Arsalan, Syakib (1286 H.–1366 H./1869 M.–1946
M.), tokoh politik Lubnan. Nama penuh Syakib
Arsalan atau Gabenor Syakib ialah Hamud Hasan
ibn Arsalan. Dia juga merupakan penyair, penulis,
pemikir dan ilmuan. Dia lahir di al-Syuwifat,
Lubnan. Dia mendapat pendidikan di sekolah al-
Hikmah dan Sekolah al-Sultaniyyah di Beirut. Dia
fasih dalam bahasa Arab sebagai bahasa ibunda
dan tiga bahasa yang lain, Turki, Perancis dan
Jerman kerana dia mempelajarinya daripada ramai
guru. Antaranya ialah Abdullah al-Bustari
pengarang al-Mujam al-Laghawi al-Bustan ,
Muhammad Abduh dan Jamaluddin al-Afghani. Dia
banyak membaca buku-buku tulisan Arab yang
terkenal dalam ilmu al-Bayan hingga digelar Amir
al-Bayan di samping menjadi pelopor kepada aliran
al-Sina‘atayn.