Yang hampa biar terbang, yang bernas biar tinggal. | Yang tak berguna biarlah hilang, dan yang baik-baik biarlah tinggal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menjual petai hampa. | Membual; omong kosong. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Padi sekepuk hampa, emas seperti loyang, kerbau sekandang jalang. | Kelihatan kaya (pandai) sebenarnya miskin (bodoh); bernasib malang. kepuk = lumbung padi; jalang = liar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sekam menjadi hampa berat. | Tiada akan merugikan sedikit juga, jika daripada yang banyak itu hilang sedikit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai menumbuk padi hampa. | Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Indah khabar daripada rupa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti ilmu padi hampa, makin lama makin mencongak. | Orang sombong, cakapnya saja yang besar tetapi buktinya tidak ada. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tertanam di biji hampa. | Usaha yang sia-sia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menjual tangkai cangkul sekah. | Membual; omong kosong. (Peribahasa lain yang sama makna: Menjual petai hampa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Indah khabar daripada rupa. | Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menumbuk padi hampa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |