Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.la.ju] | هالاجو

Definisi : kecepatan gerakan, kadar kecepatan; ~ pusingan wang kadar kecepatan wang bertukar tangan (dlm sesuatu masyarakat atau negara). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.la.ju] | هالاجو

Definisi : 1 kadar pergerakan sesuatu; kelajuan; kecepatan: Kereta itu dipandu dgn ~ 60 km satu jam. 2 kadar kelajuan pergerakan sesuatu yg menunjukkan kadar perubahan tempatnya mengikut arah tertentu (diberi dlm meter per saat, batu per jam dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
halaju (kata nama)
Bersinonim dengan kecepatan gerakan, kadar kecepatan.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
I. BAHASA MELAYU BAGI 'REVERSED PARKING'' II. HAD LAJU 30KMJ ATAU HALAJU 30KMJ ??i. Untuk makluman belum ada istilah khusus untuk "reverse parking". Walau bagaimanapun, cadangan kami ialah letak kereta undur atau letak kereta secara mengundur.

ii. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud Halaju dan had laju ialah dua perkataan yang berbeza, had laju bermaksud kelajuan maksimum yang dibolehkan, manakala halaju ialah kelajuan atau kecepatan, dan bukan juga hal laju. Maka yang betul ialah Had Laju 30 KM/J
Makna10.04.2017
Tuan, 1) mengapakah kata dasar taksir boleh menerima imbuhan pe- dan pen- dengan makna yang sama? Dalam K/Dewan Ed 2 ada entri penaksiran dan Ed 4 ada kata penaksiran dan pentaksiran. 2) Adakah akronim halaju terbit darpada hal laju atau had laju? Terima kasih.1. Perkataan taksir ialah homonim, perkataan yang sama tetapi berbeza makna. Taksir yang pertama membawa maksud lalai menerbitkan kata mentaksirkan, manakala taksir yang kedua membawa maksud hitung atau kira menerbitkan kata menaksir, taksiran, penaksiran dan penaksir.
2. Halaju dan had laju ialah dua perkataan yang berbeza, had laju bermaksud kelajuan maksimum yang dibolehkan, manakala halaju ialah kelajuan atau kecepatan, dan bukan juga hal laju.
Tatabahasa04.03.2012
Boleh saya dapatkan terjemahan untuk istilah berikut: i. xylol ii. N-[2-hydroxyetil]piperazine-N’-[etanasulfonik asid] aluminium potassium sulphate dodecahydrate iii. sperm mid-piece iv. straight-line velocity (VSL) v. average-path velocity (VAP) vi. amplitude of lateral displacement of the centroid (ALH) vii. curvilinear velocity (VCL) viii. beat cross frequency (BCF) Terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah yang diberikan adalah seperti yang berikut:

i. xylol - xilol

ii. N-[2-hydroxyetil]piperazine-N’-[etanasulfonik asid] aluminium potassium sulphate dodecahydrate - N-[2-hidroksietil]piperazina-N'-[asid etanasulfonik] aluminium kalium sulfat dodekahidrat 

iii. sperm mid-piece - bahagian tengah sperma

iv. straight-line velocity (VSL) - halaju garis lurus

v. average-path velocity (VAP) - halaju laluan purata

vi. amplitude of lateral displacement of the centroid (ALH) - amplitud alihan sisi sentroid

vii. curvilinear velocity (VCL) - halaju garis melengkung

viii. beat cross frequency (BCF) - frekuensi silang rentak
Istilah15.04.2012

Kembali ke atas