Parti Melayu Semangat 46 ialah parti politik
yang diwujudkan di Malaysia selepas terjadinya
perpecahan dalam Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1987, dan
kemudian pengharaman UMNO oleh Mahkamah
Tinggi, Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988. Parti ini
diasaskan oleh Tengku Razaleigh Tengku Hamzah
bersama dengan beberapa orang tokoh UMNO
asal seperti Datuk Rais Yatim, Datuk Harun Idris,
Datuk Suhaimi Haji Kamaruddin, Hajah Marina
Yusuf, Datuk Zainal Abidin Zain, Datuk Abdul
Manan Othman, Ibrahim Ali, Datuk Paduka Hajah
Rahmah Othman, Hajah Ilani Datuk Haji Ishak,
Datuk Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu
Bakar, Datuk Shahrir Abdul Samad dan lain-lain.
Objektif penubuhan parti ini bertujuan untuk
mengembalikan semangat UMNO asal yang
ditubuhkan pada tahun 1946.