Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.kim] | حاکيم

Definisi : 1. pegawai yg dilantik utk mengadili sesuatu perbicaraan dlm mahkamah: ~ yg membicarakannya mendapati dia bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara; H~ Besar ketua hakim; menjadi ~ sendiri melakukan sekehendak hati terhadap orang yg dianggap bersalah; dihadapkan ke muka ~ dihadapkan ke mahkamah; 2. orang yg dilantik mengadili sesuatu pertandingan (permainan dsb), pengadil: tiga orang guru telah dilantik menjadi ~ dlm peraduan bahas antara sekolah-sekolah; berhakim menjadi hakim: apabila berjanji mungkir, apabila ~ durjana; ~ kpd minta pengadilan kpd: marilah kita ~ kpd ketua kampung utk menentukan siapa salah siapa benar; ~ kpd beruk (harta habis hajat tak sampai) prb minta pengadilan kpd orang yg tamak, sudah tentu dapat kerugian; berhakimkan menggunakan seseorang dsb sbg hakim: oleh sebab tidak ada tempat utk membuat pengaduan apabila berlaku per­selisihan, maka setiap keputusan akan hanya ~ diri sendiri; menghakimi, menghakimkan mengadili, mempertimbangkan (utk menentukan salah benar sesuatu atau seseorang): hakim mah­kamah tinggi ~ perkara-perkara besar spt perkara pembunuhan, penculikan, rompak­an besar, dll; kehakiman segala hal yg berkaitan dgn urusan hukum (undang-undang) dan pengadil­an: jabatan ~; soal-soal ~; ~ semu perihal fungsi yg menyerupai atau seakan-akan fungsi kehakiman yg dijalankan menurut budi bicara pentadbiran, mis tribunal; penghakiman perihal (perbuatan dsb) meng­hakimi: dapatkah kita menjamin keadilan sebenar sekiranya proses ~ masih meng­hadapi masalah kefahaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.kim] | حاکيم

Definisi : Ar orang yg pandai-pandai, orang yg ahli (yg bijaksana). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.kim] | حاکيم

Definisi : 1 pegawai yg mengadili sesuatu perbicaraan di mahkamah: Tuan ~ yg membicarakannya mendapati ia tidak bersalah dan telah dibebaskan. ~ Besar ketua hakim. 2 orang yg dilantik utk mengadili sesuatu pertandingan atau permainan: Tiga orang guru telah dilantik menjadi ~ dlm peraduan bahas antara sekolah-sekolah. berhakim, = ~ kpd minta diadili oleh; minta pengadilan drpd: Marilah kita ~ kpd ketua kampung utk menentukan siapa yg bersalah dan siapa yg benar. menghakimi berlaku atau bertindak sbg hakim terhadap; mengadili: Serahkan perkara itu kpd dia, kamu jangan ~nya. kehakiman hal-hal mengenai urusan undang-undang dan pengadilan: jabatan ~. penghakiman perbuatan (tindakan) menghakimi sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hakim (kata nama)
Bersinonim dengan pengadil, wasit;,
Kata Terbitan : menghakimi,

Peribahasa

Neraca yang palingan,
     bungkal yang piawai.

Bermaksud :

Hakim yang sangat adil. piawai = pandai, cakap.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam/ selamat sejahtera, Pertanyaan saya, adakah terma-terma perundangan/ kehakiman seperti defendan, mahkamah, plaintif dan hakim perlu ditulis huruf besar walaupun di tengah-tengah ayat. Contoh: 1) Amber memohon kepada Mahkamah (mahkamah) di Virginia untuk mengetepikan saman itu. 2) Oleh yang demikian, Hakim (hakim) berpendapat terbukti Amber dipukul. 3) Apabila saksi Plaintif (plaintif) terpaku begitu. 4) Peguam Defendan (defendan) tiada bantahan. Terima kasih.Perkataan-perkataan dalam terma perundangan seperti defendan, mahkamah, plaintif dan hakim merupakan kata nama am dan ditulis dalam huruf kecil di tengah-tengah ayat. Namun penggunaan huruf besar dan huruf kecil dan penggunaan perkataan sebagai nama khas atau nama am bergantung pada makna dan konteks penggunaan dalam sesuatu wacana.Ejaan30.05.2023
Bergantung pada hakim atau bergantung kepada hakim? mengapakah kamus dewan menjelaskan bergantung pada hakim ialah jawapan betul? Bukankah pada merujuk tempat? Jawapan yang sepatutnya ialah bergantung kepada hakim, jika diteliti aspek penggunaan kepada. Bagaimanakah pula dengan bergantung pada usaha atau bergantung kepada usaha?

Dalam buku Tatabahasa Dewan, antara situasi penggunaan kata sendi nama pada; sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Oleh itu, yang betul bergantung pada keputusan hakim/bergantung pada usaha.   

Tatabahasa21.07.2008
Hakim menjatuhi pembunuh itu hukuman gantung (betul atau salah)betulTatabahasa20.07.2011
Hakim Lau juga tidak menerima hujah Pejabat Peguam Negara bahawa permohonan itu bersifat akademik semata-mata berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 April lalu bahawa SPR dan bukan Speaker mempunyai hak untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi pilihan raya. Apakah maksud 'bersifat akademik' dalam petikan tadi?Bersifat atau mengenai ilmu pengetahuan.Lain-lain22.10.2009
Hakim mencuci tangannya sebelum makan. tolong tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif untuk saya. terima kasihHakim mencuci tangannya sebelum makan. Ayat yang betul ialah 'Hakim mencuci tangan sebelum makan.' Ayat pasif bagi ayat tersebut ialah Tangan Hakim dicuci sebelum makan.Tatabahasa27.03.2007
SELAMAT PETANG, Harap dapat bantu saya. Yang manakah betul? 1) Hakim menjatuhi pesalah itu hukuman penjara, atau 2) Hakim menjatuhkan peslah itu hukuman? DalaApakah makna gusar sebenarnya? Adakah bimbang atau marah? Terima kasihAyat yang betul ialah 1. Hakim menjatuhi pesalah itu hukuman penjara. Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, gusar bermaksud berang atau merah.Tatabahasa18.06.2012
Assalam, boleh dapatkan no tel juri atau hakim bagi pertandingan Pidato dari DBP ?Salam sejahtera,

Nama Pegawai bagi Pertandingan Pidato

Berhubung soalan unuk mendapatkan nombor telefon juri atau hakim DBP bagi Pertandingan Pidato, mohon hubungi pegawai seperti yang berikut untuk mendapatkan maklum balas selanjutnya:

1. Hakim Pertandingan Pidato Kategori Kanak-kanak:
      Haziah binti Che Husin, 
Bahagian Peng. Kesusasteraan Kanak-kanak & Remaja
03-2147 9263 / haziah@dbp.gov.my

2. Hakim Pertandingan Pidato Kategori Dewasa/Umum
Norhasmanalinda binti Mustafa, 
Bahagian
 Pembinaan Bakat dan Kepakaran
03-2147 9215 / lindasafa@dbp.gov.my
Lain-lain15.06.2020
seorang hakim yag berpengalaman telah diupah untuk pengadilan kes rogol ini. Ituan, pengadilan adalah salah dalam ayat ini. tetapi dalam frasa sendi nama...untuk(kata sendi) dan mesti diikuti dengan kata nama, maka pengadilan digunakan untuk menggantikan mengadili... (adakah pandangan saya salah?) tq , tuan"Untuk" dalam ayat tersebut tidak berfungsi sebagai kata sendi nama, sebaliknya sebagai kata keterangan. Kata "untuk" banyak digunakan dalam ayat keterangan tujuan yang menerangkan maksud bagi sesuatu perkara atau kejadian. Contoh ayat yang lain, Para pemimpin menyusun rancangan ekonomi untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.Tatabahasa15.09.2011
Saya Muhammad Hakim bin Rosly, pelajar Ph.D, ingin memohon pengesahan penggunaan perkataan yang betul dalam bahasa Melayu. Saya telah menghantar soalan saya menerusi Laman Web Khidmat nasihat DBP, tetapi proses penghantaran maklumat mengalami masalah teknikal/error dalam laman web DBP. Soalan saya sangat ringkas iaitu: Bolehkah saya menggunakan perkataan "Penampakan" dalam bahasa Melayu? contohnya dalam ayat ini: "Penampakan ikan duyung/lembaga misteri di Sungai Pahang". Ini kerana saya tidak menemui perkataan "Penampakan" dalam kamus DBP online dan saya berpendapat perkataan ini lebih mirip kepada bahasa Indonesia. Adakah bahasa Melayu mempunyai beberapa sinonim untuk perkataan tersebut? Terima kasih.

"Penampakan" boleh digunakan dalam bahasa Melayu. "Penampakan" membawa maksud perbuatan memperlihatkan sesuatu. (Kamus Dewan Perdana)  Berikut ialah beberapa perkataan sinonim dengan penampakan – “pemunculan”, “penjelmaan”.

Lain-lain06.01.2022
Mohd Danish Hakim Fauzi THU 11:32AM Assalamualaikum, saya menggunakan perkhidmatan komuter untuk berulang alik ke tempat kerja. Cuma minggu lepas KTM telah meletakkan papan tanda prosedur keselamatan di setiap gerabaknya. Di sini saya cuma ingin bertanya mengenai ejaan yang betul bagi perkataan samada prosedur atau prosidur. Sila lihat gambar yang dilampirkan. Jika berlaku kesalahan diminta pihak DBP untuk menegur pihak KTM. Sekian terima kasih.Tiada gambar yang disertakan. Sila kemukakan aduan tuan berserta gambar melalui portal "Pantau Tegur Bahasa".Lain-lain11.12.2015
123456

Kembali ke atas