Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.lal]/[ha.lal] | حلال

Definisi : 1. hukum membenarkan sesuatu perbuat­an dilakukan (dlm Islam), diperbolehkan (tidak ditegah oleh syarak), diizinkan, di­benar­kan, lwn haram: makanlah makanan yg ~ dan minumlah minuman yg ~; daging lembu ~ dimakan oleh orang-orang Islam; ~ nikah dibenarkan menikahi seseorang; 2. ki (yg diperdapat, diperoleh atau diperbuat) dgn jalan yg sah: anak ~; wang ~; 3. ark ampun, maaf, (me)relakan: yg hutang tuan hamba sekati emas itu ~lah dunia akhirat; 4. ark izin: menyembah minta ~lah segala pengajarannya; menghalalkan 1. membenarkan (mem­boleh­kan, memperkenankan, mengizinkan), memandang atau menganggap halal: adalah salah besar ~ sesuatu yg haram; ada kemungkinan besar bahawa kegiatan ter­sebut yg selama ini diharamkan di negeri itu akan dihalalkan; 2. menganggap selesai atau jelas (hutang dll): baki hutangnya itu sudah dihalalkan; kehalalan perihal (sifat, taraf, dsb) halal: kalau hati masih waswas tentang ~nya, apa yg kita makan itu akan menjadi haram; penghalalan perbuatan dsb menghalalkan, perihal menjadikan halal atau sah: Marx meng­ambil ideologi borjuis sbg satu gambar­an sistem, idea, despotisme moden mencari ketaakulan dan ~ menjalankan kuasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.lal]/[ha.lal] | حلال

Definisi : 1 dibolehkan (melakukan sesuatu) oleh undang-undang Islam; tidak ditegah oleh syarak; tidak haram: Da­ging lembu ~ dimakan oleh orang-orang Islam. 2 diperoleh atau dibuat dgn jalan yg sah atau jujur: harta ~ harta yg diperoleh secara jujur; anak ~ anak yg sah. 3 direlakan (diberikan dgn suka hati); telah jelas atau lunas (hutang dll): Segala pemberiannya kpd mangsa-mangsa itu adalah ~. Saya harap hutang itu ~lah dunia akhirat. menghalalkan membolehkan (membenarkan) se­suatu mengikut undang-undang Islam; dibenarkan oleh syarak: Allah ~ jual beli dan mengharamkan riba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
halal (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan dibenarkan, diizinkan, dibolehkan, diperkenan;,
Kata Terbitan : menghalalkan, kehalalan, penghalalan,

Peribahasa

Jangan memangku ayam jantan,
     baik memangku ayam betina.

Bermaksud :

Rezeki yang halal itu lebih baik daripada rezeki yang haram.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Mohon terjemahan beberapa frasa berikut ke dalam Bahasa Melayu: 1. Building partnerships 2. Halal logistics: Your halal gateway Harap kiranya boleh mendapat terjemahan dalam kadar segera untuk digunakan bagi urusan pentadbiran pejabat. Terima kasih.Untuk makluman, tidak ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk istilah yang dikemukakan. Cadangan padanan bahasa Melayu ialah 1. membina perkongsian atau membangunkan perkongsian 2. logistik halal  3. pintu keluar halal, jalan keluar halal atau laluan halalLain-lain22.08.2011
1.Mana satukah yang betul untuk digunakan di papan tanda "Taman Perindutrian Halal Pasir Mas" atau "Taman Industri Halal Pasir Mas"? 2. Apa perbezaan di antara keduanya dan dalam konteks apakah ia digunakan?Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "Industrial Park" ialah Taman Industri. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang betul ialah Taman Indusrtri Halal Pasir Mas. Berdasarkan Kamus Dewan, industri bermaksud i. perusahaan secara besar-besaran ii. perusahaan kerajinan tangan atau kerja tangan. Perindustrian bermaksud perihal industri, yang berkaitan dengan industri. Oleh itu, cara penggunaan bergantung pada konteks dan maksud yang ingin disampaikan.Istilah11.02.2014
adakah halal dan haram itu kata adjektif?Halal dan haram ialah kata adjektif, namun fungsi kedua-dua perkataan boleh berubah menjadi kata nama dan kata kerja mengikut konteks penggunaannya.Tatabahasa21.09.2013
pembekal secara halal daging baharupembekal daging baharu dan makanan laut halalTatabahasa12.06.2008
1. Yang mana satukah betul untuk digunakan di papan tanda a) Taman Perindustrian Makanan Halal Pasir Mas atau Taman Industri Makanan Halal Pasir Mas b) Taman Industri Gambang atau Taman Perindustrian Gambang? c) Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan atau Taman Industri Malaysia- China Kuantan. Terima Kasih.Jawapan yang betul:
a. Taman Industri Makanan Halal Pasir Mas
b. Taman Industri Gambang
c.  Taman Industri Malaysia-China Kuantan
Istilah11.02.2014
Salam. Tumpang bertanya. Perlukah perkataan "halal" diitalikkan (italicized) jika digunakan dalam artikel bahasa Inggeris?Perkataan "halal" dalam bahasa Inggeris dieja dan disebut sama. Tuan/Puan sila rujuk cara penggunaan atau hukum menulis perkataan tersebut dalam bahasa Inggeris melalui institusi yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Inggeris, kerana pihak kami hanya menjawab soalan berkaitan hal bahasa Melayu sahaja. Terima kasih.Ejaan20.09.2017
Salam. Tumpang bertanya. Perlukah perkataan "halal" diitalikkan (italicized) jika digunakan dalam artikel bahasa Inggeris? Terima kasih.Waalaikumussalam. Perkataan”halal” telah diterima pada peringkat antarabangsa. Oleh itu, perkataan ini tidak perlu ditulis condong (italic) dalam artikel bahasa Inggeris. Sekian. Terima kasih.Lain-lain10.08.2017
1)Virus Nipah 2)Halal Italik ke tidak dalam teks bahasa Inggeris?1)Nipah Virus (tidak perlu italik) 2)Halal (perlu)Lain-lain25.02.2011
translate bahasa malayu ke bahasa jawi untuk buat signboard. (Kedai Daging Tidak Halal dan Produk Hasil Laut)Ejaan Jawi untuk KEDAI DADING TIDAK HALAL DAN PRODUK HASIL LAUT:

كداي داڬيڠ تيدق حلال دان ڤرودوک حاصيل لاءوت
Lain-lain23.12.2020
translate bahasa malayu ke bahasa jawi untuk buat signboard. (Kedai Hasil Laut Dan Daging Tidak Halal .)Sila pastikan keterangan aktiviti perniagaan ditulis sebaris

KEDAI HASIL LAUT DAN DAGING TIDAK HALAL:  كداي حاصيل لاءوت دان داڬيڠ تيدق حلال

Lain-lain23.12.2020
123

Kembali ke atas