Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.ruh] | ݢوروه

Definisi : bunyi bising di langit (yg biasanya didahului oleh kilat), guntur, tagar; ~-gemuruh berbunyi spt guruh, berdegar-degar; harapkan ~ di langit, air tempayan dicurahkan prb kerana mengharapkan sesuatu yg belum tentu, barang yg tersedia dilepaskan; tak ada ~ pd orang pekak, tak ada kilat pd orang buta prb orang bodoh tidak tahu akan erti kiasan dan sindiran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.ruh] | ݢوروه

Definisi : bunyi kuat di udara yg biasanya didahului oleh kilat; bunyi petir yg kuat; guntur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata guruh

Peribahasa

Harapkan guruh (= guntur) di langit,
     air tempayan ditumpahkan.

Bermaksud :

Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar, c. Kura-kura di kaki ditinggalkan, penyu di pantai dikejar, d. Pelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yang jauh yang dikejar).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
rafīgh( قيفر )ranj, dard( درد ،جنر )ranjūr( روجنر )rande( هدنر )rang( گنر )rangārang( گنراگنر )ravān, rūḥ( حور ،ناور )rūbāh( هابور )rūpūsh( شوپور )rūḥ afzā, shād( داش ،ازفا حور )rowḥānī( ىناحور guruh kebajikan kelakuan, tabiat pergi, meninggalkan sahabat, kawan sakit, kesakitan tidak sihat ketam (alat) warna berbagai-bagai warna roh, nyawa musang jubah, cadar gembira kejiwaan; rohaniah, mengenai roh thunder welfare behaviour

Kembali ke atas