GURUH | Guruh ialah bunyi yang terhasil disebabkan berlakunya pengembangan udara yang cepat dan kuat apabila dipanaskan pada suhu yang boleh mencapai sehingga 10 000 ºC. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
SURAH AL-RA'D | Surah al-Ra’d ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah ke-13 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 43 ayat. Surah ini dinamakan al-Ra‘d (bunyi guruh) kerana disebut kejadian alam (bunyi guruh) yang ajaib itu di dalam surah ini untuk menunjukkan kehebatan dan kekuasaan Allah S.W.T. Allah S.W.T. menjadikan air sebagai sumber kehidupan yang diturunkan dari awan. Di sebalik kejadian awan itu, tersirat pula dua perkara iaitu rahmat dan bencana kerana ia membawa hujan dan juga petir. Melalui air, wujudnya kehidupan dan melalui petir, wujudnya kebinasaan. | UMUM | |
AEGIS | Aegis, mengikut dongeng orang Yunani purba, ialah nama perisai yang dibuatkan oleh Vulcan untuk Jupiter. Jupiter mencipta guruh dengannya. Minerva (Athena), anak perempuan Jupiter, membawa perisai ini bersama-samanya sebagai lambang kuasa, apabila dia keluar menjalankan tugas bagi pihak ayahnya. Di bahagian tengah perisai tersebut terukir kepala Medusa, anak perempuan dewa laut, Phorcys. Kepala yang diukir ini dikatakan dapat menukar manusia kepada batu. | UMUM | |
KHAMIS | Khamis ialah hari yang kelima dalam satu minggu. Kaum Norseman purba menganggap hari ini sebagai hari suci bagi Thor, iaitu dewa guruh bagi kaum Teutonik. Khamis bermaksud hari Thor. | UMUM | |
DEBUM BUNYI | Debum bunyi ialah bunyi yang kuat disebabkan oleh sesuatu objek – biasanya kapal terbang yang terbang pada kelajuan supersonik. Bagi seseorang di bumi, bunyi itu kedengaran seperti dentuman guruh | UMUM | |
AHLI NUJUM | Ahli nujum ialah gelaran yang diberi kepada orang di Rom purba yang mentafsir tanda untuk pegawai kerajaan. Orang Rom percaya bahawa dewa mereka menunjukkan kehendak mereka menerusi tanda atau alamat, seperti guruh atau kilat, burung yang terbang atau bunyi burung, gerak-geri ular dan mencit. | UMUM | |