok berbunga ungu,
     Sayang selasih berbunga biru;
Tuan gundah saya terharu,
     Kerana kekasih baru bertemu.


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Adakah perkataan membuka telinga sesuai digunakan dalam ayat di bawah? - Manisah membuka telinga untuk mendengar perbualan rakannya melalui telefon. 2) Adakah perkataan SANGAT GUNDAH-GULANA SESUAI digunakan dalam ayat di bawah? - Puan Gayah sangat gundah-gulana apabila memikirkan tingkah laku anak lelaki tunggalnya itu. 3) Adakah perkataan GENTING LEBIH TEPAT JIKA DIBANDINGKAN DENGAN PERKATAAN TEGANG dalam tempat kosong di bawah? - Bekalan air dan makanan di kawasan perperangan itu semakin _______________ dari sehari ke sehari.1) Membuka telinga bermaksud mendengar baik-baik. Ayat yang betul ialah  Manisah membuka telinga untuk perbualan rakannya melalui telefon.

2) Menurut Kamus Pelajar, gundah-gulana bermaksud tersangat sedih sehingga badan menjadi lesu. Perkataan gundah-gulana boleh digunakan. Ayat yang betul ialah "Puan Gayah gundah-gulana apabila memikirkan tingkah laku anak lelaki tunggalnya itu."

3)Perkataan genting lebih sesuai digunakan dalam ayat tersebut.  Bekalan air dan makanan di kawasan perperangan itu semakin genting dari sehari ke sehari.
Tatabahasa18.07.2013
APAKAH MAKSUD RAWAN?Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, rawan bermaksud hati pilu, gundah-gulana, rindu bercampur sedih, sayu, terharu.Makna01.07.2010
Pemuda itu selalu memandu kereta__________ tanpa memikirkan keselamatan orang lain. A huyung-hayang B kelam-kabut C gundah-gulana D simpang-siur

Saudari,

Dalam konteks ayat di atas jawapan yang sesuai adalah kelam kabut merujuk kepada kelakuan seseorang yang tengah memandu kenderaan. Namun terdapat sedikit pembetulan menerusi ayat di atas iaitu, 'Pemuda itu selalu memandu kereta dalam keadaan kelam kabut tanpa memikirkan keselamatan orang lain'.


Untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan makna keempat-empat perkataan tersebut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka
http://prpm.dbp.gov.my/

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.

Tatabahasa23.08.2012
Adakah kedua-dua ayat di bawah mempunyai kesalahan dari segi struktur ayat? 1) Hanya Encik Munir dan Encik Mustafa akan pergi persidangan itu. 2) Puan Zuraini sangat gundah-gulana apabila memikirkan tingkah laku anak lelaki tunggalnya.Berikut merupakan ayat yang lebih gramatis.

1. Hanya Encik Munir dan Encik Mustafa yang akan pergi ke persidangan itu.
2. Puan Zuraini sangat runsing apabila memikirkan tingkah laku anak lelaki tunggalnya.
Tatabahasa09.07.2013
Assalamualaikum tuan, Saya ingin bertanya berkaitan perkataan raya. Kebanyakan kata nama yang bergabung dengan raya akan membentuk kata majmuk. Cuma, terdapat kekeliruan berkaitan perkataan kaya raya yang dikategorikan dalam kata ganda berentak, iaitu kaya-raya. Bolehkah tuan terangkan proses pembentukan kata tersebut yang tergolong sebagai kata ganda berentak dengan lebih lanjut?Walaupun perkataan “kaya” dan “raya” kedua-duanya memiliki maksud yang tersendiri, namun perkataan “kaya-raya” yang membawa maksud sangat kaya termasuk dalam kata ganda berentak. Kata ganda berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Maka, kata ganda “kaya raya” perlu dieja sebagai “kaya-raya”. Contoh lain kata ganda berentak ialah “hina-dina”, “gundah-gulana”, “haru-biru” atau “kacau-bilau”.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 986, Kamus Dewan Edisi Keempat (DBP, 2015), halaman 692 dan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 138.

Tatabahasa17.01.2024

Kembali ke atas