Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.kim] | حاکيم

Definisi : 1. pegawai yg dilantik utk mengadili sesuatu perbicaraan dlm mahkamah: ~ yg membicarakannya mendapati dia bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara; H~ Besar ketua hakim; menjadi ~ sendiri melakukan sekehendak hati terhadap orang yg dianggap bersalah; dihadapkan ke muka ~ dihadapkan ke mahkamah; 2. orang yg dilantik mengadili sesuatu pertandingan (permainan dsb), pengadil: tiga orang guru telah dilantik menjadi ~ dlm peraduan bahas antara sekolah-sekolah; berhakim menjadi hakim: apabila berjanji mungkir, apabila ~ durjana; ~ kpd minta pengadilan kpd: marilah kita ~ kpd ketua kampung utk menentukan siapa salah siapa benar; ~ kpd beruk (harta habis hajat tak sampai) prb minta pengadilan kpd orang yg tamak, sudah tentu dapat kerugian; berhakimkan menggunakan seseorang dsb sbg hakim: oleh sebab tidak ada tempat utk membuat pengaduan apabila berlaku per­selisihan, maka setiap keputusan akan hanya ~ diri sendiri; menghakimi, menghakimkan mengadili, mempertimbangkan (utk menentukan salah benar sesuatu atau seseorang): hakim mah­kamah tinggi ~ perkara-perkara besar spt perkara pembunuhan, penculikan, rompak­an besar, dll; kehakiman segala hal yg berkaitan dgn urusan hukum (undang-undang) dan pengadil­an: jabatan ~; soal-soal ~; ~ semu perihal fungsi yg menyerupai atau seakan-akan fungsi kehakiman yg dijalankan menurut budi bicara pentadbiran, mis tribunal; penghakiman perihal (perbuatan dsb) meng­hakimi: dapatkah kita menjamin keadilan sebenar sekiranya proses ~ masih meng­hadapi masalah kefahaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.kim] | حاکيم

Definisi : Ar orang yg pandai-pandai, orang yg ahli (yg bijaksana). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.kim] | حاکيم

Definisi : 1 pegawai yg mengadili sesuatu perbicaraan di mahkamah: Tuan ~ yg membicarakannya mendapati ia tidak bersalah dan telah dibebaskan. ~ Besar ketua hakim. 2 orang yg dilantik utk mengadili sesuatu pertandingan atau permainan: Tiga orang guru telah dilantik menjadi ~ dlm peraduan bahas antara sekolah-sekolah. berhakim, = ~ kpd minta diadili oleh; minta pengadilan drpd: Marilah kita ~ kpd ketua kampung utk menentukan siapa yg bersalah dan siapa yg benar. menghakimi berlaku atau bertindak sbg hakim terhadap; mengadili: Serahkan perkara itu kpd dia, kamu jangan ~nya. kehakiman hal-hal mengenai urusan undang-undang dan pengadilan: jabatan ~. penghakiman perbuatan (tindakan) menghakimi sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hakim (kata nama)
Bersinonim dengan pengadil, wasit;,
Kata Terbitan : menghakimi,

Peribahasa

Neraca yang palingan,
     bungkal yang piawai.

Bermaksud :

Hakim yang sangat adil. piawai = pandai, cakap.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Hakim SuffianPon MariamDewan Pelajar1 April 1978
Hakim Tanpa SuaraHaron A.H.Dewan Sastera1 May 2004
Norma Hakim Wanita Pertama di UAETiadaDewan Masyarakat1 May 2008
Apabila hakim dihakimiA. Rahman MudaDewan Masyarakat1 August 1988
Riwayat sang hakim pengadilan puisiImran, AhdaHorison1 May 2007
Daud Menjadi HakimAbu Zaki FadzilDewan Pelajar1 November 1975
Francis Bacon: hakim yang menderitaH. M. JajuliDewan Siswa1 November 1992
Laporan panel hakim peraduan menulis skrip drama kanak-kanak DBP1979/80Abdul Aziz AbasDewan Masyarakat15 May 1980
Laporan penal hakim peraduan menulis novel kanak-kanakTiadaDewan Masyarakat15 February 1979
Laporan Panel Hakim Peraduan Menulis Esei/Kritik DBP 1977TiadaDewan Bahasa1 April 1978
123456789

Kembali ke atas