Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.lal]/[ha.lal] | حلال

Definisi : 1. hukum membenarkan sesuatu perbuat­an dilakukan (dlm Islam), diperbolehkan (tidak ditegah oleh syarak), diizinkan, di­benar­kan, lwn haram: makanlah makanan yg ~ dan minumlah minuman yg ~; daging lembu ~ dimakan oleh orang-orang Islam; ~ nikah dibenarkan menikahi seseorang; 2. ki (yg diperdapat, diperoleh atau diperbuat) dgn jalan yg sah: anak ~; wang ~; 3. ark ampun, maaf, (me)relakan: yg hutang tuan hamba sekati emas itu ~lah dunia akhirat; 4. ark izin: menyembah minta ~lah segala pengajarannya; menghalalkan 1. membenarkan (mem­boleh­kan, memperkenankan, mengizinkan), memandang atau menganggap halal: adalah salah besar ~ sesuatu yg haram; ada kemungkinan besar bahawa kegiatan ter­sebut yg selama ini diharamkan di negeri itu akan dihalalkan; 2. menganggap selesai atau jelas (hutang dll): baki hutangnya itu sudah dihalalkan; kehalalan perihal (sifat, taraf, dsb) halal: kalau hati masih waswas tentang ~nya, apa yg kita makan itu akan menjadi haram; penghalalan perbuatan dsb menghalalkan, perihal menjadikan halal atau sah: Marx meng­ambil ideologi borjuis sbg satu gambar­an sistem, idea, despotisme moden mencari ketaakulan dan ~ menjalankan kuasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.lal]/[ha.lal] | حلال

Definisi : 1 dibolehkan (melakukan sesuatu) oleh undang-undang Islam; tidak ditegah oleh syarak; tidak haram: Da­ging lembu ~ dimakan oleh orang-orang Islam. 2 diperoleh atau dibuat dgn jalan yg sah atau jujur: harta ~ harta yg diperoleh secara jujur; anak ~ anak yg sah. 3 direlakan (diberikan dgn suka hati); telah jelas atau lunas (hutang dll): Segala pemberiannya kpd mangsa-mangsa itu adalah ~. Saya harap hutang itu ~lah dunia akhirat. menghalalkan membolehkan (membenarkan) se­suatu mengikut undang-undang Islam; dibenarkan oleh syarak: Allah ~ jual beli dan mengharamkan riba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
halal (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan dibenarkan, diizinkan, dibolehkan, diperkenan;,
Kata Terbitan : menghalalkan, kehalalan, penghalalan,

Peribahasa

Jangan memangku ayam jantan,
     baik memangku ayam betina.

Bermaksud :

Rezeki yang halal itu lebih baik daripada rezeki yang haram.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Halal haram dalam kepenggunaan Islam semasaPenerbit Universiti Putra MalaysiaTiada2013 
Halal dan haram dalam IslamPustaka Nasional Pte. Ltd.Tiada19899971-77-017-2
Halal dan haram dalam pandangan IslamP.T. Bina IlmuTiada1976 
Halal dan haram dalam pandangan IslamP.T. Bina IlmuTiada1960 
Rasuah itu halal? Tiada20099789675368318
Makanan tidak halal di pasarayaDewan Bahasa dan PustakaTiada1998 
Manual prosedur pensijilan halal MalaysiaJabatan Kemajuan Islam MalaysiaTiada2005983-042-234-8
Pengurusan kualiti makanan halalDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2015978-983-49-0137-0
140 tips mencari rezaki yang halal untuk mencapai kekayaanPerniagaan JahabersaTiada2003983-170-455-x
Pencegahan Rasuah Melalui Pencarian Rezeki Halal dan Amalan Hidup MuliaPercetakan Nasional Malaysia BerhadTiada1996 
12

Kembali ke atas