extracellular fluid | bendalir ekstrasel | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Cecair yang hadir di luar sel tubuh termasuk cecair intravaskular (plasma darah) dan cecair ruang-antara sel dalam tisu (cecair interstitial). Plasma darah dan cecair interstitial ialah dua komponen yang merangkumi sekurang-kurangnya 97% daripada jumlah cecair ekstrasel. Cecair ekstrasel mewakili 1/3 daripada jumlah air badan. |
normative mineral | mineral normatif | Geologi | Tiada | Mineral yang secara teorinya, berdasarkan analisis kimia tertentu, berkemungkinan hadir di dalam sesuatu batuan. |
abstention | tegah diri; kekecualian | Sejarah | Tiada | 1. Tidak mengundi dalam sesuatu mesyuarat, perhimpunan atau sebagainya, walau pun hadir di majlis berkenaan semasa pengundian dijalankan.,2. Amalan atau tindakan yang menahan diri daripada melibatkan diri dalam politik atau campur tangan antarabangsa. |
workmen's clause | fasal pekerja | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Fasal dalam polisi insurans kebakaran yang membenarkan kontraktor luar hadir di premis pihak yang diinsuranskan. |
abstention | tegah diri; kekecualian | Sains Politik | Tiada | 1. Tidak mengundi dalam sesuatu mesyuarat, perhimpunan atau sebagainya, walau pun hadir di majlis berkenaan semasa pengundian dijalankan.,2. Amalan atau tindakan yang menahan diri daripada melibatkan diri dalam politik atau campur tangan antarabangsa. |
by standers | orang yang ada di situ | Undang-undang | Tiada | Orang yang ada atau hadir di tempat kejadian tetapi tidak terlibat, tidak menyertai atau tidak mengambil bahagian dalam kejadian itu. |
call market | pasaran panggilan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pasaran sekuriti yang menjalankan urus niaga secara panggilan harga, iaitu pada masa yang tertentu sahaja dengan pembeli dan penjual perlu hadir di pasaran. |
intron | intron | Sains Forensik | Tiada | Kawasan DNA yang tidak mengekod, yang hadir di antara ekson. Semasa transkripsi, kedua-dua intron dan ekson diterjemahkan kepada RNA tetapi intron kemudiannya dipotong. Oleh itu, RNA pengutus yang dihasilkan hanya mengandungi jujukan yang dikod daripada ekson. Analisis DNA forensik lebih tertumpu pada intron kerana kepelbagaian jujukan nukleotida di kawasan ini adalah lebih tinggi antara individu berbanding ekson. Lihat juga ekson. |
caries free | bebas karies | Pergigian | Tiada | 1. Keadaan yang merujuk pada semua gigi yang hadir di dalam mulut sihat dan tidak mempunyai karies. 2. Peringkat penyediaan kaviti sebelum bahan restorasi dimasukkan ke dalam kaviti. Semasa peringkat ini semua karies di dalam kaviti telah habis dibuang. Pembuangan karies ini boleh dilakukan dengan menggunakan bur dan alat tangan. |
off campus programme | program luar kampus | Pendidikan | Tiada | Rancangan pendidikan jarak jauh yang dijalankan melalui kursus gaya pos, rancangan radio, audio, atau video, atau menggunakan modul tertentu, tanpa memerlukan pelajar hadir di institusi pendidikan. |